Tuesday, May 3, 2011

Impian Tercapai Melihat Kedah dibawah kepimpinan Ulama

Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku ketua pembangkang bersalam dengan Ustaz Azizan Abd Razak selaku menteri Besar Kedah.



Baru-baru ini saya ada menulis tentang cita-cita untuk bermenteri besar seorang agamawan. Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat saya. Kira-kira jam 1 pagi saya mendapat sms bahawa kerajaan Islam akan dibentuk di Kedah.

Walaupun kawasan saya membuang undi berpihak kepada pembangkang (BN sebagai pembangkang di Kedah), namun begitu saya bersyukur kemenangan pakatan (Barisan Rakyat) BR berjaya membentuk kerajaan dengan kerjasama PAS dan PKR. PAS memenangi 16 kerusi, diikuti PKR 4, DAP 1 dan BEBAS 1. Manakala parti pembangkang iaitu BN hanya meraih 14 kerusi.

Tidak sia-sia kiranya, usaha yang dilakukan oleh para bloggers untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat jelata. Walaupun diasak dan diganyang lunyai oleh media utama termasuk TV dan akhbar, namun media alternatif tetap menjadi pilihan hati pengundi pada kali ini. Blog-blog dan laman web menjadi sumber maklumat sehingga menyebabkan rakyat celik daripada terus tertipu oleh kerajaan BN.

Rakyat nampaknya semakin tidak percaya kepada "suara-suara" utama kerajaan kerana banyak kekeliruan yang ditonjolkan. Saya tertarik dengan kata-kata Dr Anuar Zaini, pengerusi BERNAMA. Beliau menyatakan bahawa media-media utama seperti TV 1 & TV 3 terlalu lembab sehingga menyebabkan rakyat semakin mual. Sebagai contoh, malam pengiraan undi ketika beliau bercakap di studio TV3 masih banyak keputusan berpihak kepada kerajaan BN. Namun begitu semasa beliau keluar ke tandas, pemandunya memberitahu bahawa 5 negeri telah jatuh ke tangan Barisan Rakyat (BR).

Saya sendiri merasakan perangkap yang dipasang oleh BN tidak mengena dan memakan diri sendiri. Keputusan SPR membatalkan penggunaan dakwat menjadikan rakyat lebih simpati kepada pakatan BR. Hal ini kerana, jelas di fikiran rakyat bahawa SPR sendiri mahu melakukan penipuan.Aksi yang gelisah yang ditampilkan oleh Pengerusi SPR ketika pengumuman kerajaan baru BN, jelas menunjukkan beliau tidak dapat menerima kemenangan parti pembangkang.

Semoga kerajaan PAS Kedah dapat mengorak langkah untuk memimpin dengan baik. Kemenangan ini perlu diisi dengan sebaiknya kerana ianya adalah amanah Allah dan tanggungjawab kita bersama selaku Muslim.



"Tahniah Kerajaan PAS Kedah.. Syabas kepada yang bergelar YB"

Kais Pagi, Makan Pagi

Belum reda ribut, taufan pula yang menjelma. Si nelayan yang menanti untuk turun mencari rezki di laut kehampaan. Kepalanya ligat berfikir. Mahu ke laut, nyawa jadi taruhan. Jika menanti redanya ribut, sudah tentu dapurnya tidak berasap. Si nelayan tua menjadi serba salah. Apakah yang harus dia lakukan. Dia tidak sanggup melihat anak-anaknya yang kecil menangis minta di isi perut.

Itulah realiti yang selalu dihadapi oleh rakyat kelas bawahan. Bagi golongan atasan mungkin perkara ini di lihat dalam kaca mata yang berbeza. Bagi mereka wang itu adalah satu perkara yang mudah. Tetapi bagi golongan kelas bawahan, yang rata-ratanya miskin dan berpendapatan sederhana soal keewangan sering menjadi masalah utama. Bahkan mereka sanggup menggadaikan nyawa untuk mendapatkan wang bagi membesarkan anak-anak mereka.

Kenapa saya membawa situasi di atas? Sudah tentu sahabat-sahabat dapat menerka. Kadang-kadang saya merenung sendirian memikirkan nasib golongan bawahan ini. Ini kerana saya sendiri lahir daripada golongan yang berpendapatan senderhana. Ibarat kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang.

Di kala itu pendapatan ayah sekitar RM100 sebulan untuk menampung kehidupan kami 4 beranak. Hidangan dirumah sekadar cukup untuk mengenyangkan perut. Mujur ketika itu saya dan kak tidak banyak karenah. Ikan tamban kering masin menjadi juadah istimewa. Jika mahu merasa makan ayam, ayah akan membeli kaki ayam di pasar untuk kami sekeluarga. Asalkan ayam, walaupun sekadar kaki ayam saya dan kakak sudah ketawa girang. Bukan mudah untuk makan binatang bergelar “ayam”. Mujur masih ada makanan yang boleh di makan. Sekurang-kurangnya tidak kebuluran.

Ada dikalangan sahabat-sahabat saya, sebaik sahaja masuk wang pinjaman PTPTN mereka akan menghantar wang tersebut kepada keluarga mereka di kampung. Bila disoal mengapa, jawapannya wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan harian dan sekolah adik-adik mereka. Tidak dapat saya gambarkan, betapa mulianya hati sahabat saya ini. Mengikat perut untuk kepentingan dan masa depan keluarganya.

Sebab itulah, saya tidak hairan apabila terdapat ramai dikalangan mahasiswa UM yang gagal untuk menduduki peperiksaan akibat bebanan hutang yang melebihi RM 500. Rata-ratanya adalah Melayu beragama Islam. Sebangsa dengan saya. Memang benar ada di kalangan mereka yang menyalahgunakan wang tersebut untuk berfoya-foya. Namun begitu masih ada dikalangan mereka yang kurang bernasib baik. Wang mereka digunakan untuk membantu keluarga mereka. Sebagai seorang sahabat, selami hati sahabat-sahabat kita ini. Kepada sahabat-sahabat yang belum memahami, renung-renungkanlah.

Sunday, May 1, 2011

Mengapa Wajib Mengundi Calon Bukan Islam?


Calon yang mewakili mahasiswa kampus diibaratkan seperti mereka yang bermain bola sepak. Dalam erti kata yang lain, mereka bergerak dan berperanan secara berkumpulan. Segala pertimbangannya juga bukanlah berasaskan pertimbangan peribadi, tetapi bersandarkan kepada ‘fatwa’ dan kesepakatan bersama dalam kumpulan yang diwakilinya.

Dalam konteks pilihanraya di universiti-universiti, calon-calon Kumpulan A misalnya merupakan mereka yang mewakili gabungan beberapa persatuan pelajar yang mahu menegakkan keadilan dan kesaksamaan, serta mereka yang berusaha memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa menurut Syariat Islam, juga undang-undang negara. Golongan ini menentang sebarang penyelewengan, korupsi, penafian hak dan sebarang ketidakadilan serta kezaliman yang berlaku di dalam dan di luar kampus. Sementara Kumpulan B terdiri daripada mereka yang bersekongkol dengan kezaliman serta bekerjasama melakukan penyelewengan, di mana mereka turut menghantar calon bagi mewakili kumpulan mereka untuk bertanding dalam pilihanraya kampus.

Maka, kelebihan personaliti seseorang calon hanya mewakili sebahagian kecil sahaja daripada kelayakan dirinya untuk dinilai oleh pengundi. Kelebihan personaliti, integriti dan kualiti seseorang calon adalah merupakan urusan kumpulan yang diwakilinya untuk meneliti, dan akhirnya meletakkan hanya yang terbaik sebagai calon. Ada pun bagi pengundi, mereka harus memahami bahawa menghantar wakil untuk bertanding dalam pilihanraya bukanlah seperti menghantar pemain badminton, tetapi pasukan bola yang akan bermain di dalam satu pasukan.
Maka jangan hanya menilai peribadi calon, tetapi tumpukan kepada pasukan yang diwakilinya.
Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.

Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ‘ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.

Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman. Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim. Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.


KEADILAN UNTUK SEMUA

Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan. Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.

Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI.” Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?” Baginda S.A.W. menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA” (Hadith riwayat al-Bukhari)


TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI

Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.


TOLONG MEREKA YANG ZALIM

Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.


TOLONG KEZALIMAN

Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, “ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!”

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (H.R. Ahmad)


-Idea penulisan ini diambil daripada artikel Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai 'Abu Saif', dan diolah mengikut keperluan kampus untuk menjawab SMS palsu terhadap info SMS berbunyi: "Manakah lebih baik daripada mengundi orang bukan Islam mewakili Kumpulan A, berbanding mengundi orang Islam Kumpulan B."

Tuesday, April 12, 2011

Bersama Dr Asri, Mufti Perlis


Semalam, Selasa 10 Jun 2008 saya bersama rakan-rakan PMIUM sempat bertemu dengan Dr Asri Zainul Abidin yang merupakan mufti Perlis. Di dalam pertemuan tersebut kami sempat berbincang dengan masalah yang timbul daripada pinjaman PTPTN dan isu-isu berkaitan dengan kemahasiswaan. Kami merentas perjalanan sejauh 400 km lebih menuju ke utara semata-mata mahu mendapatkan pandangan dengan beliau seterusnya membuat jemputan secara rasmi sebagai forum di dalam program HEWI yang akan diadakan pada bulan Ogos akan datang. Melalui perkongsian dua hala ini, pelbagai input yang telah kami perolehi


Pimpinan PMIUM sesi 08/09 bergambar bersama Dr Asri


Bersoal jawab berkenaan isu PTPTN dan isu Mahasiswa Islam


Sedang menantikan Dr Asri di dalam bilik mahkamah syariah

Monday, April 11, 2011

Cetusan Pak Rae


Semalam saya sempat melayari laman blog terbaru Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya Dr Azrae Bin Hj Idris. Walaupun kewujudan ini agak terlewat berbanding anak-anak buahnya, namun begitu kewujudan blog ini mendahului TNC Hep daripada kampus-kampus lain.

Sebagai “pemantau” kepada aktiviti pelajar, kewujudan blog ini amat bermakna kerana segala buah fikiran dan cadangan yang beliau akan kemukakan kepada para pelajar dapat dilayari terus didalam laman blog beliau. Segala respon daripada para pelajar akan terus disampaikan kepada beliau. Jika sebelum ini, Perdana Mail menjadi tempat beliau meluahkan rasa, namun begitu ianya kurang berkesan kerana tidak semua pelajar cakna dengan Perdana Mail mereka.

Kepada Ayahanda Dr Azrae, semoga terus tegar dalam menulis. Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberikan manfaat kepada mahasiswa baru di Universiti ternama ini. Mungkin selepas ini akan menyusul pula blog Naib Canselor. (^^,). Untuk Melayari blog ayahanda TNC, Dr Azrae KLIK DI SINI

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Tuesday, April 5, 2011

Ranking Universiti dan Budaya Intelektualisme

Oleh:Mohd Faisal B Mustaffa
Baru-baru ini, Times Higher Education Supplement (THES) tidak menyenaraikan walau satu pun universiti di Malaysia dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2007. Ini merupakan satu kekecewaan yang amat besar buat negara Malaysia yang menjadikan minda kelas pertama sebagai salah satu teras utama Misi Nasional yang terkandung dalam matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kaedah ranking ini dibuat oleh Ququarelli-Symmonds (QS), sebuah syarikat swasta British bagi pihak THES. Beberapa pihak kelihatan menggunakan alasan dengan menyalahkan kaedah yang diguna pakai oleh institusi ini menyebabkan ranking hampir keseluruhan universiti yang tersenarai dalam 20 universiti terbaik dunia juga berubah. Namun menurut THES, kaedah tersebut diubah untuk menjadikan kajian mereka lebih tepat. Justeru, siapa yang harus dipersalahkan di atas kemerosotan pencapaian universiti-universiti kita, khasnya Universiti Malaya yang pernah menduduki ranking ke 89 daripada 100 universiti terbaik dunia pada tahun 2004? Adakah kita perlu menyalahkan Naib-naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan para pentadbir universiti? Atau adakah mahasiswa sendiri yang perlu dipersalahkan? Sekarang, usahlah kita saling menuding jari menyalahkan di antara satu sama lain, tetapi ayuhlah bersama-sama mencari jalan untuk menaikkan kembali imej universiti kita, khasnya Universiti Malaya yang pernah tersohor dengan jolokannya sebagai ‘Universiti Perdana.’

Mempergiatkan usaha penyelidikan oleh para pensyarah dan mahasiswa amat perlu bagi menaikkan semula ranking Universiti Malaya. Seandainya banyak penemuan yang berjaya diperolehi melalui kajian dan penyelidikan, ini akan membantu untuk membina, mempertahankan dan memperkembangkan peradaban negara, kerana kekukuhan sesuatu peradaban sangat bergantung pada kekuatan golongan intelektualnya. Sebagai contoh, kewujudan ‘Darul Hikmah’ pada zaman Abbasiyah merupakan satu usaha dalam mendukung budaya intelektualisme pada masa itu, begitu juga ‘A House of Medicine’ di Itali pada zaman Renaissance yang merupakan penganjur program berunsurkan intelektualisme dan ia sanggup menderma kepada pelbagai pihak yang berusaha mewujudkan persekitaran dan institusi intelektualisme. Dalam hal ini, di Malaysia perlu diwujudkan satu badan intelektual sebegini, yang mana akan berperanan sebagai pembiaya bagi sesuatu kajian penyelidikan dan kegiatan intelektualisme lainnya. Ini merupakan satu langkah yang harus diambil dan diteliti oleh kerajaan.

Selain itu, setiap orang daripada kita, sama ada para pentadbir universiti dan mahasiswa haruslah mempunyai pemikiran strategik dan berpandangan jauh. Dengan demikian, setiap satu agenda yang akan direncanakan merupakan pecahan bahagian daripada kerangka gagasan besar yang bertujuan untuk memantapkan nilai tinggi yang ada dalam peradaban. Dalam sejarah peradaban Islam, barisan tokoh besar Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan lain-lain merupakan golongan intelektual yang bertanggungjawab menerapkan nilai Islam yang tinggi dalam kehidupan bagi memastikan kelangsungan masyarakat Muslim pada setiap zaman. Ini merupakan salah satu peranan atau usaha yang harus dititikberatkan oleh golongan terpelajar, iaitu menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam masyarakat.

Jika disoroti mekanisme yang pernah digunakan oleh Imam Al-Ghazali dan intelektual Islam seangkatan dengannya dalam memantapkan peradaban Islam, mereka telah menggunakan kaedah penulisan, iaitu dengan menghasilkan karya-karya agung dan muktabar, serta mereka terkenal sebagai penulis yang prolifik. Ini adalah kerana hasil penulisan atau himpunan karya besar merupakan ‘senjata utama’ untuk berdepan dengan realiti cabaran luar, seperti penularan pengaruh ideologi dan budaya Barat. Keadaan inilah yang sepatutnya dicontohi oleh golongan intelektual kita demi membangunkan dan memajukan kembali keunggulan universiti dalam negara. Inilah antara beberapa usaha dan peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan, para pentadbir universiti dan mahasiswa untuk meningkatkan peradaban bermula pada peringkat universiti, seterusnya ke dalam masyarakat dan negara. Dengan demikian, pasti universiti-universiti di Malaysia akan mampu bersaing dengan universiti-universiti luar serta dapat merampas kedudukan di antara 200 universiti terbaik dunia.

Untuk akhirnya, selamat bercuti diucapkan kepada semua mahasiswa APIUM yang telah selesai menduduki peperiksaan semester. Isilah masa cuti dengan sebarang aktiviti bermanfaat yang mampu memberi faedah kepada diri dan keluarga, khususnya. Tidak dilupakan kepada pasangan mahasiswa yang telah dan akan diijabkabulkan dalam masa terdekat ini. Selamat pengantin baru diucapkan, dengan harapan jodoh berpanjangan dan berkekalan.

Sekian.

Monday, April 4, 2011

Tiada kenaikan yuran pelajar Akademi Pengajian Islam UM



Alhamdulillah, itulah kalimah yang sewajarnya diucapkan atas ketidaknaikkan yuran APIUM. Pihak UM sendiri memberi jaminan kepada seluruh mahasiswa APIUM didalam hal ini. Kepada mahasiswa APIUM semoga terus berjuang untuk mencapai kejayaan. Di sini saya sertakan artikel daripada berita harian yang terkini . klik sini

Tiada kenaikan yuran pelajar Akademi Pengajian Islam UM

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini menjelaskan bahawa tiada kenaikan yuran pengajian dilaksanakan bagi penuntut Akademi Pengajian Islam universiti itu.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, berkata apa yang berlaku sekarang adalah satu proses mendapatkan maklum balas daripada penuntut Akademi Pengajian Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tabloid hari ini yang melaporkan bahawa cadangan kenaikan yuran sebanyak 75 peratus meresahkan penuntut apabila Akademi Pengajian Islam mengeluarkan pekeliling semakan semula kadar yuran berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Sebarang perubahan pada yuran, jika dilaksanakan, adalah selepas perbincangan dan maklum balas daripada penuntut dan Pengurusan universiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa Universiti Malaya sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan penuntut dan pihak pengurusan Akademi Pengajian Islam akan selalu mengadakan pertemuan dengan penuntut dari semasa ke semasa. - Bernama

Panji Islam


Panji Islam kujunjung kibarmu
Akan kupasak di puncak tertinggi
Simbol mulia syiar yang kubawa
Dasar agama Rasul tercinta.

Akan kudaki mehnah duniawi
Biar tersungkur bangkit berdiri
Demi panji yang kugenggam ini
Dijerlus duri syurga kan menanti.

Derap langkahku selaju cita
Kencang tingkahku menggapai jaya
Haruman kasturi mengacah sukma
Mimpi syahid igauan di mata.

Panah busurku dilumur wahyu
Pedang dilangir sabda Junjungan
Mara langkahku menuju medan
Menjulang panji siaga di tangan.

Panji Islam kita tegakkan
Meski diancam zaman-berzaman
Tetap teguh berkibar megah
Kental kukuh janji-Mu Allah.

Terus dijunjung panji mulia
Biar dirempuh badai gelora
Tradisi kita pejuang agama
Demi Islam kan terus ku bela.

Sunday, April 3, 2011

Aku Tidak Mengerti


Dalam kabut asap

Yang termuntah daripada corong-corong ekzos

Meresap ke rongga dada

Aku tidak mengerti

Mengapa harus membayar lebih

Dalam sebuah negara yang kaya minyak?


Ketika enak menelan

Rezeki sehari-hari

Berlauk telur dengan sedikit sayur

Meneguk segelas air kosong

Dalam sebuah negara berinflasi rendah

Aku tidak mengerti

Mengapa harus kais pagi makan pagi

Kais petang makan petang?


Tidurku pada dinihari

Berlapikkan tilam usang dan berbantal kusam

Dingin menyapa dihembus kipas tua, menunggu ajal tiba

Aku tidak mengerti

Kos rumah yang tinggi

Dengan gaji sekadar mencukupi

Aku hanya mampu bermimpi

Mempunyai rumah milik sendiri.


Segala-galanya

Membuat aku tambah tidak mengerti

Mengapa harus begini?

Friday, March 11, 2011

Perjalanan Ke Pulau Pinang


Wa..bersama albino..


Di penjara AUKU


Bersama Pak Cik "British"


EH..Lupa, kami ke Penang untuk raikan kenduri YDP PMIUM


Banner hadiah daripada kami warga Rumah Omar

Sapetang Membedah "Outliers"



Alhamdulillah, petang semalam sempat bersama dengan Hilman dan Pok Jak untuk membedah buku Outliers karangan Malcom Gladwell. Di penghujung sesi membedah tersebut, datang pula Shahir untuk bersama mendengar sesi perbincangan yang kali pertama diadakan ini.

Walaupun tidak ramai warga Baitul Taubah menyahut ajakan untuk membedah buku ini, tetapi perbincangan ini tetap berjalan dengan lancar. Hilman sebagai pembedah buku ini datang dengan slide powerpoint dan LCD yang lengkap bagi menjadikan pembentangan ini lebih efektif. Terima kasih Hilman diatas kesungguhan memberikan ilmu kepada kami. Terima kasih Hilman.



Penulis buku ini juga merupakan penulis kepada 2 buah buku best seller yang lain iaitu "Tipping Point" dan "Blink". Insya Allah akan di bincangkan di dalam program bedah buku akan datang.

Di dalam perbincangan ini, terdapat beberapa idea yang diketengahkan oleh penulis yang agak menarik minat kami. Antaranya berkenaan Chris Langan yang mempunyai IQ sekitar 195, namun beliau tidak berjaya di dalam hidupnya. Berbanding Newton sebanyak 150 dan purata manusia secara kebiasaannya hanya mempunyai IQ sebanyak 100.

Insya Allah, sekiranya diberi kesempatan selepas ini saya akan cuba menghuraikan isi kandungan buku ini berbekalkan paradigma Tauhid. Hal demikian kerana, terdapat satu bahagian di mana penulis menceritakan bahawa betapa beruntungnya menjadi Yahudi di dalam kisah Joe Flom, seorang peguam yang sanggup menguruskan "hostile take overs" walaupun bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat pada ketika itu.

Tetapi saya lebih berkeyakinan bahawa, menjadi seorang Islam itu sangat beruntung. Berdasarkan hadis baginda Rasulullah SAW yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan yang asing. Dan ianya akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang berada dalam keadaan asing tersebut".

Minta maaf kerana terlalu sedikit saya kongsikan. Insya Allah, di lain kelapangan saya akan huraikan dengan lebih terperinci isi pokok perbincangan kami berkenaan buku ini berserta cerita-cerita yang menarik.



Thursday, March 10, 2011

Sejarah PMIUM

SEJAHTERA BERSAMA PMIUM: Mudah-mudahan dengan perkahwinan masyarakat akan menjadi sejahtera.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya atau akronimnya PMIUM telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1950-an (1956). Penubuhan PMIUM adalah hasil inisiatif Syed Muhammad Nuqaib al-Attas, seorang mahasiswa Islam di Universiti Malaya, Singapura (kini dikenali sebagai National University of Singapore). Pada tahun 1059/1960, Universiti Malaya berpindah lokasi ke Kuala Lumpur. Maka, PMIUM juga turut memindahkan operasi persatuan dan gerakan dakwahnya ke kampus baru tersebut.

Kondisi uni perdana pada ketika itu sangat liberal dan jauh daripada suluhan agama dan dogma budaya ketimuran. Paradigma rata-rata mahasiswa Islam khususnya mahasiswa Melayu sendiri lebih dipengaruhi oleh ideologi sosialisme dan nasionalisme ekstreme. Bertitiok tolak pada hakikat ini, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas telah melakukan suatu ijtihad dengan menubuhkan PMIUM demi menggerakkan idea ‘faham Islam’ dalam lapangan umat kampus dan nasional.

Biarpun PMIUM pada peringkat awal kurang didekati oleh mahasiswa Melayu, namun sedekad usia penubuhannya mula memperlihatkan suatu pola gerakan dinamik dan menjadi sebuah badan dakwah yang sangat aktif dalam mendepani arus massa. Usrah [kini dikenali sebagai Islamic Interactive Groups - iGG) dan ceramah agama rancak diadakan di Surau-Surau Kolej Kediaman UM dan menjadi medium utama dalam membangunkan gerakan dakwah di kampus. Qiammullail, Kuliah Umum, Tamrin (workshop), rehlah (berkelah) dan muqaiyam (khemah ibadat) menjadi sebahagian program tradisi ‘tarbiyyah’ PMIUM.

Gerakan dakwah PMIUM tidak statik malah terus mara meniti arus massa kampus. Fenomena maksiat dan lucah dalam Minggu Orientasi telah mendorong PMIUM melakukan demontrasi aman pada tahun 1971. Natijahnya, PMIUM diberi ruang menyertai Jawatankuasa Orientasi (JKO) demi menerapkan ‘faham Islam’ kepada para mahasiswa baru (freshes).

Pada tahun 1986, PMIUM turut membantah majlis ball night, Malam Kebudayaan dan Malam Bakat Kampus anjuran HEP. Program-program ini bukan sahaja mempunyai unsur maksiat dan perjudian, malah tidak menepati objektif asal Haluan Siswa. Natijahnya, PMIUM dinafikan hak untuk menyertai JKO sesi selepasnya.

Pelbagai tribulasi yang menimpa PMIUM sedikit pun tidak melumpuhkan semangat PMIUM dalam meniti liku dakwah dan perjuangan di kampus. Malah, PMIUM tampil dengan wajah dinamik melalui Majlis Taaruf (kali pertama 1979/80), Minggu Muhibbah, Minggu Suai Mesra, Minggu Silaturrahim, Minggu Taaruf, dan sebagainya demi memastikan agenda dakwah sampai kepada setiap mahasiswa Islam khususnya kumpulan freshes.

Demi memastikan agenda Islah (perubahan) dapat direalisasikan, PMIUM turut menganjurkan demontrasi aman membantah ‘Konvensyen Ball’ (1974), Konsert Anita Serawak (1982), Konsert Sudirman (1985), Konsert Headwind (1987), Konsert Ramli Sarip (1988), Konsert Sheila Majid (1989), Konsert Sheila Majid & H. Amin (2002) dan sebagainya.

Program Pesta Kolej di Kolej Kediaman UM dan Pestaria Kebajikan (kini dikenali FESKUM) yang diwarnai unsur maksiat dan perjudian turut mendapat perhatian PMIUM. Atas kesedaran Islam, PMIUM telah menghantar memorandum bantahan kepada konsortium pengetua Kolej Kediaman UM dan HEP sendiri, namun dipandang enteng oleh HEP. Malah PMIUM sendiri buat julung kalinya menganjurkan Konsert Kemanusiaan dan Konsert Campusiana adalah antara modal konsert yang bercorak islamik.

Beberapa siri demontrasi anjuran PMIUM memperlihatkan berlaku pertembungan arus kepemimpinan PMIUM dengan PMUM. Fenomena ini memaksa PMIUM terjun secara langsung dalam politik kampus melalui penyertaan dalam pilihanraya kampus akhir 1970-an. PMIUM (Islamic Groups) berjaya mendominasi (2/3) PMUM pada tahun 1981. Sejak itu, PMIUM mengalami pelbagai pengalaman politik kampus. PMIUM juga pernah boikot PRK pada tahun 1983 dan 2004. Tahun 2005 menyaksikan dummy system PRK oleh PMIUM melalui tajaan calon kerusi umum lebih 30 orang mahasiswa.

PMIUM juga pernah memimpin suatu pakatan politik (tahalluf siyasi) sehingga tertutuhnya Majlis Tertinggi Nasional (MTN) hasil gabungan PMIUM. PKPIM, PAKUM (kini PEMADAH), PERMATA, PMKUM dan sebagainya demi menangani Majlis Tindakan Sementara (MTS) yang telah berjaya merampas kuasa pentadbiran UM. PMIUM juga pernah menyertai BMB, malah pernah menubuhkan NADI (1990) dan GMUM (1999).

Pembinaan gererasi yang Islamik dan karismatik sangat penting bagi PMIUM. Sebagai contoh, inisiatif PMIUM menganjurkan Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya (LAKIUM), Kursus Amal Islami (KAMI), Ijtima’ Mahasiswa Islam UM, Kuliah Tasqif , Baktisiswa (Minggu Kebajikan PMIUM ’86), Minggu Kebajikan PMIUM, Seminar Kekeluarga Islam, Malam Tokoh, Kursus Usahawan, Latihan dan Kepimpinan UM (LAKUM) (melalui proksi MPMUM 2002), Riadah Mingguan PMIUM dan sebagainya merupakan antara program tradisi PMIUM. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan menjana kapasiti intelektual dan karismatik kepemimpinan mahasiswa dalam lapangan nasional hatta global.

Tidak hairanlah sekiranya kepemimpinan lepasan PMIUM boleh dilihat dalam pelbagai lapisan sosial dari tangga kepemimpinan negara sehinggalah lapangan rakyat. Sebagai contoh, Senator Dr Fuad Zarkasi (UMNO-Johor); Ahmad Shabery Chik (UMNO-Kelantan), Che Johan Che Pa (UMNO-Kelantan), Muhammad Hussein (PAS-Kelantan), Roslan Kassim (UMNO-Jempol), Mohd Nazri Din (PAS-Perak), YAB Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyu (MB Selangor), Dato’ Dr. Siddiq Fadhil (Presiden, Kolej dar al-Hikmah), YB Dato’ Husam Musa (PAS-Kelantan), Anual bakri Haron (Setiausaha Akhbar MB Kelantan), YB Takiyuddin Ahmad (PAS-Kelantan), Ishak Ismail (Ahli Akademik UPSI), Yazid Othman (Persatuan Wartawan KL), Jamaluddin Ramli (Ahli Akademik UTM), Rosley Ahmad (Advisor RHB Securities dan RHB Equities), Dr. Zulkifli Yusof (ahli akademik UM), Zaharuddin Ab. Rahman (Panel Syariah, RHB Islamic Banking), Mohd Nazri Chik (Panel Syariah BiMB), Zaidi Zain (UMNO-Serdang) dan sebagainya adalah antara tokoh kepemimpinan nasional yang lahir daripada rahim aktivisme PMIUM.

PMIUM bukan sahaja mendominasi pola gerakan dakwah di kampus semata-mata, malah sangat peka dengan isu-isu nasional dan global. PMIUM bersama-sama PKPIM, PBMUM, PMUK dan GPMS pernah menganjurkan demontrasi membantah lawatan Thanom Kittkachorn (PM Thai) ke Kuala Lumpur berikutan rekod penindasan beliau ke atas rakyat Islam Pattani. PMIUM bersama PKPIM juga telah menganjurkan demontrasi di depan kedutaan AS berikutan campurtangan AS dalam Perang Arab-Israel.

PMIUM juga melalui GAMIS telah menganjurkan demontrasi aman membantah pencerobohan AS ke atas Libya (1986), demontrasi mempertahankan Masjid ar-Rahman dan bantah pembinaan Kerinchi Ling (1999), bantah pembinaan restoran McDonald’s di dalam UM (1999) kedatangan pasukan Kriket Israil ke Malaysia (2000).

Sesi 1968/1969 adalah penggal penting penubuhan Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) dan penubuhan ini telah memberi ‘kekuatan’ baru kepada PMIUM. Antara inisiatif HEWI yang harus dipuji adalah kecaman perlantikan Benazir Bhutto sebagai PM Pakistan. HEWI juga ke hadapan mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia agar jururawat Islam dibenarkan memakai busana muslim.HEWI juga telah membuat kenyataan akhbar menyokong Hajjah Rahimah Rahim untuk tidak bergiat dalam dunia hiburan ala ‘glamour’ dan maksiat (1990).

HEWI juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengkritik Dr. Hamid Othman (Menteri JPM) yang mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehemdak Islam dalam isu peraturan pakaian wanita Islam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan (1990).

Lebih daripada itu, PMIUM turut menerbitkan beberapa majalah yang sarat dengan unsur agama dan isu semasa. Majalah SEJAHTERA merupakan keluaran sulung PMIUM pada tahun 1961. Selain daripada majalah SEJAHTERA, warkah PMIUM, Suara PMIUM, Renungan Hari Jumaat,`Why Islam Series’, ‘Islam Series’, ‘The Dawn’, ‘Study in Islam Series’, Suara Siswi, al-Muslimah, al-Multazim, al-Jamaah, Teman, ar-Rusydan (terbitan terkini) dan Jurnal Intelek merupakan antara koleksi klasik terbitan PMIUM.

Antara sumbangan besar PMIUM demi mengetengahkan agenda dakwah adalah mendesak pihak kerajaan membina masjid berhampiran Universiti Malaya. Desakan ini disambut baik oleh pihak kerajaan. PMIUM sendiri berusaha mendapatkan sebidang tanah untuk dibina Masjid ar-Rahman pada tahun 1960. PMIUM juga turut melancarkan kutipan dana sehingga masjid ini berjaya dibina pada tahun 1963.

Persediaan prasarana fizikal Universiti Malaya, Kuala Lumpur hanya menumpu pada kemudahan pembelajaran dan intelektual semata-mata, tanpa menitikberatkan soal spiritual. Mahasiswa Melayu-Islam yang kebetulan semakin bertambah bilangan mereka. Realiti ini mendorong PMIUM mendesak pihak pentadbiran UM menyediakan surau-surau di kolej kediaman Universiti Malaya dan desakan ini disambut baik oleh pentadbiran UM.

Selain itu, PMIUM juga telah menubuhkan Badan ar-Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia pada tahun 1962 yang berpusat di Masjid ar-Rahman, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Badan ini ditubuhkan hasil kerjasama PMIUM dengan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PMIUM juga pernah menganggotai jawatankuasa kecil perhubungan dengan Masjid Negara Malaysia.

PMIUM juga telah menggerakkan suatu gerakan intelektual pada 1967 yang dikenali sebagai ‘Projek Penyelidikan Kepercayaan Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu’ sehingga berjaya membongkar permasalahan masyarakat luar bandar dalam soal kependidikan dan sosio-ekonomi/politik.

Isu kebajikan dan keselamatan juga turut menjadi fokus utama aktivisme PMIUM. Budaya maksiat acap kali dilakukan oleh segelintir mahasiswa UM khususnya di sudut-sudut gelap seperti di bukit Bukit ‘A.i’. Senarion ini bukan sahaja tidak selari dengan tuntutan agama, malah mengancam keselamatan diri dan maruah seluruh mahasiswa UM khususnya komuniti mahasiswi. Justeru, PMIUM mengambil inisiatif mendesak pentadbiran UM agar memasang lampu di sekitar tempat gelap.

Kini, lampu bukan sahaja dipasang sepanjang jalan di dalam UM, malah di semua fakulti dan akademi turut dipasang lampu demi mengawal sosial masyarakat kampus. Era 1990-an, PMIUM mara selangkah lagi melalui penubuhan sebuah badan pencegah maksiat yang dikenali sebagai BADAR. Modal dan modus operandi badan ini kini diimport oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kod Etika Pemakaian dan Moral yang diperkenalkan oleh HEPA kini adalah hasil desakan PMIUM mengadakan demontrasi pada 1974 di depan kediaman Pengetua Kolej Kediamana Ke-5 UM (KK5 UM) bertujuan menyokong tindakan Pengetua tersebut yang menguatkuasakan dasar dan peraturan universiti berhubung moral mahasiswa dan sanggup menyingkirkan 3 mahasiswa disebabkan masalah moral.

Sebenarnya masih banyak lagi eposid unik PMIUM yang berusia 50 tahun masih belum diteroka dan dibongkarkan sejarah silamnya. Agak sukar kini kita temukan kajian ilmiah dan penulisan tentang PMIUM khususnya pasca periodisasi pertengahan 1990-an sehingga zaman milenium masih belum. Mudah-mudahan kajian ilmiah dan penerbitan ‘koleksi emas’ ini dapat disempurnakan demi kepentingan Islam dan ummah sejagat. “50 tahun, PMIUM Meniti Liku Perjuangan”

Lambaian Kuala Mu


Bergambar beramai-ramai di Kg Beswok

Dua minggu yang lepas saya sempat mengikuti rombongan dakwah bersama Ummah Aid dan Muhammadiyyah International ke perkampungan orang asli di Kuala Mu, Sg Siput Perak. Rasanya pengalaman ekspedisi tersebut sesuatu yang baru dalam hidup saya.

Saya bersama Zaidi dan Zafar bergerak ke Sungai Siput menaiki “kancil”. Manakala rombongan daripada Pulau Pinang seperti yang dikhabarkan oleh Zaidi, bergerak daripada USM. Di pertengahan jalan, side mirror ‘kancil” tercabut. Tersenyum saya bersama Zaidi. Zafar di belakang sudah nyenyak melayan nikmat tidur.

Sebaik sampai di Tol Grik, kami menanti kehadiran rombongan daripada Pulau Pinang. Sementara menanti, saya sempat mengilang tahi mata sebentar. Zack dan Zafar sibuk usik mengusik di tepi jalan.Setiba sahaja rombongan dari Pulau Mutiara tiba, kami bergerak menuju ke rumah Cikgu Bob. Kata Zaidi, Cikgu Bob merupakan pakar dalam mengendalikan kenderaan pacuan 4 roda.Pada mulanya saya ingatkan ianya suatu yang biasa sahaja, namun selepas menaiki Land Rover, saya mula merasai cabaran. Apakan tidak, Land Rover yang saya naiki tiada cermin hadapan. Pecah ketika ekspedisi yang lalu ketika Land Rover tersebut bergolek dari puncak bukit ke bawah. Seperti yang diberitahu oleh Zaidi, Land Rover tersebut diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan kepada Ustaz Wahab. Walaupun kelihatan agak uzur, namun sudah banyak jasa yang ditaburkan. Boleh dikatakan Land Rover ini tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti ekspedisi dakwah ke Kuala Mu.

Kami merentas lautan kegelapan malam, membelah hutan belantara seawal jam 3 pagi. Kabus malam yang sejuk menusuk ke tulang hitam. Angin menghembus laju dari hadapan disebabkan tiada cermin penghadang untuk menghalang. Sahabat saya Zafar berpeluk tubuh kesejukkan. Bagi saya itu adalah suatu yang biasa. Kehidupan saya dikampung juga sedemikian rupa. Bahkan program-program yang pernah diikuti sebelum ini lagi mencabar kesejukkannya. Berendam di dalam sungai ditengah malam. Suatu yang indah dan manis! Land Rover yang saya naiki membontoti Land Rover biru yang diberi nama “Yala”. Diikuti Pajero Cikgu Hasyim dan Trooper Unit Amal Pulau Pinang yang kesemuanya saya belum kenali. Di awal perjalanan saya hanya senyap dan memerhati gelagat adik-adik dan abang-abang di dalam Land Rover tua ini. Mereka bersembang sambil bergelak ketawa bercerita tragedi dan kenangan ekspedisi yang lalu. Zafar tidur, manakala Zaidi ditugaskan memandu Yala. Saya hanya berdiam diri.

Setiba di tengah hutan, kelihatan permandangan begitu cantik. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Tidak pernah saya melihat gugusan bintang begitu banyak tergantung dilangit. Keindahan tersebut tidak dapat saya gambarkan. Inilah kehebatan ciptaan Allah yang maha agung, tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.

Kira-kira jam 5 pagi, kami tiba di tempat persinggahan. Ada yang mengambil peluang untuk melelapkan mata. Ustaz Wahab orang yang paling awal berwuduk dan menunaikan Solat Sunat. Saya kemudiannya mengikuti bersama sahabat-sahabat yang lain. Selepas solat Subuh, kami dihidangkan dengan santapan rohani oleh Zulzaidi. Kemudian, Ustaz Wahab memberi sedikit inzar kepada kami. Beliau mengingatkan, untuk menjadi seorang pendakwah kita mestilah berjiwa besar. Mesti bersemangat waja. Namun saya tidak sempat menangkap 3 sifat pendakwah yang disebut oleh Ust Wahab.

Saya mengenali Ustaz Wahab daripada Zaidi. Mungkin saya ibaratkan Ustaz Wahab seperti Land Rover ini. Walaupun sudah lanjut usia, tetapi masih “degil” untuk berdakwah ke Kuala Mu yang begitu mencabar. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti dakwah sejak usia muda lagi. Tidak silap saya beliau sudah berpengalaman selama 16 tahun berdakwah orang asli di Negara Thailand, Vietnam dan beberapa buah Negara Asean yang lain. Manakala di Malaysia sekitar 3 atau 4 tahun beliau mula melibatkan diri secara serius semata-mata mahu melihat kalimah Allah diucapkan oleh masyarakat orang asli. Tidak ramai pendakwah yang tegar seperti beliau.

Usai solat subuh, kami meneruskan ekspedisi. Melihat pemandangan awal pagi membuatkan hati saya terhibur. Sungguh nyaman. Saya cuba mengambil peluang melelapkan mata, namun tidak Berjaya disebabkan Land Rover yang bergoyang kuat. Setiap kali berjaya melepasi dakian bukit, kami bertakbir beramai-ramai. Cuak juga rasanya ketika “Putih” (saya namakan Land Rover kesihatan sebagai putih untuk memudahkan penulisan) mengerang mendaki putih.

Ketika mendaki bukit seterusnya, enjin Putih tiba-tiba mati. Kecut perut. Kelihatan Zafar pucat. Putih seperti mahu mengelungsur ke belakang. Abang Wan cuba menenangkan kami. Saya mengambil kesempatan keluar melalui pintu dihadapan untuk membantu Abang Wan dan Abang Shah meletakkan kayu di belakang tayar Putih. Hanya tinggal Salman didalam untuk mengemudi Putih. Suasana pada ketika itu agak cemas. Mungkin disebabkan kali pertama merasai pengalaman sedemikian rupa. Alhamdulillah, enjin berjaya dihidupkan dan Putih bergerak megah memanjat bukit. Saya bersama beberapa orang yang lain berjalan kaki membontoti Putih dari belakang.

Setengah jam kemudian, kami bertemu pula dengan halangan pokok tumbang merentangi jalan. Masing-masing berusaha untuk mengalihkan pokok tersebut bagi membolehkan kami sampai di Kampung Kuala Mu. Dengan kerjasama daripada semua, halangan tersebut kami berjaya lepasi.
Setiba di Kuala Mu, saya membantu untuk menyiapkan masakan. Kehadiran kami disini cukup bermakna bagi penduduk kampung, kerana mereka berpeluang untuk menikmati “cak raya” ataupun makan besar. Di sini mereka boleh menjamah nasi.

Makanan ruji penduduk disini adalah ubi kayu disebabkan mereka tidak berkemampuan membeli beras. Saya termenung sendirian. Terfikir dikepala, masih ada masyarakat Malaysia yang tidak menjamah nasi disebabkan susah. Namun begitu, saya melihat kehidupan mereka bahagia. Jauh daripada kesibukan kota. Di tepi kampung, mengalir air sungai yang cantik. Sungguh indah permandangan di Kampung tersebut. Usai sahaja masak, kami mengagihkan makanan kepada seluruh penduduk kampung. Selepas itu saya sempat menikmati kesegaran air sungai Kuala Mu. Begitu sejuk dan nyaman.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Bersoak, kami sempat menunaikan solat bersama penduduk kampung. Kanak-kanak diajar untuk melafazkan kalimah dua syahadah. Saya dapat membayangkan kemiskinan pada wajah-wajah anak kecil yang bersama dengan kami. Apabila dihulurkan gula-gula, masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkannya. “ Alangkah bertuahnya kehidupan aku sewaktu kecil, walaupun aku susah tetapi mereka lebih susah dari aku” getus hati kecil saya dikala itu.

Selepas itu kami bertolak ke Kampung Beswok. Hujan mulai lebat. Putih mengulangi sekali lagi peristiwa mati di atas bukit. Sekali lagi kami terpaksa turun untuk menyelamatkan Putih. Masing-masing lencun akibat hujan yang tidak henti-henti turun.

Perjalanan kami selepas itu agak sukar. Hujan yang lebat menyebabkan laluan menjadi licin dan becak. Kami terpaksa berhenti beberapa kali disebabkan ada dikalangan kenderaan rombongan ini yang tersangkut. Namun begitu, akhirnya kami berjaya sampai di Kampung Kutei lebih kkurang jam 8 malam. Kami terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke kampung Bersoak memandangkan laluan untuk ke sana mengalami sedikit masalah. Ustaz Wahab berkeras untuk bergerak juga ke Kg Bersoak memandangkan inilah kali pertama ekspedisi ini akan pergi ke sana. Masing-masing kelihatan resah dengan kemahuan Ustaz Wahab. Jiwa beliau kental, tidak seperti yang lain yang saya kira agak lembut tetapi tidaklah bermaksud mudah putus asa.

Kami mengambil keputusan untuk bermalam dan membuat “cak raya” kedua di kampung Kutei. Sekali lagi saya menjadi pembantu untuk masakan. Jika dirumah sewa, kawan-kawan menggelarkan saya sebagai ‘Bapak Kari’, kerana saya sering menyediakan juadah yang berbentuk kari. Di kampung Kutei juga saya sekali lagi menjadi ‘Bapa Kari’. Sebelum ini di Kuala Mu, saya sekadar menyediakan rending telur dan kubis goreng. Di Kg Kutei, sambutannya kurang meriah berbanding Kuala Mu. Namun begitu, juadah yang disediakn tetap habis diagihkan.

Kami mula bergerak menuju ke Kg Beswok kira-kira jam 9 pagi. Kami berjaya melepasi halangan titi tersebut dan sampai dengan selamat disana. Penduduk di sini kebanyakkan mengamalkan agama Bahai. Ajaran sesat yang menyeleweng dari Islam yang sebenar. Kami sempat berdialog dengan Ketua Kampung disitu, Tok Penghulu Muhamad B Daud. Tetapi beliau bukanlah beragama Islam. Beliu menyalahkan sikap orang Islam yang hanya mahu berdakwah, namun tidak mahu melakukan follow up. Pelbagai luahan yang beliau sampaikan kepada Ustaz Wahab dan kami semua.

Kira-kira jam 1 tengah hari kami berangkat pulang. Kami singgah di Kg Kutei untuk mengambil anak Tok Penghulu yang mahu menumpang kami untuk ke sekolah. Perjalanan ke sekolah agak jauh dan sukar. Kami menunaikan solat ketika berhenti disebuah kampung berhampiran pinggir hutan. Di situlah majlis wida dilakukan dan masing-masing meluahkan rasa hati mereka mengikuti ekspedisi pada kali ini. Saya sendiri merasakan ekspedisi ini cukup bermakna buat diri saya. Insya Allah, dimasa akan datang saya akan cuba mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama merasai pengalaman yang cukup bernilai ini.

Kemudian saya bertolak balik ke Kuala Lumpur bersama Zaidi, Zafar dan Abg Anuar. Walaupun kunci kereta hilang, tetapi dapat juga dihidupakan dengan bantuan Abang-abang unit amal. Terima kasih saya ucapkan. Kepada Kuala Mu, insya Allah saya akan sampai lagi dilain kali.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin mengikuti aktiviti ini saya cadangkan kepada kalian untuk melawat blog rasmi ummah aid, www.ummahaid.blogspot.com .

Oleh:
Mohd Faisal B Mustaffa

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI PADA 4,5,6 APRIL 2008


1. Borhan b. Omar Unit Amal Malaysia
2 Ustaz Wahab Ummah Aid
3 Cikgu Hasyim -
4 Abg DJ SAM
5 Hairul Annuar Ummah Aid
6 Khamsani b. Mat Sohor Unit Amal Malaysia
7 Mahzan b. Abd Mutalib -
8 Mohd Aswad Sulaiman Unit Amal Malaysia
9 Mohd Faisal b. Mustaffa -PMIUM
10 Mohd Jundullah -
11 Mohd Ridhwan Ummah Aid
12 Mohd Shahrizan Ummah Aid
13 Muhamad Zafar b. Nor Hamzaz -PMIUM
14 Mustaqim b. Mustafa Kamal -
15 Roslan b. Atal Unit Amal Malaysia
16 Salman -
17 Zaidi -UM
18 Zaki b. Ramli Unit Amal Malaysia
19 Aisyah bt. Abd Halim
20 Mariani bt. Ali Amran
21 Nadiah bt. Yusof
22 Noridayu bt. Abd Rasid
23 Norsila bt. Mustafa Kamal
24 Nurul Fikriah bt. Abd Halim
25 Siti Shahrosamirah bt. Shaharman

Sunday, March 6, 2011

Menapak menuju ke puncak

“Assalamualaikum Ustaz. Malam ni boleh bagi Kuliah Maghrib kat I.B tak”, sender Muhaimin.

“Insya Allah, boleh” balas saya.

Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke Institut Perguruan Bahasa Melayu untuk memberi kuliah maghrib. Jemputan yang diterima minggu lepas juga terpaksa ditolak kerana bertembung dengan kelas pengajian perubatan Islam di Darus Syifa.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat di PPUM, sudah lama saya tidak menjengah mereka. Baru-baru ini pun saya terpaksa menolak jemputan Tamam untuk memberi kuliah Subuh kepada freshies seperti tahun lepas. Hal demikian kerana ketika itu saya pulang ke kampung untuk menjengah kampung halaman.

Entah bagaimana rasanya kuliah saya selepas ini. Sudah lamanya rasanya saya tidak melontar suara untuk berkuliah.
Hal demikian kerana, di Fitrah Perkasa suatu perkara baru yang saya pelajari iaitu menjadi seorang “Trainer” yang baik. Seorang Trainer di Fitrah Perkasa, bukanlah seorang penceramah. Hal demikian kerana, seorang penceramah biasa memberi ilmu secara sehala, manakala seorang trainer memerlukan interaksi dua hala.


Mungkin saya seorang yang masih mentah di dalam dunia training ini, tetapi saya mestilah cepat belajar.

Berada di Fitrah Perkasa memerlukan saya lebih bekerja keras untuk menjadi seorang fasilitator yang baik. Ini kerana, untuk menjadi seorang Fasilitator Utama di Fitrah Perkasa saya perlulah melepasi standard yang telah di tetapkan dan prestasi saya akan dinilai dari semasa ke semasa.

Saya merenung kembali melihat produk Fitrah Perkasa. Salah seorangnya adalah Ust Hasrizal Bin Jamil ataupun lebih dikenali dengan Saifulislam. Melalui Ust Hashim dan Ust Phahrol, serba sedikit saya mengetahui berkenaan latar belakang Ust Hasrizal ketika mana bersama dengan Fitrah Perkasa suatu ketika dahulu.

Mungkin saya dan dia mempunyai latar belakang alirah fikrah dan jemaah yang sama, namun begitu pengalaman beliau merantau di luar negara mematangkan lagi pemikiran beliau untuk cepat belajar. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Tetapi saya tidak seharusnya menjadikan ini sebagai alasa

Biarlah saya menapak selangkah demi selangkah, insya Allah akan sampai juga ke destinasi yang akan dituju. Biarlah menapak, asal tetap menuju ke puncak..

Thursday, March 3, 2011

Apabila Mahasiswa "cemerlang" berdemonstrasi

JHR000027314

Terima kasih kepada mahasiswa UiTM kerana berdemonstrasi

Mahasiswa berdemonstrasi tidak cemerlang??? Itulah pertanyaan yang bermain-main dalam fikiran saya pada hari ini apabila melihat pelajar-pelajar UiTM seluruh negara bangkit menunjukkan perasaan mereka menuntut MB Selangor menarik balik kenyataan beliau berkenaan cadangan supaya dibuka kuota 10% UiTM kepada bukan Bumiputera. Walaupun ini merupakan isu yang agak terpencil, namun begitu mahasiswa-mahasiswa UiTm ini memberikan satu signal bahawa berdemonstrasi itu “dibenarkan” kepada mahasiswa.

Dato’ Mahadhir Khir menggelarkan “budak-budak” dan “pentadbiran” UiTM sebagai kurang cerdik semasa forum di Akademi Pengajian Melayu baru-baru ini. Beliau membangkitkan persoalan kenapa isu cadangan pemberian kouta 10% ini yang menjadi kemarahan pelajar UiTM, sedangkan isu pemberian biasiswa JPA yang begitu besar kepada kaum bukan bumi putera tidak menjadi api kemarahan mereka. Sebelum ini jumlahnya adalah 90%, tetapi selepas dibuat perubahan kadar ini turun kepada 50% untuk Bumiputera, 45% bukan Bumiputera dan 5% untuk lain-lain.

Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa tindakan “bodoh” ini juga akan merugikan orang Melayu sendiri. Mengapakah tindakan kerajaan yang di kira-kira merugikan orang Melayu dipandang sebelah mata oleh mahasiswa yang bergelar Pro-Aspirasi kerajaan. Di sinilah kita dapat menilai taraf pemikiran mahasiswa yang telah dicucuk hidungnya.

Pernah suatu ketika, YDP MPMUM mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan mahasiswa UM berdemonstrasi. Tindakan ini disokong oleh salah seorang exco penerangan MPMUM. Di dalam sebuah konvensyen MPP seluruh Malaysia di Bangi baru-baru ini, ahli exco tersebut menggelar mahasiswa yang suka berdemonstrasi ini sebagai mahasiswa yang tidak cemerlang. Tidak lain dan tidak bukan, ungkapan tersebut ditujukan kepada golongan Pro-Mahasiswa.

Hari ini,mungkin YDP dan Exco MPMUM ini melihat Naib Canselor UiTM Shah Alam sudah tidak cemerlang orangnya. Sahabat-sahabat beliau yang berdemonstrasi juga tidak cerdik? Hal demikian kerana mahasiswa Aspirasi sendiri memberi label yang sebegitu kepada sahabat mereka atas alasan “berdemonstrasi”. Jika mereka "cemerlang" sekalipun, isu yang mereka perjuangkan langsung dianggap "tidak cemerlang".

Mungkin ketika ini YDP dan Exco MPMUM tersebut sedang berfikir, bagaimanakah hendak menarik balik kenyataan mereka sebelum ini. Hal demikian kerana, label yang diberikan oleh mereka terhadap golongan yang berdemonstrasi ini terpalit kepada “kaum” mereka sendiri.
Bagitu jugalah di dalam isu Auku dan PTPTN. Pernah suatu ketika, YDP MPMUM mengherdik saudara Shahir Abd Aziz di dalam mesyuarat MPMUM dan menggelar mahasiswa yang menganggap cas 3% PTPTN adalah riba sebagai golongan yang jahil ekonomi. Bahkan beliau menganggap cas 3% ini adalah selari dengan Islam. Beliau berpendapat bahawa tidak releven isu tersebut diperjuangkan.

Namun begitu, sehari dua selepas kerajaan membuat cadangan untuk mengkaji 3% cas PTPTN dan ingin meminda AUKU, YDP MPMUM sekali lagi membuat kenyataan bahawa beliau menyokong perkara tersebut. Antara kenyataan “tidak malu” yang dibuat oleh beliau adalah semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) baru-baru ini. Di hadapan khalayak ramai, beliau membuat kenyataan bahawa hasil kejayaan beliaulah cas PTPTN dan AUKU akan dikaji semula. Entah jenis apakah manusia sebegini. Hanya mahu nama dan mempedulikan perjuangan orang lain. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Mungkin penurunan cas PTPTN kepada 1% ini juga akan dijajanya ketika kempen PRK akan datang bahawa inilah kejayaan terbesar beliau ketika memimpin MPMUM.

Saya terfikir, dimana letaknya nilai kepimpinan di dalam diri golongan-golongan sebegini. Mereka terikut-ikut dengan tindakan kerjaan sehinggakan sikap dan perbuatan mereka sendiri menyerupai tindakan pemimpin kerjaan yang sememangnya menjadi “talam dua muka”. Perjuangan mereka bukanlah mahu memperjuangkan agenda mahasiswa, namun begitu agenda mereka adalah mahu hidung mahasiswa terus dicucuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebab itulah apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan bahawa beliau diliwat, saya sukar untuk mempercayainya. Hal demikian kerana beliau merupakan bekas “orang kuat” Aspirasi semasa berada di Uniten suatu ketika dahulu. Di dalam fikiran saya hanya terfikir, Aspirasi hanya mengeluarkan “budak suruhan” tetapi tandus dalam melahirkan kepimpinan yang idealistik.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com


Tuesday, March 1, 2011

Isu SMPI: Antara Cita dan Kerjaya

Minggu ini gempar dalam kalangan pelajar-pelajar Pendidikan Islam APIUM bahawa mereka dikehendaki menukar kos pengajian mereka suapaya memilih jurusan lain. Mereka diberi pilihan samaada memilih bidang pengajian Syariah atau Usuluddin untuk meneruskan pengajian mereka. Hal demikian kerana sekiranya mereka memilih bidang pendidikan, tiada jaminan daripada pihak pentadbiran bahawa mereka akan mendapat tempat untuk “posting” selepas grade kelak.

Selaku wakil fakulti APIUM, sudah tentu saya dan Izat menjadi tempat sahabat-sahabat APIUM mengadu. Bagi adik-adik tahun satu ini, mereka sememangnys “mencintai” bidang perguruan ini. Mereka sanggup untuk menerima pinjaman PTPTN asalkan mereka dibenarkan berada di dalam bidang pendidikan ini. Biarpun mereka tidak mendapat tajaan KPM, mereka sanggup untuk mengikuti jejak langkah senior-senior mereka yang sebilangan besarnya merupakan peminjam PTPTN.

Sebelum ini, panas dengan isu cadangan kenaikkan yuran pengajian, kenaikkan harga makanan, isu solat jumaat, parking dan banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat di bumi APIUM. Rintihan tersebut disampaikan kepada pihak atasan melalui sahabat-sahabat di dalam PMAPIUM.

Sebagai perantara diantara mahasiswa APIUM dengan pihak pentadbiran, tidak dapat tidak isu berbangkit yang ditimbulkan oleh para pelajar terpaksa kami bawa kepada pihak pentadbiran. Keputusannya bergantung kepada pertimbangan daripada pihak pentadbiran sendiri.

Oleh itu, saya merasakan di dalam isu ini sewajarnya sahabat-sahabat Sarjana Muda Pedidikan sendiri bertindak dengan lebih pantas. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain, sekiranya terdapat masalah di dalam apa jua perkara, selain daripada mengadu kepada wakil fakulti, saya mencadangkan supaya rakan-rakan menggunakan sebaiknya peti QAMU yang ada. Insya Allah, segala luahan sahabat-sahabat sekalian akan di ambil berat oleh pihak pentadbiran.

Sebagai wakil fakulti, kami hanya mampu menjadi pemudah cara di dalam memperkatakan isu kebajikan sahabat-sahabat semua, namun begitu kami juga menghadapi kesulitan di dalam menyelesaikan isu ini.

Walaubagaimanapun, di dalam isu mahasiswa ini, kami berjanji akan berbuat sehabis baik dalam melaksanakan manifesto kami. Kepada rakan-rakan di APIUM, kebajikan kalian Insya Allah akan kami perjuangkan.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Saturday, February 12, 2011

Kenangan Bumi Kenyalang


Demam Chikungunya

Jam menunjukkan tepat 2 pagi. Saya bangun dan membersihkan diri untuk menanti untuk ke pejabat seawal jam 4 pagi. Hendak diletakkan kembali kepada dibantal, takut pula sekiranya terus terlajak sehingga subuh. Sebab itulah saya melelapkan mata sebaik sahaja usai menunaikan solat Isya.

Terasa sakit-sakit di sendi di seluruh badan. Jika diikutkan hati, sudah berputus asa untuk mengambil penerbangan ke Kuching pada pagi ini. Namun begitu, disebabkan tanggungjawab, saya gagahi juga untuk pergi walaupun dalam keadaan demam Chingkunya belum kebah.

Sebaik selesai program Anak-anak Bernas di Nur Lembah Pangsun, mujur ada senggang masa selama 2 hari. Hal demikian kerana, selama 2 hari tersebutlah saya terkujur keletihan menanti kebahnya demam Chingkunya ini. Perit rasanya. Lidah-lidah terasa pecah dan sendi-sendi terasa sengal-sengal.

“Ujian atau Bala?” saya terfikir sendirian. Teringat saya kepada sebuah mafhum sebuah hadis baginda Rasulullah S.A.W, dimana Rasulullah S.A.W pernah berpesan bahawa sekiranya zina berleluasa maka akan datanglah penyakit-penyakit baru kepada manusia.

Sebelum ini muncul selsema burung, diikuti oleh Chikungunya dan yang terbaru datangnya serangan selsema Babi ataupun dengan nama manjanya H1N1. Menurut Tuan Guru Dr Haron Din di dalam kuliah Perubatan Islam, kerajaan seharusnya memberi arahan supaya doa qunut nazilah dibacakan diseluruh negara bagi menolak bala yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Bukan mudah untuk menolak bala sebegini melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T.

“Jangan lupa minum ayaq nyok dengan ayaq asam jawa” pesan ayah setiap kali saya memetik butang menelefon ke kampung. Kata ayah penawar bagi Chikungunya ini adalah air kelapa dan air asam jawa adalah sekadar untuk menurunkan suhu badan yang melampau. Menurut ayah, demam ini sukar untuk sembuh dan mungkin mengambil masa sehingga 8 bulan. Sebelum ini emak dan ayah juga diserang demam Chikungunya ini, dan sehingga hari ini masih belum sembuh sepenuhnya.

Lapar..lapar..lapar…perut berbunyi minta untuk diisi. Sejak daripada siang ianya tidak terisi kerana tiada selera makan. Lidah terasa pedih apabila dimasukkan makanan walaupun yang tidak pedas. Begitulah hidup di dunia ini, kita mungkin mempunyai duit untuk membeli apa sahaja jenis makanan, tetapi kita tidak berupaya untuk memberi selera untuk makan. Hanya sekadar membeli pembuka selera, tetapi tidak diberi selera oleh Allah kita tetap tidak akan dapat makan makanan tersebut.

Terbang Ke Kuching

Sebaik sahaja selesai menjamah nasi lemak RM 2 daripada Mapley, saya terus duduk menanti jam 4 pagi. Terasa lambat masa berlalu. Mengantuk harus saya lawan kerana takut terlajak. Kira-kira 4.00 pagi saya keluar dari rumah menuju ke pejabat. Setiba di sana belum kelihatan kelibat Ust Hashim dan Ust Sayuti yang akan turut sama ke Kuching, Sarawak.

Kira-kira jam 4.30 pagi muncul Ust Sayuti menaiki LIMO dan dan disusuli Ust Hashim yang dihantar oleh anaknya. Sepanjang menaiki LIMO menuju ke KLIA, saya sempat melelapkan mata.

Risau juga di dalam hati sekiranya saya tidak lepas dikawasan pemeriksaan di KLIA dan Lapangan Terbang, Kuching. Tambahan pula dalam suasana kelam kabut demam selselma babi ini (nama manjanya H1N1) ini sudah tentu kawalan ketat yang akan dikenakan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga melepasi pemeriksaan dan menaiki pesawat Airbus Air Asia. Pesawat yang kami naiki berlepas kira-kira jam 7.30 pagi. Inilah kali pertama saya menaiki kapal terbang, dan inilah juga kali pertama saya menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini.

Sepanjang penerbangan kira-kira 45 minit itu, mata meliar melihat pemandangan diluar dan semasa hendak sampai di Sarawak kelihatan muka bumi Sarawak yang penuh dengan anak-anak sungai. Betapa agungnya ciptaan Allah, sungguh cantik kelihatan bumi Kuching ini daripada udara.

Sebaik sampai di Lapangan Terbang Kuching pihak pengurusan Bernas sudah bersedia menantikan kami bersama Toyota Hilux berwarna hijau. Sebaik menaiki kereta, kami dibawa ke sebuah kedai mamak di sana. Ust Hashim meminta minuman “3 layer”. Pelik juga saya mendengarnya. Rasa teringin juga untuk mencuba, tetapi memandangkan demam Chingkunya belum kebah, saya membatalkan saja hasrat tersebut. Cukup sekadar barli suam dan roti sardin. Sebaik selesai kami menuju ke Uitm, Kota Samarahan. Program untuk anak-anak Bernas ini akan berjalan selama 4 hari 3 malam dikampus Uitm ini.

Program di Kuching

Bermulanya program kami disini kira-kira jam 2.30 petang. Sepanjang 3 hari 4 malam berprogram disana, kelihatan ada perubahan yang ketara dalam kalangan peserta anak-anak Bernas Sarawak ini. Walaupun Fitrah Perkasa jarang berprogram bersama remaja kerana menumpukan kepada syarikat-syarikat korporat, namun begitu perjalanan program tetap berjalan lancar dan modul-modulnya berkaitan kesedaran beragama dan beribadah terutama solat memberikan kesan terhadap adik-adik peserta yang hadir.

Apa yang dirasakan cukup menyentuh hati adalah apabila membaca surat wasiat para peserta. Ada yang meminta supaya ibu dan ayah mereka menjaga solat fardu 5 waktu. Ada juga yang meminta supaya ayah mereka belajar cara-cara solat jenazah supaya nanti boleh menyembahyangkan jenazah mereka.

Walaupun saya kurang bergaul dengan para peserta disebabkan kelesuan yang berpunca daripada demam Chikungunya ini, namun begitu kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Ust Hashim dan Ust Sayuti kepada para peserta meninggal kesan yang cukup mendalam.

Sehingga dihari yang terakhir, Amir selaku penghulu menyatakan di dalam ucapannya dihadapan Ketua Pengarah bahagian latihan bahawa sepanjang mengikuti program yang dianjurkan oleh Bernas, inilah kali pertama penekanan diberikan kepada unsur rohani. Harapannya supaya dimasa akan datang, program kerohanian sebegini sewajarnya diteruskan kepada anak-anak Bernas.

Bahkan Encik Mahsin, selaku pegawai Bernas cawangan Sarawak meminta supaya program ini turut diberikan kepada kakitangan Bernas seperti yang dilakukan oleh Bank Rakyat yang sudah hampir 10 tahun bersama Fitrah Perkasa.

Sebaik selesai program di Uitm Kota Samarahan, kami dihantar oleh Abang Wan ke Continential Hotel. Di sana kami akan berprogram bersama kakitangan Bank Rakyat untuk menjalankan program nilai R.A.K.Y.A.T di dalam solat. Alhamdulillah selama 2 hari 3 malam, program berjalan dengan lancar.

Namun begitu, sepanjang dibumi kenyalang ini saya tidak sempat merasa Mee Colok menikmati air “3 layer” yang menjadi makanan dan minuman yang popular di bandar Kuching ini.

Beg Tertinggal

“Alamak, mana beg biru lap top”, hati saya berbisik sendirian. Saya berpaling kepada Ust Hashim dikaki tangga pesawat Air Asia di KLIA. “Ust, beg lap top hilang. Cek dari Bank Rakyat ada dalam tu”, saya memberitahu Ust Hashim. Kelihatan wajahnya agak terkejut. Perasaan bersalah menguasai diri saya. Saya memanjat kembali tangga pesawat dan meneliti tempat duduk kami. Hampa…tiada beg seperti yang diharapkan.

“Itulah Faisal, lain kali kena teliti betul-betul barang-barang yang dibawa. Jangan harapkan orang lain”, ngomel Ust Sayuti kepada saya. Terasa bersalah di dalam hati mengenangkan kali pertama menaiki kapal terbang, tertinggal perkara yang cukup penting bagi syarikat.
Bukan sedikit jumlah cek yang tertinggal. Serabut saya memikirkan.

“Yakinlah Faisal, Allah tetap bersama kamu”, hati kecil saya berbisik sendirian. Hati sentiasa berzikir mengharapkan pertolongan Allah. Saya masih berkeyakinan bahawa hanya pertolongan Allah sebagai penyelesaian kepada masalah ini.

Mulalah terfikir perkara yang pelik-pelik. “Kalaulah beg tu terus ada kat pejabat macam kisah seorang wali kan bagus’, hati saya berbisik sambil mengingati siri kuliah Tuan Guru Dr Haron Din mengenai kisah seorang yang membayar hutang hanya dengan menghanyutkan dinar emas di dalam kayu, kemudiannya dengan izin Allah dinar tersebut sampai kepada orang yang memberi hutang. “Tapi kamu bukan wali. Banyak maksiat” hati kecil saya bercakap lagi.

Sementara menunggu Ust Hashim solat di surau KLIA, saya termangu-mangu sendirian menunggu beg sambil berzikir. Usaha untuk menghubungi pihak bank rakyat untuk membatalkan cek juga tidak berjaya.

“Jangan risau Faisal, kalau Allah nak bagi balik mudah saja”, Ust Hashim menenangkan saya sebaik sahaja beliau usai solat. Hati saya tersebut bergelojak didalam sepanjang perjalanan daripada KLIA ke pejabat sehinggalah tiba dirumah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Alhamdulillah Faisal, beg dapat balik. Kawan ana dah contact pihak Airport. Dia yang akan simpankan beg tersebut”, Ust Hashim menelefon saya semasa sedang menukar minyak hitam sebelum pejabat kira-kira jam 10 pagi.

Terasa syukur ke hadrat Allah. Betapa pemurahnya Allah S.W.T yang sentiasa mengasihani hambanya walaupun sering terleka kepada-Nya.


Tarikh 9-14 Jun 2009

Monday, February 7, 2011

Ezam: Memperkasa atau memusnahkan UMNO?


Ezam menyerahkan borang kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Sejak wujud ura-ura bahawa bekas pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor akan memasuki UMNO, gerak hati saya pada ketika itu berkeyakinan bahawa beliau akan memasuki UMNO. Ramai dikalangan sahabat-sahabat berpendapat bahawa Ezam akan menyertai Pakatan Rakyat, tetapi ternyata telahan mereka salah apabila semalam beliau mengumumkan bahawa beliau telah menyertai UMNO.

Di kala Tun Dr Mahathir menyerang kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi secara bertubi-tubi, Ezam kembali kepangkuan jalan untuk memperkasakan UMNO. Di kala itu hati kecil saya masih, adakah kemasukkan beliau ke dalam UMNO adalah atas dasar mahu merubah ataupun mahu memusnah.

Saya bukannya ahli nujum yang dapat membuat tilikan dengan tepat. Mungkin beliau berniat baik, mungkin juga sebaliknya.

Tetapi apa yang pastinya beliau telah melanggar sumpahnya dengan nama Allah di dalam perhimpunan rakyat di Kampung Gajah suatu ketika dulu bahawa beliau tidak akan masuk UMNO. Saya tidak kisah hal demikian, namun begitu bagaimana kepercayaan rakyat kepada beliau terutamanya daripada PR sekiranya ini merupakan suatu strategi. Ahli politik yang gemar melompat parti sebegini dilabel sebagai "katak" yang tidak berpendirian. Bahkan rakyat sendiri sukar untuk meletakkan kepercayaan penuh kepada mereka kerana tidak mempunyai pendirian yang kukuh.

Mungkin beliau mengidam untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tidak pun menjadi ahli MT UMNO dalam pemilihan akan datang. Kepada kepimpinan UMNO jaga-jagalah, sekiranya Ezam berniat memusnahkan UMNO maka akan hancur leburlah perjuangan UMNO. Sekiranya beliau berniat untuk memperkasakan, mungkin juga UMNO akan berpecah belah kerana ramai dalam kalangan ahli UMNO yang tidak percaya kepada Ezam.

Pertemuan Bersama Sahabat-sahabat UPSI


Bergambar bersama-sama dihadapan bangunan lama Suluh Budiman UPSI

Pada hari ini, saya bersama rakan-rakan berkesempatan untuk turun melawat rakan-rakan yang memenangi 8 kerusi di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Di dalam lawatan ini, diantara yang turut serta adalah Saudara Norazali Bin Zainuddin, selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Saudara Hilman selaku pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Saudara Shahir Bin Abd Aziz dan Saudara Riduan Bin Mohamad.

Di dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini, kami sempat bertukar pandangan berkenaan pengalaman menggerakkan agenda Pro Mahasiswa ketika mula memenangi kerusi MPMUM sehinggalah ke hari ini. Sedikit sebanyak terdapat persamaan di antara kedua-dua situasi ini yang membolehkan sahabat-sahabat daripada UPSI mengambil pengajaran dan pengalaman daripada kami diperingkat UM untuk di implementasikan di UPSI.


Selain daripada bertukar-tukar pandangan, kami juga turut sama-sama “brainstorming” untuk memastikan situasi angin perubahan politik di UPSI terus berlangsung sehingga PRK akan datang.

Di peringkat kebajikan UPSI, Saudara Akmal yang memenangi undian tertinggi turut menyatakan rasa terharu diatas kehadiran kami pada hari ini. Beliau yang dinafikan kerusi Majlis Tertinggi walaupun mendapat undian tertinggi tetap menyatakan kesediaan untuk berentap di dalam mesyuarat bagi memperjuangkan hak mahasiswa.


Selain itu, salah seorang lagi calon yang turut memenangi kerusi MPP ini iaitu saudara Ariff turut menyatakan rasa terkilan kerana kerusi YDP disandang oleh seorang calon fakulti yang menang tanpa bertanding. Calon YDP ini juga pernah tewas di dalam PRK yang lepas sebelum mencuba sekali lagi dan menang tanpa bertanding.

Saudara Norazali selaku pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional menyampaikan hasrat diperingkat pimpinan Pro-Mahasiswa Nasional untuk melihat MPP Kebajikan UPSI terus bergerak maju di dalam menjayakan agenda kebajikan mereka kepada mahasiswa.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com



Sunday, February 6, 2011

Akhirnya saya melabuhkan sauh di Fitrah Perkasa


Semalam semasa bertaaruf bersama generasi baru PMIUM, telefon bimbit saya bergetar. SMS tersebut berbunyi, “Tahniah! Anda berjaya melepasi temuduga. Anda diminta lapor diri pada 20 Mei 2009 di Fitrah Perkasa”. Rasa syukur di dalam hati yang sebelum ini sudah berbunga gembira kerana menerima adik-adik baru daripada rahim tarbiah PMIUM.

Walaupun terpaksa bersaing dengan pemohon yang lebih tua, namun begitu Allah tetap mengurniakan saya rezeki untuk mencari pengalaman di Fitrah Perkasa. Ketika ditemuduga, kelihatan wajah Ustaz Phahrol dan Tuan Haji Ahmad Salim agak terkejut apabila saya menyatakan bahawa saya baru menghabiskan menghadapi peperiksaan semester akhir pada 29 April lepas dan belum konvo.

Tidak dinafikan, selain daripada rezeki daripada Allah SWT, pengalaman menguruskan program-program motivasi secara percuma sejak daripada tingkatan 5 lagi menjadi kredit kepada saya semasa ditemuduga. Bukan niat untuk menceritakan kerja kebajikan selama ini, namun begitu ianya terpacul sebaik sahaja saya disoal berkaitan dengan pengalaman di dalam bidang motivasi ini. Saya masih ingat, ketika ditemuduga oleh panel Biasiswa OCBC berkenaan aktiviti kemasyarakatan, saya menceritakan aktiviti motivasi percuma yang dijalankan dari sekolah ke sekolah. Alhamdulillah, di dalam temuduga tersebut saya berjaya menjadi mahasiswa jurusan pengajian Islam pertama dianugerahkan biasiswa OCBC. Semuanya dibuat semata-mata mahu melihat dunia ini dihiasi dengan generasi baru yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.


Saya berpegang teguh dengan pesanan nabi, “Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hak kamu”. Pernah pada tahun 2005, pihak pengurusan Felda menghilangkan nama saya sebagai penerima anugerah tunggal anak felda yang mendapat STPM terbaik iaitu 5 Prinsipal A dan digantikan dengan penerima yang mendapat 3 Prinsipal A dan teman satu sekolah yang mendapat 4 Prinsipal A dan 1 B. Tetapi hati saya tetap reda berhadapan dengan cabaran ini. Saya melihat ayah seakan-akan mahu menangis kerana kecewa. Sudahlah sebelum ini hak untuk mendapatkan lembu pawah dinafikan, tetapi dengan berkat kesabarannya lembu yang dipelihara sendiri sudah mencecah angka puluhan ekor. Ujar saya kepada ayah, “Biarlah depa nak buat apa pun, Rezeki ni hak Allah. Insya Allah ada rezeki yang akan Allah bagi yang kita tak Nampak”.

Berkat kesabaran, akhiranya saya ditawarkan biasiswa JPA dan OCBC. Saya membuat perhitungan untuk memilih OCBC sebagai penaja saya kerana jumlah yang ditawarkan lebih lumayan berbanding biasiswa JPA pada ketika itu dan tidak terikat dengan pihak penaja. Ketika inilah emak dan ayah betul-betul terharu kerana buat pertama kalinya diberikan peluang menjejakkan kaki ke Hotel di tengah bandaraya atas tajaan pihak OCBC kerana menghadiri majlis penganugerahan biasiswa yang saya terima. Inilah yang dikatakan rezeki daripada Allah SWT. Tiada siapa yang boleh melawan kehendak-Nya.

Ketika saya memaklumkan kepada Syakir bahawa saya telah mendapat kerja, beliau membalas “Rezeki pejuang memang dipermudahkan oleh Allah”. Saya tersenyum sendirian membaca sms yang dikirimkan tersebut.

Jika diikutkan kehendak hati sememangnya saya tidak mahu bekerja kerana berkeinginan hendak menyambung Master ataupun Diploma Amalan Guaman dan Kehakiman (DAIJ), tetapi faktor keewangan menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menambah pendapat disamping membantu ibu dan ayah dikampung. Tambahan pula pada hujung bulan ini berkemungkinan tinggi pokok getah yang sudah cukup tempohnya akan ditebang. Ini akan menambahkan bebanan mereka yang hanya bergantung kepada wang sara hidup yang dibekalkan oleh pihak Felda.

Dengan gaji yang tidak seberapa ini saya berdoa kepada Allah SWT untuk terus memberi kekuatan kepada saya untuk mengirimkan wang saku kepada emak dan ayah dikampung. Ketika saya menelefon emak menyatakan hasrat tersebut, beliau menolak hasrat tersebut dan menyuruh saya menyimpan wang tersebut untuk masa depan. Namun begitu, saya memberitahu ibu bahawa biarlah gaji sedikit tetapi keberkatan dan doa emak yang saya harapkan. Inilah niat dan harapan saya.

Saya yakin, bukan wang yang dapat membahagiakan emak dan ayah, tetapi wang tersebut dapat menceriakan mereka kerana ianya datang daripada anak yang dikandungnya selama ini. Saya hanya mampu berdoa setiap kali selepas solat agar Allah SWT sentiasa merahmati emak dan ayah dan membahagiakan kehidupan mereka.

Saya teringat kisah As-Syahid Abdullah Azzam yang memberikan lebih daripada separuh gajinya untuk kedua orang tuanya. Mungkin saya tidak sehebat itu, namun dihati ini tersemat niat untuk menyumbang sebahagian gaji kepada emak dan ayah. Biarlah sedikit sepadan dengan gaji yang kecil, tetapi sekurang-kurangnya mendapat berkat daripada Allah. Saya yakin, kegembiraan emak dan ayah lebih membuatkan saya bahagia.

Di samping itu, saya juga mengharapkan dengan bekerja di Fitrah Perkasa ini dapat memberi ruang kepada saya menghabiskan pengajian bersama Tuan Guru Dr Haron Din, di Pusat Perubatan Darus Syifa yang bakal berlangsung sehingga bulan 12 nanti. Pesan Tuan Guru selalu saya pegang, iaitu setiap pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan ikhlas. Hanya dengan ikhlas inilah martabat kita sebagai seorang insan akan makin bertambah. Bahkah akan dihormati oleh seluruh makhluk di langit dan di bumi.

Mudah-mudahan peluang pekerjaan yang diberikan ini tidak menghalang saya daripada bergerak kerja di dalam jemaah. “Ya Allah, Aku bermohon supaya engkau merahmati pekerjaan baruku ini. Mudah-mudahan dengan pekerjaan ini ianya akan merapatkan lagi diriku dengan Islam dan menjadi tiket untuk mencium bau syurga-Mu”.

Terima kasih kepada pihak Fitrah Perkasa yang memberi ruang kepada saya untuk mencari pengalaman di sini. Insya Allah, esok saya akan bersama tenaga kerja Fitrah Perkasa akan bergerak ke Paka, Terangganu menguruskan program di sana.

Thursday, February 3, 2011

Perpaduan Ummah


Apakah maksud perpaduan yang sebenar??

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Tuesday, February 1, 2011

Kisah Untuk Renungan


Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh, " kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
ihsan dari mail sahabat