Sunday, December 11, 2011

PMIUM sokong cadangan pakaian uniform sekolah dikaji semula


"Sesungguhnya sebilangan daripada ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian, tetapi bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nas hadis di atas jelas merupakan satu amaran daripada baginda Rasulullah SAW tentang aspek berpakaian yang tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Amaran tersebut merangkumi cara berpakaian yang nipis atau jarang, berpakaian ketat atau membentuk tubuh badan dan mendedahkan bahagian-bahagian tubuh tertentu. Untuk apa amaran tersebut? Sudah tentulah demi menjaga maruah wanita Islam, selain merupakan bukti kecintaan baginda kepada umatnya.

Saya merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh Munirah binti Bahari selaku Naib Presiden Hewi, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), kepada Kementerian Pelajaran baru-baru ini. Cadangan tersebut meminta supaya Kementerian Pelajaran merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan Islam di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan menukar baju seragam putih kepada baju seragam berwarna. Hal ini demikian bagi mengelakkan jenayah seksual dan penzinaan yang mungkin berlaku berikutan baju seragam sedia ada yang berwarna putih adalah jarang atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'transparent.'

Justeru, saya merasakan bahawa cadangan yang dikemukakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah wajar dan seharusnya disokong oleh semua pihak kerana ia merupakan satu langkah pencegahan yang baik bagi mengelakkan barah sosial sedia ada dalam masyarakat daripada terus merebak. Kita sering mendengar peribahasa Melayu yang menyebutkan 'mencegah lebih baik daripada merawat.' Jadi, mengapa kita tidak praktikkan peribahasa ini dalam perkara-perkara yang dirasakan wajar dan perlu?

Sebagai menambah cadangan yang dikemukakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tersebut, saya turut mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran lebih berhati-hati dalam setiap penentuan pakaian seragam sekolah supaya ianya selaras dengan etika pemakaian dalam Islam, kerana seperti yang kita maklumi, setiap penetapan yang telah dibuat oleh Islam pasti bertujuan menjaga kemaslahatan ummah. Selain daripada faktor pakaian seragam, adalah menjadi peranan ibu bapa dan guru-guru untuk memberi kefahaman kepada anak-anak dan pelajarnya melalui didikan agama, khususnya tentang etika pemakaian dalam Islam. Dengan demikian, pelajar akan lebih tahu 'menjaga diri' mereka ketika berada dalam sebarang situasi.

Sehubungan dengan itu, saya merasakan cadangan yang diutarakan oleh pucuk pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) itu adalah sangat wajar, sesuai dengan situasi semasa yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Justeru, cadangan ini seharusnya disokong oleh segenap lapisan masyarakat dan dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran. Semoga manfaatnya kembali kepada para pelajar itu sendiri.

Mohd Faisal Bin Mustaffa,
Setiausaha Agung,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Buku Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang



Kulit ini merupakan idea yang tercetus untuk menghiasi muka hadapan buku tulisan Ust Riduan Mohamad Nor. Buku ini mengisahkan berkenaan susur galur kehidupan murabbi Tarbiah iaitu Tuah Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang. Insya Allah, buku ini akan dilancarkan bulan 6 akan datang.

Saturday, December 10, 2011

Gambar Surau Kolej Kediaman Kedua


Alatan-alatan termasuk sejadah bertaburan


Al-Quran juga bertaburan.Satu penghinaan terhadap ISLAM


Dinding dispray dengan cat merah

Kali Pertama



Barang-barang bertaburan.Kelihatan seorang pelajar sedang solat Asar.


Papan kenyataan dibiarkan terbalik.

Friday, December 9, 2011

Al Wala?Wal Bara?

"Al Wala?Wal Bara?merupakan salah satu daripada tuntutan Tauhid Uluhiyyah. Al Wala?merupakan aplikasi daripada ikhlas dan cinta kepada Allah, para Nabi dan orang-orang yang beriman. Al-Bara?pula adalah aplikasi dari sebuah kebencian kepada yang batil dan pengikutnya.

Secara umumnya mengikut manhaj Al Wala?wal Bara? manusia dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:

Pertama: Orang yang berhak mendapat Wala?(kecintaan) secara mutlak iaitu orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya, kemudian melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka di dalam Dien (agama) dan meninggalkan larangan-larangan Dien (agama) dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kedua: Orang yang berhak mendapatkan Wala?(kecintaan) di satu sisi dan Bara?(permusuhan) di sisi yang lain iaitu seorang Muslim yang melakukan maksiat, yang melalaikan sebahagian kewajipan agamanya dan melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan Allah namun tidak menyebabkan kekufuran (mensyirikkan Allah dengan sesuatu) dengan tingkat kufur akbar (kufur yang paling besar).

Ketiga: Orang yang berhak mendapatkan Bara?(permusuhan) secara mutlak, iaitu orang-orang musyrik dan kafir baik daripada golongan Yahudi mahupun Nasrani (Kristian) ataupun Majusi, penyembah berhala atau yang lainnya. Sedang, seorang Muslim yang melakukan perbuatan yang menyebabkannya menjadi kafir, maka dia dinyatakan murtad.

Antara contoh penyelewengan umat ini akibat penyelewengan konsep Al Wala?Wal Bara?ialah seperti berikut:

Pertama: Tiada satu pun dari negara yang majoriti penduduknya beragama Islam baik di timur mahupun barat (apatah lagi Malaysia) mengamalkan hukum/undang-undang/perlembagaan Allah secara keseluruhan, padahal mematuhi hukum/undang-undang/perlembagaan Allah adalah sari pati daripada pemahaman yang benar tentang Syahadat. Kalau hukum/undang-undang/perlembagaan Allah tidak dijalankan, bagaimana syahadatnya? Dan kesan lain yang paling parah ialah apabila manusia (yang sememangnya bodoh dan kerdil) mencipta sendiri hukum/undang-undang/perlembagaan ataupun mengimport hukum//undang-undang/perlembagaan daripada orang-orang kafir. Hukum bagi kedua-duanya sama. Malahan kini muncul pula pelbagai jenis gelaran untuk menjauhkan dan mempertakuti manusia kepada Islam seperti kolot, ketinggalan zaman, ataupun dengan tuduhan yang lebih teruk lagi seperti militan, pengganas, Islam radikal dan bermacam-macam tuduhan lagi.

Kedua: Syiar dan slogan ummah telah pun dipengaruhi syiar-syiar dan slogan-slogan orang-orang kafir. Contoh syiar-syiar dan slogan jahiliah/kafir itu ialah sosialisme, kapitalisme, nasionalisme, ateisme, demokrasi, toleransi beragama, modenisasi, globalisasi dan lain-lain istilah-istilah produk kafir yang lain.

Ketiga: Pendidikan juga telah dikuasai kekafiran dan kesyirikan kepada Allah. Kini Pelajar-pelajar Islam seluruh dunia (termasuk Malaysia) yang kebanyakannya tidak mempunyai pemahaman Islam yang kuat disuntik dengan pelbagai pemikiran/ideologi kafir seperti Teori Darwin, nasionalisme dan toleransi beragama. Pelajar juga didedahkan dengan ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan), penerapan Islam hanya sebagai ibadah mahdah (khusus) sahaja dan penerapan nilai-nilai kemaksiatan berleluasa seperti nyanyian. Selain itu pelajar yang ingin berhijab (melabuhkan tudung hingga menutupi tubuh) dan berniqab (memakai tabir pada muka) dimomokkan dan dinista dengan pelbagai gelaran malahan dilarang sama sekali di kebanyakan universiti (bagi niqab) dengan pelbagai alasan yang dangkal.

Keempat: Sejarah pula menyaksikan penyelewengan yang pelbagai terutama apabila ia berkait langsung dengan Islam. Contohnya ialah bagaimana kisah penyebaran Kristian oleh Magellan dan Vasco da Gama diungkapkan sebagai mencari rempah.

Kelima: Daripada segi hiburan dan olahraga pula kita dapat melihat bagaimana anak-anak kecil di pengaruhi dengan Power Rangers, Spider Man, Ultraman, Mashimaru dan Digimon. Manakala arena sukan dan hiburan juga menyaksikan wanita-wanita Melayu mendedahkan keindahan yang sepatutnya tidak boleh ditunjukkan selain kepada suami mereka sendiri. Dan ini bukan sahaja mendatangkan fitnah malahan menggetarkan naluri lelaki yang seterusnya menyumbang kepada kes-kes rogol dan bermacam-macam lagi gejala sosial yang amat berleluasa kini.

Jamun Rakan Media & Bloggers

Saya bersama Abang Syaari, Riduan Bakar dan Tn Hj Mahfuz di dalam Majlis Makan Malam Kelab Rakan Media PAS.

Minggu lepas saya telah menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat. Makan malam tersebut berlangsung di Hotel Grand Season, Jalan Pahang bertarikh 13 Mei 2008, hari selasa. Saya mendapat jemputan ini melalui email atas alasan bahawa saya merupakan salah seorang bloggers. Lebih mengejutkan saya ialah, email saya berada sebaris dengan email Ust Hasrizal, Abg Syaari, Kak Munawwirah UITM dan beberapa blogger lain yang tidak dikenali. Untuk maklumat lanjut klik disini.

Thursday, December 8, 2011

Calon-calon Pro Mahasiswa UM



Gambar kenangan sewaktu PRK dulu.Alhamdulillah saya berjaya menang tanpa bertanding.hehehe, sbb bertanding di kerusi selamat Akademi Pengajian Islam.Penulis 2 dari kiri di belakang.

Tanah Runtuh di APIUM, Muhasabah buat semua

Gambar jentolak sedang mengaut tanah. Kelihatan buku-buku bertaburan keluar daripada dinding perpustakaan yang pecah.

Minggu ini berlaku kejadian tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Di kala masing-masing sibuk sedang menyiapkan assignment, perpustakaan pula terkambus dek tanah runtuh. Masing-masing mengeluh kerana tidak dapat menggunakan kitab-kitab turath yang berada di maktabah. Kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebahagian kecil Blok D, turut menyebabkan penghuni di blok C berpindah. Hal demikian kerana dikhuatiri bukit simen di sebelahnya turut runtuh.


Kejadian sebegini sememangnya sudah di duga. Pernah suatu ketika, seorang pensyarah pernah merungut berkenaan hal tersebut. Katanya,kawasan APIUM tidak selamat kerana terlalu berdekatan dengan bukit. Jaraknya hanya di pisahkan dengan longkang!.Sudah tentu apabila tanah runtuh dari bukit akan menyebabkan bangunan APIUM terus tertimbus.

Ramai yang mengeluh dikala kejadian ini berlaku. Baik dari peringkat atasan, sehinggalah ke peringkat bawahan. Masing-masing mula mencari punca kejadian ini berlaku. Terdapat juga yang menampal poster-poster kecil menyeru supaya warga APIUM kembali muhasabah berkenaan hal ini.

Ada juga yang mengatakan ini adalah disebabkan makbulnya doa para pelajar daripada Borneo. Khabarnya ada segelintir daripada sahabat-sahabat Borneo yang sering melakukan solat hajat minta di selamatkan program intensif bagi para pelajar Sabah dan Sarawak yang khabarnya telah dihentikan pengambilannya baru-baru ini. Menurut mereka, pemberhentian tersebut bermakna mengurangkan jumlah anak-anak Borneo ini untuk menerima didikan agama untuk pulang berbakti di sana.

Ada juga yang mengaitkan dengan sikap pelajar APIUM sendiri yang kurang menjaga tingkah laku mereka seperti dalam isu menjaga aurat, pergaulan dan sebagainya. Terdapat pelbagai telahan yang dibuat sehingga kadang-kadang tidak masuk akal.

Bagi saya, di dalam menangani isu ini warga APIUM janganlah cepat melatah. Jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan medan muhasabah buat semua. Sekiranya ada yang perlu di perbetulkan, sama-sama kita memperbaikinya. Namun begitu, janganlah kita menunding jari menyalah orang lain. Biarpun kejadian ini boleh di anggap sebagai malapetaka alam, namun begitu sebagai muslim yang bertaqwa, kita yakin dengan kuasa Allah S.W.T yang berhak dan mampu melakukan apa sahaja.

Monday, December 5, 2011

Isu Pertikai Sultan: Siapa yang bersalah


Poster yang menampilkan kebiadapan sesetengah pihak kepada pihak Istana. Sewajarnya diambil tindakan yang lebih berat.

Sepanjang pertengahan bulan mei ini terdapat beberapa isu yang agak menarik untuk dibincangkan. Antaranya isu polemik kebebasan akhbar yang digembar gemburkan oleh Khairy Jamaluddin, isu mahasiswa GMMA yang menggempur parlimen dan menggesa supaya AUKU dimansuhkan. Manakala isu beras pula menjadi isu kemanusiaan yang terbesar diperingkat global. Cadangan pihak UiTM untuk mewujudkan kursus pengajian blog juga dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri kerana ianya seolah-olah mengiktiraf kejayaan blogger-blogger dalam menggerakkan jentera media alternatif sepanjang tempoh pilihan raya bagi menyaingi saluran media perdana.

Selain isu ini, media sibuk menggembar gemburkan isu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Karpal Sigh yang di dakwa mempertikaikan ucapan titah diraja oleh Yang Dipertuan Agong sempena pembukaan parlimen. Isu ini pernah ditimbulkan pada tahun 1999 ketika Ustaz Fadhil Nor menjadi Ketua Pembangkang di parlimen. Seperti Karpal Singh, Allahyarham Ustaz Fadhil pernah bertanya kepada pihak kerajaan, siapakah yang bertanggungjawab menyediakan ucapan oleh YDPA ketika pembukaan parlimen ini. Adakah ianya adalah ilham baginda sendiri ataupun idea kerajaan yang memerintah.


Allahyarham juga pernah membangkitkan isu siapakah yang menyediakn teks titah diraja sempena perasmian Parlimen.


Ketika itu, Ustaz Fadhil kurang berpuas hati kerana di dalam ucapan titah diraja diselitkan ayat-ayat yang menyatakan bahawa wujudnya puak-puak pelampau yang menaja keganasan di dalam negara kita. Kumpulan yang dimaksudkan tersebut antaranya ialah berkaitan dengan isu memali di Baling, Kedah. Walaupun Ahli Parlimen Arau pada ketika itu cuba mempersoalkan tindakan Allahyarham, namun begitu tindakan tersebut tidak berjaya. Ustaz Fadhil berjaya mengeluarkan diri daripada permainan dianggap kebudak-budakan ini.

Pada ketika itu, soalan yang dianggap pertikaian ini tidak menjadi fokus media kerana media sibuk memainkan isu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tambahan pula kemenangan Barisan Alternatif pada ketika itu masih belum menafikan suara majoriti dua pertiga kerajaan di parlimen.

Media ketika ini juga sibuk menghentam Karpal Singh yang menyanggah keputusan Sultan Perak yang menarik balik pertukaran Pengarah JAIP yang dibuat oleh Menteri Besar Perak. Di dalam isu ini, Karpal Singh berpendirian bahawa Sultan tidak berhak untuk campur tangan di dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri kerana ianya dibawah bidang kuasa bidang eksekutif.

Saya bukannya mahu membela Karpal di dalam isu ini kerana ianya melibatkan sensitivi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Namun begitu saya ingin membangkitkan suatu persoalan, kenapakah orang bukan melayu seperti Karpal Singh sudah mula berani mengeluarkan kenyataan sedemikian. Walaupun ianya betul dari sudut perlembagaan, namun kenyataan sebegini boleh dianggap sebagai kenyataan yang berbahaya dan mencetuskan perbalahan kaum.

Saya juga pelik, kenapa ketika pihak kerajaan menggubal undang-undang yang mengurangkan kekebalan kuasa raja pada tahun 1993 tidak dipertikaikan. Selain itu, tindakan Presiden MCA, Dato’ Seri Ong Ka Ting yang mempersoalkan kenyataan Raja Muda Kelantan yang membuat kenyataan berkenaan ketidaksetiaan kaum bukan Melayu terhadap kesultanan Melayu di negara ini. Tindakan Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat yang membuat kenyataan mempertikaikan persoalan ketuanan melayu dan menganggap orang melayu sebagai tuan dan orang bukan melayu sebagai hamba juga ditutup rapat-rapat oleh media.

Saya menganggap punca timbulnya pertikaian ini disebabkan sikap pemimpin Melayu sendiri. Apabila wujud segolongan “puak” yang meminda perlembagaan supaya kuasa imuniti Raja-raja Melayu dikurangkan, tiada siapa yang berani bersuara kerana yang mencadangkan itu adalah “Hero” Melayu. Mereka ‘membunuh’ Raja-raja Melayu dengan cara yang begitu halus iaitu dengan menghilangkan kuasa yang ada pada raja-raja. Tindakan ini mungkin berbeza dengan tindakan pembunuhan Sultan Mahmud Shah yang di bunuh oleh Megat Seri Rama. Hal demikian kerana, yang terbunuh hanyalah Sultan Mahmud, tetapi perwaris baginda masih lagi mewarisi daulat dan kuasa baginda. Yang menariknya peristiwa yang membawa kepada berlakunya kedua-dua ‘pembunuhan’ ini melibatkan kesultanan Melayu Johor sendiri.

Saya juga terfikir kenapa ketika “Hero” Melayu ini mempertikaikan perlantikan Menteri Besar Terangganu, tiada pihak yang mengambil tindakan undang-undang. Bahkan dalam pertama kali dalam sejarah negara kita dibuat demonstrasi besar-besaran dihadapan istana semata-mata mahu mempertahankan jawatan Menteri Besar. Jelas disini, tindakan yang dilakukan tersebut merupakan kebiadapan yang paling besar di dalam sejarah kesultanan Melayu. Dibentangkan kain rentang yang berbunyi “Kami nak ****, Natang”. Adakah tindakan menyamakan pihak istana dengan binatang ini boleh dimaafkan oleh orang Melayu.

Saya sendiri tidak dapat memaafkan perbuatan biadap sebegini. Walaupun ianya dilakukan oleh “Hero” Melayu, tetapi ianya melanggar rukun negara kita sendiri. Di mana letaknya ketaatan kepada Raja? Di mana letaknya kesopanan dan kesusilaan yang di laungkan selama ini? Saya melihat, jagoan-jagoan ini lebih mementingkan jawatan dan periuk nasi mereka berbanding dengan penghormatan kepada Raja-raja Melayu.

Sekira double standard berlaku kepada Karpal Singh ketika beliau membangkitkan isu Sultan tidak layak untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri, kenapa Peguam Negara boleh mengeluarkan kenyataan yang hampir sama beberapa bulan yang lepas. Bahkan di dalam perlantikkan Menteri Besar Perlis juga wujud sedikit perselisihan diantara “Hero” Melayu dan pihak istana. Namun begitu, perkara ini dipencilkan kerana di lakukan oleh anak pinak, saudara mara “Hero” Melayu.

Persoalannya wajarkah kita mempertikaikan tindakan orang lain, sedangkan kita melakukan perkara yang sama. Apabila kita menyanggah dan menderhakai Sultan, tidak mengapa kerana kita orang Melayu. Adakah perkara ini betul? Saya merasakan semuanya mempunyai jawapan tersendiri. Jawablah dengan jujur, perbalahan politik bukannya medan yang terbaik untuk menjatuhkan Sultan.

Sekiranya kita mahukan kedamaian dan tidak mahu melihat berulangnya peristiwa 13 Mei 1969, jagoan Melayu sepatutnya menunjukkan sikap yang baik. Jangan kita menyangka, tindakan kita menghentam tokoh-tokoh politik kaum bukan melayu tiada kesannya. Bahkan anak-anak kecil yang semakin membesar melihat perkara ini dan mereka menilai dengan pengetahuan yang mereka ada. Adakah mereka ini tidak mampu membezakan diantara kes perlantikkan MB Perlis dan MB Terangganu dengan isu yang dibangkitkan ini.

Kepada Karpal Singh, tarik baliklah kenyataan anda demi menjaga keharmonian bersama, Kepada jagoan-jagoan Melayu, muhasabahkanlah apakah dosa yang telah anda lakukan kepada pihak istana selama ini. Janganlah anda tahu menunding jari kepada orang lain, tetapi lupa diri sendiri yang lebih. Sempena ulang tahun 13 Mei ini, sewajarnya semua pihak memikirkan isu ini. Salam 13 MEI 2008.

Sunday, December 4, 2011

Sajak : Kematian


Sajak ini saya rasakan pernah kita dengar sejak sekolah rendah lagi. Mungkin boleh kita jadikan renungan buat kehidupan kita bersama.

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal



Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!


Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

ManUnited Song - Glory Glory Man United



Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Just like the busby babes in days gone by,
We’ll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the Messes that sing with pride.

United, Man united,
We’re the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will no just who we are,
They'll be singing que sera sera

United, Man united,
We’re the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

sumber daripada: Kamil

Saturday, December 3, 2011

Kita harus bersatu


Gambar bakal pemimpin masa depan: ihsan dari saifulislam.com

Apabila pembangkang memenangi Pilihahan Raya pada kali ini, ramai dikalangan penganalisis politik mula membuat andaian masing-masing. Pelbagai teori yang dilontarkan.Media-media juga dilihat semakin sedikit terbuka dimana setiap kali forum yang disiarkan, panggilan telefon yang cenderung kepada parti pembangkang juga dilayan, bukan seperti sebelum ini. Asyik putus memanjang apabila panggilan tersebut daripada penyokong parti pembangkang.


Sahabat-sahabat saya juga mula mengulas situasi semasa berdasarkan pemerhatian masing-masing. Ada juga yang ragu-ragu dengan kemenangan besar pakatan Parti Pembangkang.Kata mereka sejauh mana bertahannya "tahalluf siyasi" yang dilaksanakan ini.


Ini kerana masing-masing membawa ideologi perjuangan masing-masing. Namun begitu, bagi saya dalam situasi sekarang pakatan pembangkang perlu bijak menguruskan konflik yang berlaku. Mereka sewajarnya bersatu untuk membentuk sebuah kerajaan yang utuh dan mendapat kepercayaan rakyat.Inilah yang patut disegerakan.


Saya doakan mudah-mudahan dapat diwujudkan pakatan pembangkang yang utuh untuk memimpin 4 buah negeri yang dibentuk melalui kerjasama kerajaan campuran. Biarlah apa pun yang diramal oleh orang, tetapi mengisi kemenangan itu yang paling penting.

"Selamat Bekerja Kepada YB yang menang"

Blog dikemaskini

Blog ini sedang di kemaskini. Sila layari web saya buat sementara waktu:


www.faisalmustaffa.com

Friday, December 2, 2011

STRATEGI MOBILASI MASSA

STRATEGI PENGUASAAN MASSA DAN MEMOBILISASI MASYARAKAT:
SARANAN KEPADA GERAKAN MAHASISWA NASIONAL[1]

Oleh: Ust Hisomuddin

PENDAHULUAN

Gerakan mahasiswa Islam dilanda kemurungan dan kebuntuan dalam merencana gerakan di peringkat kampus dan nasional. Tekanan pihak pemerintah dan pentadbiran universiti didalangi oleh mereka yang ingin melenyapkan gerakan Islam di kampus atas label penghapusan pengaruh pro pembangkang. Pelbagai strategi pihak musuh digunakan untuk melemahkan daya juang mereka yang terlibat dalam mainstream gerakan ini. Kita sedia maklum bahawa pihak musuh Islam sentiasa bekerjasama sesama mereka untuk merosakkan Islam berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:


“orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain, mereka menyeru membuat mungkar dan menegah membuat ma’ruf dan mereka menggenggam tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakanmereka. Sesungguhnya orang munafik itu orang yang fasik.”


Akibatnya, semangat pejuang/aktivis kian luntur, ahli makin goyah pendirian, pemimpin hilang punca, sistem tidak efisien dan pelbagai masalah lagi yang menyumbang kepada kelesuan momentum pengaruh Islam di kampus. Propaganda pihak bertentangan gagal ditangkis dengan baik dan bijaksana menambah lagi keperitan untuk meneruskan usaha dakwah di kampus mahupun nasional.

Maka, penulisan ini cuba mendobrak minda dan membuka paradigma sempit bahawa masih ada lagi jalan keluar untuk menyusun perancangan gerakan agar lebih sistematik dan efektif. Perbahasan strategi ini bertujuan memberikan cadangan alternatif bagaimana perlunya para aktivis mahasiswa Islam melihat perlunya menawan massa kampus dan masyarakat dalam menerajui setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh jemaah. Kertas kerja ini merupakan adaptasi daripada seminar dan kertas kerja PMIUM[2] dan juga Teras Keupayaan Melayu (TERAS)[3] dan telah disusun semula oleh penulis bagi memperkemaskan persembahannya.

PENGUASAAN MASSA

Apa yang dimaksudkan dengan penguasaan massa ialah menggembleng usaha untuk memberikan maklumat kepada masyarakat seterusnya menguasai minda untuk menyokong setiap tindakan yang dilakukan oleh organisasi atau persatuan. Ini adalah selaras dengan terma gerakan atau harakah, oleh itu ia tentunya bersifat menggerakkan kelompok tertentu sesuai dengan matlamat dan objektif persatuan. Ini juga bermakna, persatuan harus beraksi di luar lingkaran formaliti bagi menjayakan gerakan menguasai massa ini. Jika terikat dengan formaliti dan teknikaliti persatuan, ianya tidak akan bergerak jauh memangkin kesedaran massa kerana ia terdedah kepada sistem yang dicipta untuk memerangkap persatuan itu sendiri. Penguasaan massa ini juga boleh diterjemahkan melalui penguasaan minda, strategi, tindakan, pengaruh, maklumat propaganda dan sebagainya.

MOBILISASI MASYARAKAT

Mobilisasi masyarakat yang dimaksudkan di sini ialah mengerahkan masyarakat unttuk berdiri sama memperjuangkan isu yang di bawa oleh mahasiswa. Masyarakat di sini merujuk kepada kelompok sasaran yang difokuskan oleh perancangan persatuan. Ia mungkin terdiri daripada masyarakat awam, kampus dan juga kelompok sasar tertentu. Pengerahan tenaga masyarakat ialah melalui manipulasi isu seterusnya meraih simpati masyarakat untuk bersama dengan nada yang dibawa oleh mahasiswa. Oleh itu, aktivis harus mendalami ilmu sains sosial agar mampu menguasai minda masyarakat yang disasarkan ini. Pengerahan dan mobilisasi ini mungkin wujud dalam bentuk sokongan bertulis, lisan, moral dan semangat, partisipasi dalam forum, piket, demontrasi dan sebagainya. Ini merupakan kemuncak kejayaan jika diukur sejauh manakah sokongan masyarakat terhadap isu yang dibawa. Ia juga menggambarkan, gerakan sudah berjaya mendidik dan membekalkan maklumat yang digariskan oleh perancangan strategik persatuan.

STRATEGI GERAKAN

Berdasarkan firman Allah s.w.t dalam ayat berikut yang bermaksud;

“dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kudayang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) akan menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiayai (dirugikan)”
(surah al anfal: 60)


Ayat ini menegaskan bahwa perlunya kekuatan dijana bagi mencapai kemenangan. Generasi terdahului mempunyai akidah yang kukuh dijinjing bersama strategi rapi bagi mengalahkan kebatilan. Kelalaian dan sifat tidak cermat dalam menanggapi perencanaan kini menyebabkan strategi pihak lawan lebih rapi dan terancang. Ini menepati pesan Saidina Ali KarramaLlahu Wajhah:

“ Kebenaran yang tidak mempunyai perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan yang rapidan tersusun”


Kepelbgaian strategi yang digabungjalin dengan sistematik dan berhikmah serta menepati masa adalah penting bagi menjayakan tindakan ke arah menguasai dan memobilisasi massa/masyarakat. Di sini digariskan strategi yang boleh diaplikasi dalam perencanaan gerakan. Saya telah menyusun strategi ini mengikut flow fasa tindakan bagi memudahkan pemahaman dalam membincangkan strategi ini. Antaranya ialah

Fasa Awal 1: Pemilihan Isu, Pembahagian Isu, Penyusunan Perancangan Strategik

Dalam fasa ini, para pimpinan organisasi/ persatuan harus menilai dan memutuskan isu yng hendak difokuskan oleh persatuan bagi sesi pentadbiran mereka. Ini bagi mengelakkan kecelaruan dan caca merba dalam memberikan respon terhadap persoalan yang timbul dalam masyarakat. Kebanyakan dilema ini terjadi pada awal pentadbiran yang menyebabkan gerakan tidak terarah dan menyebabkan ruang ini dimanfaatkan oleh pihak musuh menekan gerakan Islam.


Antara tindakan awal yang dicadangkan ialah:
1. Menetapkan isu yang hendak dikaji dan diperjuangkan.
- Peringkat ini merupakan langkah asas bagi sesuatu tindakan. Pihak pimpinan perlu bersidang dan melakukan pecah minda bagi mencapai keputusan untuk menumpukan isu khusus yang hendak ditumpukan oleh mahasiswa bagi sesuatu sesi pentadbiran. Ini bagi menjejakkan idea yang retorik agar lebih realistik.
- Aspek ini juga harus mengambil kira keupayaan dan pembinaan kapasiti (capacity building), sanggup menanggung risiko, keberanian, kesatuan, sumber tenaga dan kewangan.


2. Membuat kajian mendalam terhadap potensi isu yang hendak dipilih.
- Proses envisioning terhadap isu ini perlu dilakukan dengan melihat kemampuan isu ini pergi lebih jauh dan memberikan impak positif pada gerakan.
- SWOT Analysis juga boleh dilakukan bagi menilai potensi yang wujud.
- Pemahaman masalah asas, punca, dan sebagainya perlu dibahaskan secara mendalam.
- Isu harus bersifat universal, mewakili kelompok sasar besar atau mempunyai darjah maslahah yang penting diperjuangkan.


3. Membuat penyelidikan asas, review literatur berhubung isu berkenaan.
- Kajian ini perlu bagi mengetahui mengetahui punca, strategi, kesan dan akibat daripada permasalahan tersebut.


4. Membuat pembahagian isu iaitu membahagikan kepada isu utama dan isu sampingan;
- Pembahagian perlu dilakukan bagi mengelakkan kecelaruan dari masa ke semasa. Biasanya fokus boleh mencapah apabila isu demi isu melanda yang memerlukan kenyataan dan pendirian mahasiswa.
- Isu utama harus ditangani secara serius oleh badan khas. Manakala isu capahan boleh diserahkan kepada unit atau lajnah formal biasa dalam organisasi. Ia juga boleh dilakukan oleh presiden dalam melontarkan pandangan persatuan semasa. Isu capahan tidak harus menjadi tumpuan berbanding isu utama.


5. Dan menyusun kerangka pelan tindakan strategik isu yang hendak dibawa.
- Selepas isu diputuskan, maka satu grand design pelan starategik perlu dirangka. Ini bagi menzahirkan secara blue print tindakan yang akan dilakukan dalam jangka masa panjang mahu pun dekat.


6. Menubuhkan panel penasihat atau perunding isu.
- Usaha ini perlu dilakukan bagi mengumpulkan tenaga berpengalaman dalam bidang masing-masing memandu dan membantu jika situasi buntu berlaku.
- Antara panel yang boleh ditubuhkan:
i) Panel Undang-undang: Bertanggungjawab memberi nasihat dalam aspek perundangan.
ii) Panel Penasihat Politik: Bertanggungjawab memastikan tindakan selari dengan prinsip jemaah dan syariat.
iii) Panel Memantau Isu: Bertanggungjawab mengumpulkan maklumat, respon, kenyataan balas musuh, propaganda/serangan gerak saraf dan sebagainya. Mereka hanya mengumpul, mendokumentasi dan menganalisis apa yang berlaku dari masa ke semasa.
iv) Panel Tindakan Khas: Unit ini bertanggungjawab mengumpulkan maklumat dari lapangan. Kajian lapangan juga adalah sebahagian daripada portfolio kelompok ini.
v) Panel teknikal dan kewangan: Ini kumpulan khas yang menumpukan dalam aspek teknikal dan berkaitan dengannya. Bahan cetak, penerbitan, risalah dan bahan disaring oleh kelompok ini. Unit ini juga perlu menjana kerana sektor ini memerlukan sumber dana yang besar.


7. Penubuhan unit media dan rakaman.
- Unit ini tidak boleh diabaikan dan dipandang remeh. Rakaman merupakan bukti paling kukuh yang diperlukan sebagai sokongan dalam setiap tindakan. Unit ini perlu merakamkan setiap event utama dan perkara penting dalam tindakan sepanjang gerakan memobilisasi isu.
- Selain itu, bahan rakaman boleh disebarkan dalam bentuk CD dan sebagainya. Ia juga boleh menjadi sumber kewangan pada gerakan.


Fasa Awal 2: Memperkenalkan Isu

Pendekatan sistemik berhubung setiap isu memerlukan satu usaha memperkenalkan isu terlebih dahulu kepada ahli dan sasaran awam. Antaranya tindakan atau langkah dalam fasa ini seperti;
8. Menulis makalah yang berorientasikan akademik dalam media cetak dan portal laman elektronik (web site).
- Langkah ini merupakan pengenalan kepada tindakan persatuan terhadap isu yang difokuskan. Penulisan boleh atas kapasiti persatuan, presiden, ahli persatuan, atau individu lain yang mulai prihatin dengan isu berkenaan. Semua pihak harus memberikan komentar sama ada menyokong dan membantah secara sistematik bagi membuka dan menarik perhatian masyarakat awam.
- Menghantar sebanyak mungkin artikel bersifat pandangan, komentar, analisis perbandingan dan yang seumpama dengannya. Objektif ini belum lagi bersifat serangan, tetapi lebih kepada penerangan konsep dan apa yang berlaku atas landasan ilmiah.
- Perlu mengenalpasti dan membuat senarai majalah, akhbar dan portal untuk menghantar pandangan serta hasil penuisan berkenaan.
- Contoh majalah: Minda, Millenia, Falsafah, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, dll
- Contoh Portal Elektronik: malaysiakini.com, harakahdaily.net, umno-reform.com, malaysia-today.net, tranungkite.net, laman marhaen, terengganukini.net, jiwa-merdeka.net, dll.


9. Meminta pandangan ahli akademik dan pihak yang mempunyai maklumat berkaitan isu.
- Peringkat ini memerlukan pimpinan membuat tinjauan elit bagi mendapatkan pendirian dan sikap para elit seperti ahli akademik, NGO, alim ulama’, mufti dan yang boleh memberikan pandangan alternatif berhubung isu yang diperjuangkan.
- Pandangan ini boleh dilakukan secara profesional sama ada temuramah lisan, bertulis dan sebagainya. Ini merupakan bukti yang boleh mengukuhkan hujah untuk dijinjing bersama selepas ini.
- Mengeluarkan kenyataan hasil temuramah dan pertemuan berkenaan kepada media seperti mana di atas.


10. Membuat tinjauan/kajian lapangan untuk mendapatkan respon/ pandangan awal masyarakat.
- Tinjauan lapangan boleh dilakukan dengan menubuhkan satu unit khas menjalankan survey yang sistematik. Persampelan in akan digunakan bagi mewakili keseluruhan kelompok sasar yang ditetapkan.
- Kajian ini mampu memberikan gambaran asas dan boleh digunakan untuk menyusun strategi seterusnya.
- Membuat lawatan dan meninjau kawasan isu yang boleh dijadikan contoh permasalahan kajian serta mengumpulkan pendapat masyarakat setempat.

Fasa Pertengahan 1: Menyatakan Pendirian

11. Menulis surat memohon penjelasan kepada pihak berwajib.
- Surat rasmi mewakili organisasi untuk mendapatkan pendirian sebenar pihak yang bertanggungjawab terhadap isu. Selain daripada tindakan formal ini, agen khas badan bertindak boleh menjalankan risikan secara bijak bagi mengetahui pendirian pihak pesaing terbabit.

12. Mengadakan dialog dengan pihak berwajib untuk memohon/memberikan penjelasan berhubung isu.
- Dialog secara bersemuka secara psikologinya ialah untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap isu yang membabitkan pihak berkenaan. Menerusi dialog berkenaan, persatuan atau organisasi harus menyatakan secara jelas pendirian mahasiswa.
- Mencatatkan hujah balas dan alasan yang dikemukakan dengan terperinci. Sekiranya rakaman dibolehkan, ini lebih mudah dan berkesan.


13. Mengadakan sidang media menyatakan pendirian mahasiswa.
- Langkah ini perlu dilakukan sejurus pertemuan atau dialog berkenaan. Ini bagi menghebahkan kepada pihak media pendirian asas mahasiswa berhubung isu ini. Selain itu juga, ulasan mengenai pendirian pihak yang terbabit dengan isu ini boleh diulas secara ringkas.
- Kekuatan mental pemimpin perlu di tahap ini bagi menahan asakan soalan dari pihak media. Kemampuan menjawab dengan baik, serta mempunyai persefahaman dalam mengeluarkan pendirian akan memperlihatkan kekuatan yang dimiliki oleh mahasiswa.
- Aspek teknikal penting bagi melancarkan perjalanan sesi ini. Ini termasuk jemputan pihak media secara rasmi, penyediaan media kitt, backdrop dan susunan kedudukan media dan pimpinan semasa sidang dijalankan.


14. Mengeluar dan mengedarkan kenyataan akhbar kepada media tempatan dan antarabangsa.
- Tindakan ini adalah bagi menampung perkara di atas, iaitu melengkapkan media yang tidak menghadiri sidang yang dilakukan.
- Kenyataan rasmi pihak mahasiswa boleh difakskan atau melalui email kepada pihak media cetak dan elektronik.


15. Menulis rencana khas di dalam majalah dan akhbar.
- Kupasan ilimiah diselitkan dengan pendirian mahasiswa berhubung isu direncanakan. Ini bagi mendapatkan simpati dan menyebarkan maklumat kepada golongan tertentu yang membaca melalui akhbar mahupun majalah sasaran.


16. Menulis surat bantahan rasmi.
- Bantahan rasmi boleh dikemukakan dengan menjawab setiap hujah pihak terbabit berdasarkan pada pertemuan dan sidang dialog tadi.
- Bantahan itu perlu diperkukuhkan dengan mengedarkan “salinan kepada(s.k)” pihak yang berpengaruh. Ini sebagai psikologi kepada pihak berkenaan bahawa isu ini juga dihebahkan kepada pihak lain yang mungkin boleh mengenakan tindakan dan tekanan kepada mereka.

Fasa Pertengahan 2: Pengembangan Isu.

17. Menganjurkan bengkel, kolokium, simposium, forum dan seminar khas.
- Langkah ini memerlukan usaha yang kuat untuk mengumpulkan hasil set idea yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan.
- Forum dan seangkatan dengannya boleh digunakan bagi mengumpulkan pandangan rasmi pihak yang dijemput berhubung isu atas pentas mahasiswa. Ini bagi mngesahkan secara jelas pendirian mereka.
- Medan ini juga boleh digunakan untuk berhujah secara berdepan dengan berhikmah serta melihat kekuatan mantik masing-masing.
- Resolusi akhir harus menjurus kepada objektif asal serta menyumbangkan kekuatan tambahan kepada perjuangan isu berkenaan.


18. Melaksanakan siri ceramah/syarahan penerangan dan roadshow
- Siri penerangan ini boleh dilakukan secara rasmi mahupun tidak.
- Penerangan rasmi ialah melalui majlis atau program yang dirancang oleh pihak persatuan atau proksinya.
- Instrumen tidak rasmi pula boleh dilalkukan melalui elemen ziarah, kuliah maghrib, dan sebagainya.


19. Melancarkan kempen.
- Secara umumnya, kempen adalah segala usaha yang meliputi kegiatan dan tindakan dengan menggunakan pendekatan untuk mempengaruhi pendapat umum atau sokongan terhadap isu yang dibawa.
- Kempen ini bertujuan untuk menghebahkan pendirian melalui cara yang lebih kreatif dan lembut.
- Kempen bertujuan mempengaruhi masyarakat umum terhadap sesuatu perkara dan isu yang dibawa.
- Untuk melakukan perubahan perlakuan/tindakan di peringkat pelbagai lapisan masayarakat umum dan akar umbi terhadap perkara/isu yang diperjuangkan.
- Untuk mendapatkan sokongan masyarakat umum terhadap isu yang diperjuangkan
- Untuk berlakunya perubahan dasar/polisi di peringkat makro sesebuah negara – pentadbiran, perundangan, kehakiman dan kesultanan.


20. Mengadakan pameran khas
- pameran ini merupakan salah satu instrumen pecahan daripada kempen. Pameran boleh menggambarkan pendirian dan menghebahkan kepada masyarakat dan partisipan yang hadir.
- Bahan pameran merupakan himpunan gerakerja kronologi, tindakan, himpunan foto, himpunan kenyataan, keratan akhbar/makalah yang berkaitan, himpunan surat bantahan, memorandum, referendum dan sebagainya.


21. Mencetak poster khas dan sepanduk propaganda terhadap isu.
- poster merupakan instrumen promosi terhadap ekspresi perasaan dan pendirian mahasiswa.
- Kenyataan di poster harus mengandungi ayat propaganda dan pendirian tegas berhubung isu selaras dengan pendirian mahasiswa.
- Selain itu juga poster mampu menarik perhatian masyarakat umum dengan tarikan kepada pernyataan poster sama ada bersifat agresif mahupun menagih simpati.


22. Mengedarkan surat pekeliling meminta sokongan dari orang awam, NGO, dan individu berpengaruh.
- Surat pekeliling sokongan bertujuan untuk menilai sejauh mana pendirian pihak lain yang mempunyai pengaruh terhadap isu yang dimainkan. Sekiranya sokongan pihak berkenaan diterima ia merupakan bonus dan hujah untuk mengukuhkan premis dan konsensus perjuangan isu tersebut.

23. menubuhkan badan bertindak di kalangan komuniti terlibat untuk menyelesaikan isu
- bagi membentuk momentum gerakan yang lebih besar, gerakan perlu menubuhkan pecahan badan bertindak untuk mengetuai isu berkenaan.
- Nama-nama singkatan yang boleh menggambarkan aspirasi pendirian mahasiswa berhubung isu berkenaan boleh diwujudkan. Sebagai contoh dalam menangani isu ISA, mahasiswa menubuhkan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) pada tahun 2000.


Fasa Akhir 1: Penegasan Tindakan

24. Penyediaan memorandum
- Memorandum adalah ekspresi tegas gerakan. Kebiasaannya memorandum adalah jalan yang boleh diklasifikasikan hampir ke klimaks tindakan diplomasi. Kebiasaanya ianya menyumbangkan impak besar terhadap isu ini. Political milage boleh dibesarkan menerusi rombongan kelompok kecil mengiringi pemimpin menyerahkan memorandum berkenaan.
- Selain itu juga, memorandum merupakan signal bagi pihak yang terbabit menggambarkan keseriusan tindakan jika tiada sebarang perubahan selepas penyerahan berkenaan.
- Memorandum harus mengandungi latarbelakang masalah/ isu, kronologi, hujah yang dibalas, cadangan penyelesaian, dan senarai kekuatan alliances yang terbabit dn bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.


25. Merangka model penyelesaian mahasiswa
- Kerangka model penyelesin harus dikemukakan bagi menangkis serangan balas menyatakan bahawa mahasiswa seperti PMI, GAMIS, BBMN hanya tahu mengkritik tetapi dangkal dan tandus menyatakan jalan penyelesaian. Rumusan aksi penyelesaian harus realistik dan mempunyai kajian yang mendalam.

26. Penyediaan referendum.
- Referendum kebiasannya mengiringi memorandum. Ia membuktikan pungutan suara masyarakat yang menyokong usaha yang dilakukan oleh persatuan/organisasi dalam isu berkenaan.
- Referendum harus mengandungi penyataan ringkas isu yang diperjuangkan dan ruangan butiran maklumat penyokong referendum berkenaan. Jumlah ini harus valid dan mempunyai kekuatan dalam menyokong isu.
- Secara psikologinya, ia memberikan kekuatan moral bagi pemimpin untuk berdepan dengan pihak yang ingin dikemukakan bantahan atau sebagainya.


27. Menyediakan soalan atau pendirian kepada pihak ADUN dan Ahli Parlimen.
- Medium ini kebanyakannya gagal dimanfaatkan oleh mahasiswa. Ini adalah medium yang cukup efektif dalam memberikan kesan mendalam kepada penggubal polisi. Selain itu juga, ianya mengundang terjahan yang baik dan bersih dalam menaikkan perbahasan isu ini.
- Sepertimana kita maklum, kuasa legislatif ini mampu membuka minda strategi mahasiswa dalam membiaskan serangannya.


28. Melancarkan boikot
- Boikot ini merupakan tindakan awal kekecewaan hasil tindak balas pihak yang terbabit. Boikot ini boleh dilakukan apabila kuasa massa sudah berada di pihak gerakan. Jika massa tidak kukuh, strategi ini tidak wajar dilakukan.
- Kebiasaannya boikot dilakukan apabila mahasiswa ingin menyatakan pendirian secara kasar dan agresif dan mempromosikan sikap sebenar mereka.

29. Mengadakan piket, demontrasi aman, dan mogok.
- Biasanya bila disebut istilah ini, inilah perkara pertama yang berlegar dalam kotak minda para aktivis, padahal ianya sudah berada di penghujung jalan diplomasi. Langkah demontrasi perlu melihat kepada flow dan graf gerakan awal. Jika flownya menaik, maka demontrasi dan tunjuk perasaan perlu dilakukan.
- Tunjuk perasaan merupakan penilaian terhadap usaha mobilisasi dan penguasaan massa di peringkat awal perancangan isu.
- Demontrasi memerlukan badan khas yang disusun secara rahsia bagi mengendalikan atu demontrasi yang tersusun.
- Badan khas iin perlu menyususn strategi yang mengambil kira aspek keselamatan mahasiswa yang akan terlibat. Pelan kontigensi juga perlu diatur jika berhadapan dengan suasana genting.


30. Mendapatkan pandangan dan pendirian melalui bidang undang-undang.
- memahami aspek undang-undang adalah wajib bagi pimpinan. Mereka perlu bengkelkan bagi memahami ruang yang diperuntukkan undang-undang agar tindakan yang dilakukan masih lagi dalam lingkungan undang-undang yang dibenarkan.
- Perlembagaan Malaysia, Akta polis, akta hasutan, AUKU, statut universiti, ISA dan lainya perlu dikhatam oleh para aktivis.
- BAR Council juga boleh dijadikan sebagai proksi sandaran dalam menguatkan sokongan dan bantuan dalam aspek undang-undang.
- Firma guaman ahli gerakan begitu banyak perlu dimanfaatkan untuk menyampaikan pendedahan berkaitan dengan undang-undang.

31. Membuat laporan kepada pihak berkuasa.
- Laporan polis juga boleh digunakan, tetapi tidak disyorkan sangat memandangkan pihak PDRM tidak menyebelahi pihak mahasiswa. Tetapi sebagai tindakan wajib dan terdesak, ianya boleh dilakukan. Ini bagi membolehkan langkah perundangan dilakukan sekiranya laporan polis dilakukan.

32. Mengambil tindakan undang-undang.
- pendakwaan di mahkamah adalah langkah terakhir dengan menyeret pihak terbabit. Ini adalah klimaks bagi tindakan, dan aspek perundangan memakan masa dan lebih kompleks untuk tindakan. Namun, ianya juga sebahagian daripada strategi dalam gerakan mahasiswa.
- Contoh kes Rizal Annan vs UUM, ISA7.

Fasa Akhir 2: Penilaian Akhir

33. Menyediakan kronologi peristiwa.
- Kronologi peristiwa yang berlaku perlu dirakamkan dengan baik. Ini dapat memperlihatkan graf dan flow tindakan terhadap isu ini. Ia juga boleh dikepilkan bersama deraf penerangan kepada masyarakat awam apa yang telah dilakukan oleh mahasiswa.


34. Menghasilkan Dossier (laporan lengkap isu) untuk diedarkan kepada masyarakat awam.
- Dossier merupakan satu set laporan lengkap yang dirangkumkan keseluruhan yang berkaitan dengan isu yang dibawa. Badan khas pemantau bertanggungjawab menyiapkan laporan ini.


35. Laporan lengkap diserahkan kepada pihak yang berkenaan seperti kementerian, agensi dan pihak pentadbiran universiti.
- Dossier dan laporan formal yamg lengkap boleh menjadi langkah akhir yang memperlihatkan mahasiswa Islam profesional dalam menampilkan isu. Penyelesaian dan langkah alternatif yang dicadangkan mampu menangkis pandangan negatif seterusnya menaikkan imej mahasiswa sebagai kelompok pressure yang matang dalam tindakan.


KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang dipersembah dan dihuraikan, masih banyak ruang yang boleh dimanfaatkan oleh para aktivis dalam melestarikan gerakan. Harapan saya, moga strategi ini boleh dijadikan panduan dalam merangka gerakan yang lebih sistematik, berperancangan dan bijaksana. Saya menegaskan di sini, usah terikat dengan jumlah yang diketengahkan di atas kerana masih banyak strategi boleh dilakukan untuk memartabatkan kembali pengaruh Islam di kampus yang kini dilanda pengaruh jahiliyyah. Di bahu kalian tertanggung amanah untuk menebus semula kesan dogma negatif agar generasi akan datang akan merasai nikmatnya bersama Islam di kampus. Akhir kata: lakukan apa sahaja yang menguntungkan Islam dan lakukanlah SEKARANG! Bertindak demi masa depan bersama....



[1] Kertas kerja ini disediakan sempena Mukhayyam Tarbawi di Sri Melawi Resort, Kelantan pada 30 Januari 2005; 8.30 pagi.
[2] Faisal Abdul Rahman. Senarai Semak Gerakkerja PMIUM dalam Mobilisasi Masyarakat Menangani Isu: Kemahiran- Kemahiran yang Perlu dikuasai oleh Aktivis PMIUM. Universiti Malaya Kuala Lumpur. 2000.
[3] Mohd Burhanuddin Adnan. Menguasai Pandangan Awam dibentangkan sempena Simposium Penyelidikan `02, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya sesi 2002/2003.

Thursday, December 1, 2011

FORUM YDP PMI & YDP MPMUM

Forum Bicara Siswa

Tajuk:

"Rasulullah Tokoh Penyatuan Ummah"

Panel:

1.Affandy B Sutrisno Tanjung
(YDP MPMUM)

2.Mohd Haafizuddin B Abirerah
(YDP PMIUM)

Moderator:
Saudara Zulkifli

Tempat: Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu

Hari : Rabu Tarikh: 9 Mac 2008 Jam: 8 Malam

Semua Di Jemput Hadir

"Sejahtera Bersama PMIUM"


Sepetang Memancing Di Tasik Paramount

memancing di paramount

“Jom kita memancing kat Sungai Pisang”, ajak Bad kepada saya dan Jabir. “Aduh, malaslah. Kalau ada kereta tak pa juga. Jauh tu”, saya menjawab.

Akhirnya, persetujuan diperolehi dimana kami hanya memancing di Tasik Paramount yang hanya terletak dibelakang rumah kami.

Walaupun saya bukannya seorang yang meminati aktiviti memancing, tetapi apa salahnya sekiranya saya belajar-belajar memancing.

Jabir dan Bad bergerak ke Tasik Paramount terlebih dahulu kerana saya perlu ke Digital Mall untuk membeli woofer untuk kegunaan siri-siri ceramah saya. Kebetulan pada 24 Julai ini, saya dijemput menyampaikan ceramah Isra’ dan Mikraj kepada pelajar-pelajar di Sekolah Rendah Sekseyen 6, Damansara. Biarlah kelengkapan asas untuk memantapkan lagi penyampaian disediakan lebih awal. Akhirnya saya memilih woofer berjenama sonic gear yang sederhana besarnya dengan harga RM59.00.

Setibanya saya di Tasik Paramount, kelihatan Jabir dan Bad sedang duduk menunggu kail mereka. Jabir sudah mendapat seokor ikan, manakala Bad masih belum ada rezkinya.Sehigga selesai memancing, hanya seekor ikan itulah yang menjadi rezki pada petang tersebut.

Terdetik juga di dalam hati, betapa boringnya aktiviti memancing. Letih-letih menunggu, seekor pun tak dapat. Beli di pasar lagi cepat boleh di masak. Hehe. Mungkin jiwa saya bukanlah jiwa seorang pemancing. (^^,).

jabir

Jabir menunjukkan kehebatnya dengan memperolehi seekor anak Tilapia Merah..Hehe

Bad

Tarik Bad tarik…

Madrasah Rahimi dan Kamal Ihsan

faisal mustaffa 2

Sebaik saja sampai daripada Sarikei kira-kira jam 1 pagi, saya terus mencapai buku untuk membaca serba sedikit berkenaan Isra dan Mikraj. Walaupun agak keletihan, tetapi keesokkan harinya saya perlu tempat sahabat saya Rahimi dan Kamal mengajar. Kebetulan pula, sehari selepas program hujung minggu saya diberikan pelepasan untuk bercuti selama sehari.

Kesempatan ini saya luangkan untuk berkongsi ilmu israk mikraj yang saya perolehi hasil pembacaan beberapa buah buku-buku berkaitan kisah tersebut. Tumpuan yang diberikan adalah berkenaan dengan Ibrah Isra’ Mikraj dan kaitannya dengan kejayaan seorang pelajar. Alhamdulillah, walaupun sedikit pening-pening keletihan, ceramah tersebut dapat disampaikan dengan baik. Semuanya adalah disebabkan kekuatan dan tenaga yang diberikan oleh Allah S.W.T.

faisal mustaff3

Para pelajar tingkatan 1 – 3 sedang mendengar ceramah Isra’ dan Mikraj