Thursday, January 12, 2012

Menunaikan Solat Sebagai syarat perlatikkan Pegawai Kerajaan

Suatu perkara yang cukup menarik untuk diperhatikan pada minggu ini adalah berkaitan dengan cadangan Menteri Besar Kelantan yang mahu meletakkan menunaikan solat 5 waktu sebagai syarat untuk mendapat pekerjaan. Hal demikian kerana, melalui pemilihan sebegini akan lahirnya pekerja-pekerja yang yang berintergriti dan pro aktif.

Sesetengah pihak melihat cadangan ini sebagai suatu cadangan yang kurang praktikal kerana ianya mungkin menimbulkan penindasan kepada masyarakat bukan Islam. Kegusaran ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Cuepacs, Omar Osman. Beliau berpendapat bahawa dengan adanya syarat sedemikian, secara tidak langsung ianya menafikan masyarakat daripada bukan Islam untuk mendapat jawatan tersebut.

Apabila diteliti secara kasarnya, ramai dalam kalangan masyarakat yang cetek ilmu agamanya bersetuju dengan pandangan beliau. Di dalam isu ini saya yakin bukan beliau sahaja yang berpandangan sedemikian, bahkan ianya juga mungkin berlaku juga kepada golongan masyarakat yang kurang kefahaman agama.

Sewajarnya didalam hal ini, bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum khususnyayang bukan Islam, kerajaan Negeri Kelantan perlulah membuat penerangan dan kenyataan dengan lebih jelas. Saya yakin dan percaya, dasar yang bakal dilaksanakan ini hanya akan dilaksanakan kepada pemohon yang beragama Islam sahaja.

Sudah disebut di dalam al-Quran bahawa Islam menghormati penganut yang beragama selain daripada Islam.Oleh itu tidak timbul akan berlaku diskriminasi terhadap masyarakat bukan Islam.

Islam adalah agama yang menekankan konsep keadilan di dalam kehidupan. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di dalam pemerintahan sekalipun, Islam meletakkan syarat pertama di dalam memilih pemimpin adalah Adil.

Oleh itu di dalam hal cadangan Menteri Besar Kelantan ini, saya melihat beliau telah melakukan sesuatu yang adil di mana hanya akan memilih golongan Muslim yang taat kepada Allah sahaja yang bakal diambil bekerja.

Walaubagaimanapun, syarat-syarat ini hanya tertakluk kepada masyarakat yang beragama Islam sahaja dan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam. Sebagai contoh, perlaksanaan Undang-undang Syariah dinegeri-negeri hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja, manakala masyarakat bukan Islam tertakluk kepada Undang-undang Sivil.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah menggesa Presiden Ceupacs, Omar Osman adalah langsung tidak tepat dengan keadaaan. Hal demikian kerana, sewajarnya pihak DPPW memberikan kefahaman dan penjelasan dahulu kepada beliau sebelum membuat kenyataan sedemikian. Di dalam kenyataan yang agak panjang itu, saya melihat pihak DPPWP hanya membahaskan berkenaan kewajipan bersolat tanpa menerangkan konsep perbezaan perlaksanaan syariat Islam dikalangan Muslim dan pengecualiaanya kepada non-Muslim.

Di dalam melaksanakan keadilan Islam ini, Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut “Al-Fahmu Muqaddamu ‘ala Kulli al-amr wa nahyu” yang bermaksud, kefahaman adalah permulaan kepada arahan dan tegahan.

Oleh itu, sebagai aktivis kepada sebuah gerakan Islam, DPPW perlu mengimplementasikam kata-kata tersebut di dalam setiap gerak kerja mereka. Bukan hanya menyalahkan pihak yang mungkin tersalah faham di dalam isu ini. Tetapi sebagai seorang ahli siasi merangkap seorang Daie, unsur-unsur dakwah juga perlu dititik beratkan didalam setiap gerak kerja kita. Sekiranya kita melenting, sudah tentu lebih ramai akan terkeliru di dalam isu ini kerana tiada siapa yang bertindak untuk memberikan penerangan terutama kepada masyarakat bukan Islam.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Tuesday, January 10, 2012

Mudah-mudahan hidup ini dipandu oleh Allah S.W.T

DSC00020
Program pertama di Fitrah Perkasa tempohari

“Kerja hang ni tak mencabar la’, ujar seorang sahabat saya suatu hari. Saya senyap sendirian mengenangkan kerja saya yang tak mencabar ini.

“Biarlah apa orang nak kata Faisal, kerja dulu sementara waktu. Kesian kat Mak Ayah kat kampung”, hati kecil saya memujuk. Bekerja mencari pengalaman disamping membantu keluarga. Bukan selamanya saya mahu menjadi fasilitator kerana dihadapan saya terdapat satu cita-cita yang jauh lebih tinggi. Biarlah ianya menjadi rahsia dihati saya.

Namun begitu, saya tetap akan membuat yang terbaik dalam menjayakan agenda dakwah Fitrah Perkasa yang lebih menumpukan kepada kesedaran Islam dalam kalangan warga korporat. Banyak ilmu-ilmu yang dapat saya pelajari daripada Ustaz-ustaz di Fitrah Perkasa. Mungkin ianya simple, tetapi memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap diri saya terutama berkaitan dengan penghayatan di dalam solat.

Ijazah Sarjana (Master)

Walaupun saya bekerja, tetapi hasrat untuk menyambung Master saya masih belum terpadam. Insya Allah sebaik sahaja selesai minggu haluansiswa, Dr Siti Zubaidah sudah meminta supaya saya bertemu dengan beliau bagi membincangkan tajuk tesis master.

Mungkin agak berat untuk memikul, tetapi saya harus menerimanya sebagai satu cabaran. Hal demikian kerana, rugi kiranya semangat belajar yang dipupuk sejak tadika sehingga lulus sebagai graduan dimatikan begitu sahaja. Mudah-mudahan, saya diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T. Biarlah saya lambat menyiapkan, sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit dapat saya selesaikan.

Membantu Jemaah

100_0647

Bersama Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Setelah meninggalkan alam kampus. Saya ditawarkan oleh Ustaz Riduan Mohd Nor untuk menjadi setiausaha Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Dewan Pemuda Pas Pusat di bawah beliau . Namun begitu, saya terpaksa menolak dengan penuh rasa bersalah. Ustaz Riduan memahami dan memberi ruang kepada saya untuk berkhidmat sebagai AJK Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam, sambil diberi tunjuk ajar oleh beliau.

Sebagai naqib yang memahami, beliau memberi ruang kepada saya untuk bekerja disamping menyambung pengajian di peringkat master tanpa meninggalkan kerja-kerja jemaah. Sudah menjadi pilihan saya, selepas tamat sahaja pengajian ingin terus menyertai PAS dan berkhidmat setakat yang termampu.

Ustaz Mahmud Zaim

Bersama teman-teman berhari raya dirumah Ustaz Mahmud

Biar apa orang kata, inilah pilihan saya. Inilah juga harapan naqib saya yang pertama dan selamanya iaitu Ustaz Mahmud Zaim Bin Musa dan naqib saya yang banyak membantu saya terutama apabila tersepit dari sudut keewangan iaitu Ustaz Riduan Mohd Nor.

Kepada rakan-rakan doakan saya istiqomah. Mudah-mudahan hidup ini dipandu oleh Allah S.W.T untuk terus berkhidmat untuk Islam tercinta.

Monday, January 9, 2012

Kepimpinan Baru PMIUM

Bersama dengan sahabat-sahabat PRO-M iaitu saudara Hilman, Saudara Shahir dan Saudara Izzat Amin (YDP PMAPIUM) selepas AGM. Dua dari kiri Ustaz Haafizuddin selaku YDP PMIUM yang baru. Saya dan Hasbie juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pro-M merangkap ahli majlis eksekutif PMIUM 07/08.



Saff kepimpinan baru PMIUM. Dari kanan TYDP Nur Fariza Bt Zahrin (Fakulti Sains), YDP, Mohd Haafizuddin B Abirerah (Akademi Islam), Saya sendiri selaku Setiausaha Agung (Akademi Islam), dan Hasbie Muda selaku Bendahari Kehormat (Fakulti Ekonomi.

Sunday, January 8, 2012

Akibat mengelamun, Saya eksiden

Pada 25 Mac lalu (Isnin) mencatatkan sejarah dalam hidup saya. Saya eksiden. Sebelum ini saya pernah melihat eksiden berlaku dihadapan Kolej Kediaman Ke 12. Entah tiba-tiba seorang pelajar melanggar pokok tanpa sebarang sebab. Saya berasa lucu dengan kejadian tersebut. Tetapi kali ini, hal demikian terjadi pada diri saya.

Seawal pagi semasa hendak kekelas, ketika lidah asyik dengan alunan zikir “ Allah, Allah , Allah”, saya tenggelam didalam lautan khayalan zikir. Saya memalingkan muka ke tepi, apabila berpaling ke hadapan, tiba-tiba motor yang saya tunggang telah melanggar sebuah objek. Melayang tubuh ala-ala superman. Dada tersodok ke atas tar. Saya terbaring diatas tar berhadapan gelanggang skuasy. Huh, menjadi superman jadian.

Mujur ketika itu para pelajar masih belum ramai. Saya melihat jam ditangan, menunjukkan jam 9 pagi. Di kala itu datang 2 orang pak cik membantu saya. Mereka membuang tiang yang terbalik ke tepi jalan sambil membebel. “Buat kerja tak reti simpan barang, kesian kat orang yang lalu lalang”. Pada awalnya saya masih lagi pening-pening lalat. Selepas beberapa minit, barulah keadaan kembali seperti biasa. Dua orang pak cik tadi menolong mengangkat motor saya. Dikala itu saya sudah mampu bangun.

Saya melihat ke dada, butang baju Raihan merah terbertas. Mata saya melilau mencari butang yang tercicir. Akhirnya ditemui ditempat saya tersersungkur. Tiba-tiab lutut saya berdenyut sakit. Saya meraba kelutu, kelihatan seluar slack hitam saya tekoyak. Darah mula mengalir darah daripada lutut yang tercalar.

Sayu hati melihat motor yang rosak. Lampu dan cover depan pecah. Entahlah berapa pula wang yang perlu dikeluarkan. Benar kata ulama, apa yang kita perolehi itu kadang-kadang bukanlah rezki kita. Sebagai contoh, rezki kita adalah apa yang kita sedekahkan. Di akhirat kelak akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Ketika itu Rashid datang mendekati saya. Dengan bantuannya, handle motor yang terkehel dan gear yang kiat diperbetulkan. Ketika itu lalu beberapa orang sahabat yang lain, saya hanya menghadiahkan senyuman tipis. Biasalah sebagai YB, paling kurang bertemu dengan sahabat senyuman itu paling utama. Sehinggakan mereka sendiri tidak perasan saya kemalangan. Lihat, betapa kuatnya kuasa senyum. Senyum itukan sedekah.

Di klinik, saya bertemu dengan seorang sahabat yang juga mengalami esksiden. Katanya dia terlanggar penghadang jalan. Kecederaannya lebih teruk lagi daripada saya. Semasa diperiksa, Doktor masih lagi sempat melawak. “Pekat sungguh loghat Kedah no”. Saya tersenyum sendiri. Biasalah anak jati Kedah.

Selepas itu Doktor member surat kepada saya untuk pergi membersihkan luka. Kecut perut saya mendengarnya. Mahu saja saya mengoyak surat yang ditulis oleh Doktor. Kata orang, nurse cukup tidak bertimbang rasa dalam merawat pesakit yang kemalangan. Namun begitu saya membatalkan saja niat untuk mengoyak surat merah rawatan tersebut. Nakal juga saya ni.(^^,).
Setiba dibilik rawatan, seorang nurse berbangsa cina bernama Yvone menyambut saya dengan senyuman. Saya diminta menanggalkan kasut dan duduk diatas katil. Malu rasanya untuk berbaring. Sebelum dia menyelak lutut, saya sendiri sudah menyelak tempat luka. Di dalam hati saya berdoa, janganlah nurse ini bertindak kasar.

Alhamdulillah, luka saya dicuci dengan lemah lembut. Namun begitu terkilan juga rasa hati. Kenapa bukan nurse Islam yang merawat saya. Sekurang-kurangnya dia membaca bismillah sebelum merawat saya. Inilah yang selalu saya fikirkan. Bahkan ketika kemalangan itu pun, sebenarnya saya leka memikirkan apakah yang patut saya bantu kepada junior saya, iaitu Tamam dan Adam. Mereka adalah nurse pelatih lelaki yang berjiwa kental. Mempunyai semangat dakwah yang tinggi.

Mudah-mudahan mereka berjaya menjadi seorang nurse yang berjaya. Saya doakan juga mudah-mudahan adik-adik nurse pelatih yang rajin untuk menghadiri kuliah di Masjid Biru turut sama menghidupkan dakwah di dalam hospital yang mereka duduki. Itulah pesan saya kepada Tamam dan Adam. Tugas kalian adalah menjadi pemimpin. Bimbinglah sahabat-sahabat kalian seperti Alia, Zakiah, Hadillah, Hashida, Hasanah dan Kak Ain. Dunia Islam mengharapkan nurse yang berjiwa Islam seperti kalian. Saya berazam di dalam hati saya untuk membantu dengan memberi semangat kepada mereka selagi mana saya berada di bumi Kuala Lumpur ini. Mudah-mudahan amalan yang sedikit ini menjadi bukti kepada Allah kelak, bahawa saya juga pernah berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Selepas dirawat saya pulang ke rumah, dan menghabiskan masa dengan berehat. Cuti sakit yang diberikan oleh Doktor saya gunakan. Namun begitu, slipnya tidak saya berikan kepada pensyarah saya. Pada petang itu saya ke kedai Kek Seng untuk “berubat” motor saya. Emm betullah, mahal la ubatnya. Duit melayang, namun hati saya tetap girang. Duit boleh dicari. Nyawa tiada galang ganti.(^^,).


Pelacuran

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk mendapatkan wang, namun kadang-kadang ianya juga semata-mata untuk mendapatkan dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut sebagai pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun terdapat juga pelacur lelaki.

Aktiviti pelacuran adalah aktiviti yang paling tua di dunia, dan menjadi satu aktiviti yang tidak boleh dihapuskan malah di warisi dari generasi ke generasi. Kegiatan haram dan hina ini mempergunakan wanita dari usia seawal 10 tahun hinggalah 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama, adat, budaya malah menyalahi undang-undang negara kita.

SEJARAH PERLACURAN DI MALAYSIA

Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan jalang dan murahan mendekati perahu dagang di Kelantan. Walaupun tiada catatan yang lengkap yang menunjukkan peristiwa itu, namun kegiatan pelacuran telah bermula seawal abad ke 18 lagi apabila buruh lelaki dari China telah masuk untuk bekerja di lombong timah sejak 1830 an. Kehadiran buruh-buruh lelaki yang ramai telah mengakibatkan kaum wanita menjadi lebih sedikit daripada kaum lelaki. Maka, golongan wanita telah diimport dari negara-negara asing bagi memenuhi permintaan nafsu buruh-buruh dan rakyat asing yang melimpahi di Tanah Melayu akibat kurangnya wanita untuk menjadi isteri.
Walaubagaimanapun, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan OrdinanW anita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.

STATISTIK PELACURAN DI MALAYSIA

Dari statistik Polis Kuala Lumpur melalui sumber akhbar Utusan Malaysia, mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam pelacuran iaiitu dengan 60 %, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum 8% dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu 2%.

Kebanyakkan kegiatan pelacuran yang kian bertebaran di Malaysia adalah disebabkan oleh kedatangan rakyat asing dan pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong mereka. Menurut Pegawai Pencegah Maksiat, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Asisten Supritendan Choo Lily,sejak 1996 hingga Februari 2003,sebanyak 17,448 wanita rakyat asing telah ditangkap. Hasil daripada tangkapan tersebut, didapati rakyat asing dari negara Indonesia adalah paling ramai dengan jumlahnya sebanyak 10,576, dengan diikuti oleh Thailand seramai (3,096) orang, Filipina (1,794), China (1,149),Uzbekistan (388), Kemboja (107), Rusia (71),Vietnam (66), Myammar (55), India (43), Taiwan (21), Ukraine (17), Singapura (12), Kazakstan (10), dan Columbia (9).

Pada 1996 katanya, terdapat 1,314 pelacur asing dari pelbagai negara ditangkap di Malaysia. Jumlah itu meningkat kepada 2,250 orang atau 41.6 peratus pada tahun berikutnya. Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal pada 1998 apabila ia menurun sebanyak 3.4 peratus iaitu berkurangan menjadi 2,176 orang.

Penurunan itu tidak kekal lama apabila ia kembali meningkat pada setiap tahun selepas itu. Pada 1999 misalnya, seramai 3,301 pelacur asing ditangkap, ia diikuti 3,607 orang (2000) dan 4,132 orang (2001). Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu Januari hingga Februari, polis telah menangkap 667 orang wanita asing kerana kesalahan melacur.

Sejak 1996 hingga 2001, seramai 175 orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad (AKT) 1933 kerana didapati terbabit dalam sindiket pelacuran.
Rakyat Indonesia yang melacurkan diri di Malaysia kebanyakkannya terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan dan menjanjikan kepada mereka pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah,pembantu kedai dan pekerja kilang.

Wanita Filipina pula menyalahgunakan permit perjalanan dengan melakukan pelacuran di negara Malaysia sementara rakyat China dan Uzbekistan pula turut menyalahgunakan visa yang berstatus pelajar. Bayaran yang diterima oleh pelacur adalah bergantung kepada kelas pelacur tersebut iaitu sama ada dari kelas tinggi atau rendah. Bayaran terhadap mereka adalah berbeza-beza mengikut rupa paras, umur dan tempat beroperasi Pelacur kelas atasan biasanya beroperasi di hotel yang mempunyai bintang, spa kesihatan dan rumah urut. Sementara, pelacur kelas rendah akan beroperasi di hotel murah yang mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 sebilik.

Bayaran pelacur dari setiap negara juga berbeza-beza iaitu pelacur Indonesia biasanya menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM125 untuk setiap perkhidmatan. Pelacur dari China dibayar sebanyak RM200 hingga RM300.
Mereka yang memiliki wajah kebaratan pula biasanya mengambil bayaran RM150 hingga RM250 dan pelacur tempatan mengenakan bayaran RM100 hingga RM150.

KRITERIA PELACUR

Pelacur Pasar
Kumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur. Mereka menjalankan perniagaan di lorong-lorong gelap seperti Jalan Chow Kit, Jalan Haji Talib, Petaling Street dan lain-lain.

Pelacur Jalanan
Golongan mendapatkan ini pelanggan dengan menjaja diri di pusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain. Golongan ini terdiri daripada gadis atau isteri mencari duit lebih.

Pelacur bermajikan
Dikenali sebagai call girl. Beroperasi di tempat tertentu seperti di flat atau rumah perseorangan yang biasanya disediakan oleh majikan.

Pelacur Tukang Urut, Pelayan Bar
Didaftarkan sebagai pekerja di tempat berkenaan tetapi turut melacur diri untuk menambah pendapatan.

Pelacur Bebas
Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari, pelajar IPTA/S, gadis pejabat, artis, peragawati. Merak mencari pelanggan di bar, restoran eksklusif di hotel atau tempat tumpuan golongan elit. Mererka boleh disewa, satu malam dan dibawa bercuti. Boleh dihubungi semula melalui telefon

Pelacur Kehormat
Hanya melayan golongan tertentu sahaja iaitu golongan kaya seperti ahli perniagaan yang kaya.Terdiri daripada gadis yang disewa firma dan syarikat korporat tertentuBiasanya menemani tetamu khas ke kelab malam dan menghibur tetamu termasuk hiburan seksual.

Bohsia
Kegiatan pelacuran oleh remaja secara percuma atau berbayar yang semata mata untuk berseronok

Undang-undang Yang berkaitan

Seksyen 18 (1), (2), Kanun Jenayah Syariah
Kesalahan melacur isteri atau anak dan hukum yang disabitkan (denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)

Seksyen19 kanun Jenayah Syariah 1988
Kesalahan perempuan yang melacurkan diri sendiri dan hukumannya (denda tidak lebih RM4000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)

Pandangan Agama Islam mengenai pelacuran

Pelacuran dalam Islam adalah haram hukumnya dan berdosa besar. Islam juga melarang berkahwin dengan pelacur:
Dalam hal ini ada suatu riwayat yang diceriterakan oleh Murtsid dari Abu Murtsid, bahwa dia minta izin kepada Nabi untuk kahwin dengan pelacur yang telah dimulainya perhubungan ini sejak zaman jahiliah, namanya: Anaq. Nabi tidak menjawabnya sehingga turunlah ayat yang berbunyi:
Lelaki tukang zina tidak (boleh) kahwin, melainkan dengan perempuan penzina dan musyrik, dan perempuan penzina tidak (boleh) kahwin,melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik.Yang demikian diharamkan atas orang-orang mukmin.
(Al-Quran Surah An-Nur:3)
Kemudian baginda bacakan ayat tersebut dan berkata:
"Jangan kamu kahwin dengan dia" (hadis riwayat Abu Daud,An-Nasa'i dan Tarmizi)

KESIMPULAN

Aktiviti pelacuran merupakan salah satu aktiviti yang dilarang oleh agama dan undang-udang itu sendiri. Aktiviti ini juga terkeluar daripada norma-norma masyarakat sesebuah negara dan ianya mendatangkan kesan yang buruk. Kesan daripada aktiviti pelacuran jugalah menyebabkan penyakit berbahaya seperti HIV aids menular di dalam masyarakat. Selain itu juga peningkatan kes pembuangan anak juga secara tidak langsung kesan daripada aktiviti pelacuran ini. Golongan masyarakat harus sedar berkenaan buruknya aktiviti pelacuran ini. Pendidikan yang serius berkenaan bahayanya aktiviti ini seharusnya diberikan memandangkan terdapat golongan terpelajar yang menjadi pelacur sambilan kelas atasan.

Saturday, January 7, 2012

Sayangku tanpa balasan


Kenangan sewaktu berada di Kolej Islam Sultan Alam Shah, sesi STPM 2004/2005

Saya terkenang satu pengalaman yang pernah saya lalui tidak berapa lama dahulu. Pengalaman tersebut sedikit sebanyak telah memberi keyakinan kepada saya untuk terus membangunkan insan-insan yang bermasalah dan patah semangat dalam hidup. Begini ceritanya…

Sewaktu saya menziarahi sekolah lama saya pada cuti semester yang lepas, saya bertemu dengan adik-adik junior saya yang akan mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun itu. Salah seorangnya merupakan AJK saya semasa saya masih terlibat dalam organisasi BADAR di sekolah tersebut. Namanya Hafiz. Dia kelihatan sangat ceria apabila bertemu dengan saya, lalu kami berbual panjang. Namun, ketika saya ingin pulang ke rumah, dia seolah-olah keberatan untuk membenarkan saya pergi. Air mukanya bertukar murung.

“Hafiz, kenapa ni? Awak keberatan nak benarkan abang balik ya?” Saya sedikit bercanda.

Dia tersenyum hambar. Saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

“Ya, bang. Saya ada perkara nak kongsikan dengan abang. Tak apalah, abang baliklah dulu… Nanti saya hubungi abang.” Hafiz berjanji untuk menelefon saya dan kami akan berjumpa lagi. Saya tertanya-tanya apakah yang bakal dikongsikannya sementara menunggu panggilan dan pertemuan dengannya.

Akhirnya Hafiz menelefon saya dan kami telah menetapkan tarikh untuk bertemu.

25 Mei 2007,

5.30 petang,

Di tepi tasik.

Angin yang berhembus perlahan terasa nyaman dan damai, membangkitkan suasana harmoni yang sesuai untuk berbicara dari hati ke hati. Saya memilih lokasi di tepi tasik supaya Hafiz mendapat kondisi yang baik untuk bercerita tentang masalahnya. Kami duduk bersila berhadap-hadapan di tepi tasik yang indah dan tenang.

“Hafiz, ada apa yang boleh abang bantu?” Saya memulakan pertanyaan supaya dia tidak segan untuk memulakan bicara.

Hafiz tidak menjawab. Dia memegang kedua-dua pergelangan tangannya sambil menunduk sedikit merenung rerumputan yang menghijau. Daripada reaksinya itu, saya tahu dia kurang bersedia untuk ‘meluah’ kepada saya.

“Tak apalah, awak fikir dulu apa yang awak nak cakapkan. Kalau belum bersedia, it’s okay. Tapi abang sentiasa bersedia untuk mendengar cerita awak dan akan cuba bantu awak setakat kemampuan abang.” Saya berikan sedikit masa kepadanya untuk lebih tenang dan bersedia.

“Abang…” Hafiz mula bersuara setelah diam beberapa detik. “Sebenarnya ada perkara yang sekian lama mengganggu konsentrasi saya untuk belajar selama ini. Walaupun saya cuba melupakan perkara tersebut, tapi saya tak berdaya. Saya dah tak tahan untuk pendam seorang diri, bang…” Dia memandang saya, kemudian terus membuang pandang ke tasik yang sesekali berkocak tenang. Anak-anak ikan lincah berenang bermain air.

“Tapi keputusan awak dalam peperiksaan sangat memberangsangkan. Malah, awak berjaya melakukan tugas-tugas dalam persatuan dengan baik?” Saya sengaja mencetuskan persoalan supaya dia dapat bercerita dengan lebih terperinci tentang masalahnya.

“Mungkin boleh dikatakan keputusan peperiksaan dan keaktifan saya dalam persatuan agak baik. Tapi bang, sebenarnya itulah cara saya untuk melupakan seketika masalah saya marijuana testing. Saya sengaja mencari jalan untuk menyibukkan diri.”

“Boleh Hafiz ceritakan dengan lebih terperinci?”

“Mm, sebenarnya bang, apa yang mengganggu saya sekarang adalah masalah keluarga saya. Emak saya. Saya tak tahu sama ada dia peduli ataupun tidak tentang diri saya di sini. Selama saya menjadi anaknya, dia tak pernah menunjukkan tanda-tanda dia mengambil berat tentang saya. Apatah lagi tanda dia sayangkan saya.”

“Kebanyakan ibu bapa tetap sayang dan mengambil berat hal anak-anak walaupun kita tidak nampak tanda-tanda tersebut. Sesetengah ibu bapa lebih suka menyembunyikan perasaan mereka daripada pengetahuan anak-anak.”

“Tidak, bang. Saya tidak merasakan begitu terhadap emak saya. Dia lain. Sikapnya kadang-kadang membuatkan saya sehingga terfikir; benarkah saya ini anaknya?” Air mukanya benar-benar membayangkan kekecewaan.

“Sabar ya, Hafiz. Abang simpati dengan awak… Mm, boleh Hafiz ceritakan lagi tentang emak Hafiz? Adakah dia bekerja?”

“Emak saya seorang suri rumah. Abang, bayangkanlah… jika saya ada di rumah, contohnya berada di ruang tamu bersama-sama dengannya, dia pasti akan bingkas ke dapur. Kalau saya berada di dapur, pasti dia akan beredar ke tempat lain pula. Pendek kata, di mana-mana saja saya berada, emak pasti akan mengelak daripada bersama-sama dengan saya.” Hafiz mengeluh perlahan dan menunduk lagi merenung rumput-rumput hijau.

Saya agak terkejut mendengar cerita Hafiz. Saya tertanya-tanya kenapa emaknya bersikap demikian pasif terhadapnya.

“Hafiz anak ke berapa dan berapa bilangan adik-beradik?

“Saya anak kedua daripada lima beradik. Saya ada seorang kakak, seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.”

“Bagaimana layanan emak terhadap adik-beradik Hafiz yang lain?”

“Itulah yang membuatkan saya sangat termakan hati dengan mak, abang. Emak melayan semua adik-beradik yang lain dengan sangat baik. Hanya saya seorang yang tersisih. Sejak dari kecil lagi saya disisihkan, cuma saya tidak sedar kerana usia saya belum matang. Tapi apabila saya semakin meningkat dewasa, saya mula menyedari layanan yang saya terima daripada emak.” Dada Hafiz dihurung sebak. Dia menahan daripada mengalirkan air mata. Saya sangat kasihan padanya. Saya juga berusaha mengawal emosi.

Saya membiarkan suasana sepi seketika supaya Hafiz dapat meneutralkan emosinya.

“Boleh Hafiz beri contoh layanan emak yang berbeza antara Hafiz dengan adik-beradik yang lain?” Saya menyambung perbualan setelah melihat Hafiz kembali tenang..

“Boleh. Contohnya bang, emak selalu mengajak kakak dan adik-adik keluar shopping, makan-makan kat luar, berjalan-jalan… Tapi saya tak pernah diajak. Kalau ayah, kakak atau adik-adik ajak saya ikut serta, emak pasti memberi pelbagai alasan supaya saya tak dapat ikut. Suruh jaga rumahlah, takut ada orang datanglah, saya boleh makan di luarlah dengan alasan saya lelaki. Perlu lebih berdikari katanya. Tapi kenapa apabila saya berada di rumah pun, dia seolah-olah tak nak tengok muka saya? Sebab tu bang, kalau saya balik ke rumah, saya hanya akan berkurung di dalam bilik atau keluar ke mana-mana kerana saya tak berdaya menahan perasaan sedih terhadap emak sendiri yang melayan saya begitu.” Hafiz mengesat air mata dengan hujung jari. Ternyata dia benar-benar sedih dan terkesan dengan perlakuan emaknya.

Saya mengeluarkan sehelai sapu tangan yang selalu saya bawa bersama-sama lalu menghulurkan kepadanya.

Saya memberi peluang kepada Hafiz untuk meredakan tangisannya. Saya dapat rasakan Hafiz benar-benar menyimpan duka dan luka yang sangat dalam dan memakan hatinya sedikit demi sedikit.

“Hanya ayah dan kakak saja yang menunjukkan sikap ambil berat terhadap saya. Saya pernah bertanya mereka, kenapa emak bersikap demikian terhadap saya? Ayah dan kakak tidak dapat memberi jawapan, atau mereka sengaja tidak mahu memberi jawapan.” Hafiz kembali menyambung.

“Sekarang, bagaimana cara Hafiz untuk cuba berhadapan dengan situasi emak Hafiz begitu?”

“Entahlah bang. Saya tak tahu sama ada tindakan saya ni betul atau tak. Tapi dah setahun lebih saya tak balik ke rumah, walaupun hari raya. Bila ayah telefon suruh balik, saya beri alasan macam-macam. Abang, saya dah rasa sangat tawar hati terhadap emak. Bukan saya tak berusaha untuk ambil hati emak. Macam-macam dah saya buat. Belikan hadiah, tolong emak, cuba bergurau senda dengan emak, tapi…”

“Tak rindu pada mak?” Saya sengaja mengujanya.

“Saya rindu sangat pada mak, abang… Saya rindu untuk mendapat layanan yang mesra daripada mak. Rindu masakan mak, segala-galanya…”

“Jadi,Hafiz tak bercadang nak balik? Mana tahu, dah setahun lebih Hafiz tak balik ke rumah, emak rindukan Hafiz? Cuma emak pun pendam macam Hafiz. Hafiz tak fikir macam tu?”

“Alangkah bagusnya jika itu menjadi realiti, bang… Saya bukan tak nak balik, tapi saya takut kecewa lagi dan terhiris dengan layanan mak.”

“Abang faham perasaan Hafiz sekarang. Tapi pernah tak Hafiz terfikir, jika kita sayangkan seseorang, tak semestinya perlu mengharapkan balasan? Dalam kes Hafiz ni, agaknya, perlukah kasih sayang Hafiz mendapat balasan daripada emak? Contoh yang abang bawakan di sini, Rasulullah dahulu tetap menghormati dan menyuap makanan ke mukut seorang tua beragama Yahudi di pasar walaupun Baginda dimaki hamun oleh orang tua tersebut. Bayangkanlah bagaimana perasaan kita jika kita berbuat baik, tetapi dibalas dengan kejahatan. Tentu kita fikir tidak patut. Tapi Rasulullah tetap meneruskan pekerjaannya memberi makan dan menyuap orang tua tersebut sehingga ke akhir hayat Baginda. Tahu bagaimana kesudahannya?”

Hafiz menggeleng. Air mukanya membayangkan perasaan inkuiri yang sangat tinggi untuk mengetahui kesudahan cerita tersebut.

“Pada suatu hari, orang tua itu diberi makan oleh Saidina Abu Bakar. Tetapi dia bertanya; di manakah lelaki yang selalu memberinya makan? Saidina Abu Bakar menjawab, dialah orang yang selalu memberinya makan. Tapi orang tua itu tidak percaya, kerana katanya, orang yang selalu memberinya makan pasti akan terlebih dahulu menghancurkan makanan yang dibawanya lalu disuap ke mulut orang tua tersebut, tetapi Saidina Abu Bakar tidak melakukan demikian. Saidina Abu Bakar tersentak mendengar keterangan daripada orang tua itu, kerana beliau tidak menyangka sehingga tahap itu layanan Rasulullah terhadap orang yang mengkeji dan berkelakuan buruk terhadap Baginda. Saidina Abu Bakar lalu menjelaskan bahawa mulai pada saat itu, beliaulah yang akan mengambil alih tugas memberinya makan kerana Rasulullah telah wafat. Orang tua itu menangis, dan akhirnya telah memeluk Islam.”

Hafiz terdiam mendengar kesudahan cerita tersebut. Dia seolah-olah sedang berfikir.

“Lihatlah, Rasulullah tidak mengharapkan apa-apa balasan di atas kebaikan yang diberikan kepada orang tua tersebut, tapi nampak tak bagaimana cantik kesudahannya? Ternyata, setiap amal kebaikan pasti akan dibalas kebaikan. Jika tidak di dunia, nun di Akhirat sana. Betul tak?”

“Err, itu memang betul, bang… Tapi saya tiada kekuatan untuk balik ke rumah.”

“Hafiz tak pernah fikir, kalau-kalau emak sedang rindukan Hafiz? Sejak Hafiz tidak pulang ke rumah, dia sentiasa menanti-nanti kepulangan Hafiz. Ingin memasak lauk yang sedap-sedap untuk menyambut kepulangan Hafiz. Pernah terfikir tak? Mungkin saat ini dia sedang menangis menahan rindu terhadap Hafiz…Dan cuba bayangkan, kemungkinan inilah peluang terakhir Hafiz untuk sempat bertemu dengannya. Mungkin ada sesuatu yang ingin dia luahkan. Ataupun inilah masanya dia ingin melayan Hafiz penuh mesra dengan sentuhan lembut seorang ibu…”

“Mak…” Nafas Hafiz turun naik menahan sebak yang berombak. Mukanya merah dibahangi hangat air mata.

“Baliklah…” Saya menepuk lembut bahunya.

Hafiz mengangguk setuju. Dan, pada petang itu juga, sebaik tamat sesi ‘luahan’ tersebut, Hafiz terus pulang ke asrama sekolahnya untuk berkemas-kemas, lantas menaiki bas untuk pulang ke rumah.

Beberapa hari kemudian, saya mendapat panggilan telefon daripada Hafiz. Dia beritahu saya bahawa dia sedang cuba menanamkan dalam dirinya perasaan sayang tanpa mengharapkan balasan daripada emaknya. Dan dia juga sering memotivasikan diri dengan kisah Rasulullah yang pernah saya sampaikan. Ternyata, dia semakin tenang. Semakin tenang setelah beberapa waktu berlalu, emak Hafiz akhirnya terbuka pintu hati sedikit demi sedikit untuk menunjukkan kasih sayang terhadapnya.

“Saya hanya berdoa, bang. Dan Allahlah yang telah membuka pintu hati emak,” katanya dalam nada yang ceria sebelum mengakhiri perbualan kami.

TAMAT

p/s:Merupakan pengalaman hidup yang menjadi bahan untuk subjek kaunseling dakwah..Doakan ana dapat A untuk subjek ini

Perutusan Wakil Fakulti APIUM: Selamat Menjalani Peperiksaan

Al-Maududi pernah menyebut bahawa: “Generasi sesuatu bangsa itu apabila hilang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain, maka ia bererti bangsa itu telah lenyap dan musnah.”

Dalam hal ini, beliau maksudkan bahawa untuk mengekalkan generasi Islam di atas muka bumi ini, maka ia bergantung penuh ke atas usaha generasi akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanan yang telah kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia, sekaligus telah membezakan kita daripada bangsa-bangsa lain di dunia.

Maka, untuk merealisasikan hasrat ini, iaitu mengekalkan tamadun Islam, tidak ada pilihan lain bagi kita selaku mahasiswa dan khalifah Allah di atas muka bumi ini selain berusaha mencari dan menguasai ilmu. Tanpa ilmu, sudah tentu kita tidak mampu memindahkan perbendaharaan tamadun Islam yang kita warisi kepada generasi akan datang. Menurut Al-Maududi lagi: “Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.”

Sudah jelas terbukti bahawa ilmu sangat berperanan dalam mempengaruhi kehidupan kita, malah orang-orang yang berilmu akan sentiasa dihormati dan dimuliakan oleh sesiapa sahaja, hatta oleh musuh sekalipun. Allah S.W.T. sendiri telah berfirman yang mana maksudnya:
“Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat.” Surah Al-Baqarah: 269.
Kehadiran musim peperiksaan ini sudah tentu disambut dengan persediaan dan bekalan yang secukupnya oleh para mahasiswa. Musim sebegini sering menyaksikan mahasiswa menelaah pelajaran di bilik-bilik, bersengkang mata hingga ke pagi, malah ada yang langsung tidak mahu terlibat dengan sebarang aktiviti di luar. Seharusnya kita tidak bersikap demikian kerana peranan mahasiswa bukan sekadar menjadi ‘ulat buku’ atau ‘kaki study’ semata, tetapi lebih daripada itu. Mahasiswa perlu juga terlibat dengan aktiviti luar, seperti menyertai aktiviti kemasyarakatan, sama ada di dalam kampus atau dengan masyarakat setempat di luar kampus. Perlu diingat bahawa ilmu bukan setakat didapati daripada buku-buku, tetapi juga melalui pengalaman kita ketika bergaul dengan orang ramai. Oleh itu, mahasiswa dinasihati supaya tidak melepaskan peluang memperolehi ilmu sebegini kerana ia tidak akan datang selalu.

Untuk akhirnya, kami selaku Wakil Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Sesi 2007 / 2008, ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua mahasiswa APIUM khususnya, dan mahasiswa Universiti Malaya amnya. Semoga kehadiran musim peperiksaan ini akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Bersama-samalah kita berusaha sedaya mungkin dan berdoa supaya musim peperiksaan ini akan digantikan dengan musim bunga yang menggembirakan, iaitu hasil keputusan peperiksaan yang membanggakan.
Sekian.

Wakil Fakulti APIUM,
Sesi 2007/ 2008.
Mohd Faisal B. Mustaffa
Izzat Amin B. Mohd Nasir

Thursday, January 5, 2012

Saya mahu kepimpinan Ulama


Bagaimana ya agak-agaknya PRU kali ini. Saya rasa agak berdebar-debar menanti apakah kesudahannya. Hati berdebar kerana memikirkan nasib negeri “serambi Mekah” di bawah kepimpinan Tok Guru. Bagaimana kesudahan sebuah negeri yang menjadi benteng terakhir kerajaan Islam sejak 18 tahun lamanya.


Saya rasakan semua orang tahu, kepimpinan Tok Guru yang begitu lemah lembut dan berhikmah. Jika nak dibandingkan dengan negeri lain, ternyata rakyat Kelantan cukup bertuah kerana memiliki menteri besar berjiwa Islam. Segala pentadbiran negeri dijalankan berlandaskan syariat Islam. Pemimpin menjadi suri tauladan yang terbaik kepada rakyat jelata. Inilah yang disebut oleh Allah sebagai “ Baldatun Tayyibatun Wa Rabb Al-Ghaffur”. Keinginan bernaung dibawah kepimpinan ulama ini membuak-buak didada saya hinggakan pernah terfikir mahu mencari teman hidup daripada negeri Che Siti Wan Kembang. Sekurang-kurangnya benih yang dilahirkan mempunyai darah negeri naungan ulama. Tapi ini masa depan yang terlalu jauh untuk saya fikirkan.


Saya mengimpikan negeri saya sendiri dipimpin oleh seorang ulama. Alangkah indahnya sekiranya negeri Kedah Darul Aman mempunyai kuliah jumaat yang dipimpin oleh seorang menteri besar. Orang yang memimpin negeri saya mampu untuk berkhutbah, sederhana hidupnya dan patuh pada perintah Allah. Saya yakin, ini bukanlah angan-angan, tetapi suatu misi yang perlu saya laksanakan demi masa depan Islam dinegeri Kedah. Biarlah orang yang berhak untuk memimpin dipilih oleh rakyat untuk memegang tampuk pemerintahan.


Apa pun, saya doakan mudah-mudahan esok, Allah membuka pintu hati orang yang turun mengundi agar terbuka hati mereka untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak. Biarlah pemimpin yang berjiwa Islam menjadi pilihan mereka. Kelak apabila disoal oleh Allah, sekurag-kurangnya pengundi yang beragama Islam boleh menjawab, “Didunia dahulu saya memilih pemimpin yang memperjuang Al-Q uran dan As-Sunnah”. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat syafaat dan rahmat dari Allah SWT.


“ Ya Allah, sesungguhnya Islam ini adalah agama-Mu.Kami rasakan kami tidak mampu menahan serangan musuh-Mu yang datang bertubi-tubi dari kiri, kanan, depan dan belakang. Maka hari ini kau bantulah kami dalam urusan menjaga agama-Mu.Berikanlah kemengan kepada Islam untuk terus memerintah”


Felda Bukit Tangga.
3.50 PM

Sunnah Berjuang


Dedikasi buat sahabat-sahabat semua. Cerpen ini ana siapkan pada tahun 2003 ketika mengambil SPM di SMKA Agama Kedah.Kemudian dibuat penilaian kembali ketika berada di KISAS pada tahun 2005 bertempat di Masjid Sultan Sulaiman. Ya Allah kurniakan kepada kami syahid yang abadi.

Subhanallah…Betul ke apa yang aku nampak ni?Mana mungkin teori E=Mc² Enstein yang di agung selama ini tersilap?Aku bagaikan tak percaya.Aku kembali memeriksa bacaan itu.Ya ternyata aku bukan bermimpi.Mana mungkin aku bermimpi di siang hari.Aku menarik nafas perlahan-lahan sambil hati kecilku bertasbih memuji kebesaran Allah SWT.

Teori Enstain bukannya Qat’ie seperti hukum Al-Quran,mana mungkin ianya tidak boleh di sanggah.Kehebatannya selama ini pun hanya di canangkan oleh pihak barat sahaja untuk menunjukkan kehebatan tamadun mereka.Kalau hukum al-quran yang dzanni pun berubah mengikut zaman,selari dengan sifat islam yang Thabat dan Murunah,inikan pula hukum yang hanya berpandukan akal manusia semata-mata tanpa bimbingan Illahi.Sudah tentu ada cacat dan celanya.

Tapi sekiranya hal ini benar,maknanya keamanan dunia juga semakin terancam.Kuasanya melebihi tenaga nuklear yang sedia ada.Tapi adakah aku hanya perlu berdiam diri dengan penemuan yang hebat ini.

“Dar’al Mafasad Awla Min Jilbal Masalih” ucap Ust Wan Abdullah. “Ini bermakna sekira bertembung di antara keburukan dan kebaikan, yang paling utama untuk kita ambil ialah kebaikan” tambah Ustaz Wan lagi.

Tiba-tiba di kepalaku terngiang-ngiang suara Ustaz Wan mengajar Qawaid Fiqhiah semasa berada di Tingkatan 6 di KISAS 20 tahun yang lalu.Aku termenung sendirian. Adakah dengan penemuan ini membawa kemudaratan yang lebih besar kepada dunia. Tapi kiranya dikatakan kemudaratan,apa jalan yang terbaik untuk aku lakukan untuk membela umat islam di bumi Palestin.Takkan aku hanya nak berdiam diri dikala Zionist yahudi sewenang-wenangnya mencabuli hak umat islam.Apa yang akan aku jawab kiranya ditanya di hadapan Allah kelak.

Aku termenung seketika.Memori indah ketika berada di bumi Waqafan kembali menyelubungi fikiran,kucapai majalah “The Propagate” dan ku tatap satu persatu wajah sahabat-sahabatku semasa berada di Tingkatan 6 dahulu.Dan yang paling menarik hatiku ialah gambar sahabat-sahabatku di kelas 6 An-Nasaie.

Ustaz Lah dan Ustazah Nik Mahizan khabarnya telah pulang ke Kedah selepas pencen.Bahagia sungguh mereka.Pertemuan di bumi waqafan ini jugalah membawa kepada terbina sebuah Baitul Muslim yang utuh hingga ke hari ini.Sebaik sahaja tamat pengajian dan berjaya membawa pulang segulung ijazah dari lembah nil,mereka terus menabur bakti di bumi waqafan hingga ke pencen.Walaupun di tawarkan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi,tetapi di sebabkan suburnya cinta dibumi waqafan ini membuatkan mereka sukar untuk berpisah dengannya.Di sini juga membuktikan lambang cinta sejati mereka apabila ketiga-tiga anak mereka, Nabilah, Huda dan Nuha di lahirkan dan di besarkan di sini dan akhirnya di langsungkan perkahwinan mereka juga di bumi waqafan.

Helmi pula sekarang telah menjadi pengarah eksekutif di sebuah syarikat di ibu kota.Angan-angannnya untuk mendirikan rumahtangga dengan sahabat seperjuangan dari Kedah telah menjadi kenyataan dan telah di kurniakan 4 orang cahaya mata.Hamzah pula sudah bergelar “Tan Sri” dan sekarang merupakan pengarah syarikat HBK Security.Hakimi pula sudah mempunyai syarikat rakaman sendiri.Manakala Zaidi dan Ammar pula sudah bergelar Ustaz dan masing-masing sudah berkeluarga.Budiman dan Mubaraq menghilangkan diri tanpa khabar berita.Kali terakhir bertemu mereka pun semasa re-union batch 19 tahun yang lalu.Tokoh kelas pula iaitu Johari sekarang telah menjadi Majistret di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Zaaba, telah kembali ke KISAS dan menjawat jawatan sebagai Pengetua.Sudah menjadi kelaziman bumi waqafan,di mana Pengetuanya mestilah insan yang pernah mendapat tarbiyyah di bumi tersebut.

Manakala Faisal yang paling beruntung kerana di usia yang masih muda telah di jemput bertemu Illahi sebagi seorang syuhada di bumi Palestin.Mungkin berkat keazaman yang tinggi akhirnya syuhada yang di impi di temui juga.Bukan mudah untuk mencapai maqam syuhada.Bahkan Khalid Al-Walid sendiri pun mati di atas katil.Syahid yang di nanti tak kunjung tiba.Hanya orang yang terpilih sahaja akan merasai nikmatnya.

Kemudian mataku terpandang pula pada pelajar muslimat.Ayeesha khabarnya sedang menyambung phD di England dalam bidang Sains Politik.Hajar dan Hafizah pula sekarang sudah menjadi usahawan yang berjaya.Che Yusairah pula sudah bergelar Menteri Hal Ehwal Wanita. Bergaya juga seorang Ustazah apabila bergelar Menteri.Najihah Ahmad pula sekarang merupakan penyandang johan tilawah Al-Quran diperingkat Kebangsaan dan telah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anbiah yang juga merupakan johan menunggu bagi ketagori Qari.Hasil perkongsian hidup ini mereka telah dikurniakan 7 orang cahayamata.Manakala Najihah Ali dan Asifah pula hilang tanpa khabar berita sama seperti Mubaraq dan Budiman.Rabiatul pula sudah menjadi tukang masak yang berjaya.

“Dr Azid, ada orang menanti diluar”, kedengaran suara pembantu makmal memanggil namaku dari alat khas yang di pasang di penjuru makmalku. “Astaqhfirullahal’azim,aku mengelamun rupanya” desis hati kecilku.Semoga Allah mengampuni dosaku kerana telah melupaiNya untuk seketika waktu.

Aku segera keluar dari bilikku.Sudah menjadi kebiasaan Dr Anuar datang menjengukku di sini sambil berbual-bual.Beliau merupakan Pakar di dalam bidang biokimia.Kami sama-sama di tugaskan untuk membuat uji kaji bagi oleh pihak kerajaan.Kajianku adalah untuk menghasilkan tenaga nuklear daripada uranium.Manakala Dr Anuar pula membuat kajian berkenaan senjata biokimia.

“Aku nampak muka kau ni lain macam je,tak sihat ke?ataupun dah rindu kat anak isteri?soal Dr Anuar kepadaku sambil tersenyum sinis. “Ish, kau ni Anuar,aku tak ada apa-apalah.Biasa je,nampak lain mungkin sebab letih sikit berjaga semalaman” ujarku untuk mengelak Dr Anuar bertanya lebih lanjut.

“Kau jangan nak tipu aku Azid,dah lama aku kenal kau.Kau bukannya orang yang tak biasa berjaga malam.Ni mesti ada rahsia yang kau sembunyikan dari aku ni” Dr Anuar menyangkal jawapanku.Silap aku juga sebab berdalih.

Aku berfikir sendirian,adakah wajar aku menceritakan penemuan terbaru ini kepada Dr Anuar.Aku takut penemuan di luar jangkaan ini akan menyebabkan dunia ditimpa kemusnahan yang lebih dahsyat.Tugasku hanya untuk menghasilkan tenaga nuklear,bukannya bom nuklear.Namun begitu hasil kajian yang di perolehi menunjukkan kuasa nuklear yang di temui ini 2 kali ganda lebih besar daripada bom nuclear yang sedia ada.

“Aku bukan nak tipu kau Anuar, tetapi fikiranku runsing sekarang ni.Aku takut aku menjadi golongan yang melakukan kerosakkkan di atas muka bumi ini seperti yang di nyatakan oleh Allah swt kepada para malaikat sebelum kejadian manusia sebagai khalifah” aku meluahkan rasa hatiku kepada Dr Anuar. “Apa yang kau merepek ni Azid.Semacam je aku dengar,dah tak sempat nak tunggu 3 kali jumaat lagi ke ni,kalau ada wasiat apa-apa bagitau kat aku je la” seloroh Dr Anuar sambil ketawa kecil.

Aku menggelengkan kepala.Beginilah perangai Dr Anuar yang kukenali, tak pernah serius dalam berbual.Lebih banyak loyar buruk daripada isi.Kadang-kadang bengang juga aku di buatnya.Tapi kadang-kadang terhibur juga di buatnya.

“Aku serius ni Anuar,karang tak fasal-fasal aku ketuk kepala kau yang botak ni,baru kau tahu” aku sengaja meninggikan suara kepada Dr Anuar. “Ish..kau ni, botak-botak aku pun,sayang juga bini aku kat aku tau” senyum Dr Anuar kepadaku.

Aku menggeleng kepala kepadanya,lain yang di kata lain pula yang di jawabnya.Rasa seperti malas hendak melayan loyar buruknya itu.Tapi aku tahan juga demi persahabatan yang telah lama tejalin.Lagipun aku tahu,sebenarnya loyar buruknya itu sengaja di buat-buat untuk menghilangkan “stress” setelah penat seharian menjalankan kajian makmal di tengah-tengah pulau sebegini.Memang perit,tambahan pula apabila terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri yang di sayangi.

“Sebenarnya Anuar,aku telah menemui suatu penemuan baru berkaitan tenaga nuklear” ujarku kepada Dr Anuar walaupun berat hatiku untuk menceritakannya. “Alah,biasalah takkan sebelum ni kau tak pernah menemui sesuatu yang baru,bahkan di seluruh negara telah gah nama kau sebagai seorang penyelidik yang selalu menemui penemuan yang baru” kata Dr Anuar kepadaku. “Ini lain Anuar,penemuan ini menafikan kehebatan teori Enstain” tambahku lagi.Ianya membuatkan Dr Anuar terdiam.

“Kau ni biar betul Azid, apa sebenarnya yang sudah kau temui hinggakan boleh menyangkal teori Enstain yang di guna pakai selama ini” Dr Anuar mula menunjukkan sikap seriusnya.Beginilah sikapnya,walaupun banyak loyar buruk,tetapi jika melibatkan hasil kajian beliau sangat serius.Ini kerana beliau sangat mementingkan kualiti dalam melaksanakan sesuatu kerja.Aku kemudiannya,menerangkan satu-persatu berkenaan penemuanku kepada Dr. Anuar.
“Apa,kau menjumpai zarah atom subtomik yang mempunyai kuasa berlipat kali ganda lagi daripada pembelahan atom Uranium-235” Teriak Dr Anuar apabila aku memberitahunya mengenai penemuanku.

“Ya ,sekiranya dilanggar dengan anti zarah,subtomik itu seperti proton dengan anti proton yang berlanggar untuk membebaskan sinar gamma”.Jelasku dengan wajah yang penuh tenang dan yakin.

“ Sekiranya benar,tenaga yang akan dihasilkan adalah 10000 lebih kuat daripada pembelahan atom Uranium-235”.Sambungku dengan penuh yakin.

“Hebat!”, kata Dr Anuar dengan nada kagum.Dihatikku tersembunyi sejuta kesyukuran kepada Allah swt di atas penemuan ini.Sekurang-kurangnya masih ada “Jabbar Al-Hayyan” di alaf baru yang mampu memecah monopoli barat di dalam bidang sains dan teknologi ini.Islam agama yang hebat,unggul,moden dan bertamadun.Bahkan Hadarah Islamiah yang dibina mendahului ketamadunan barat yang ketika itu masih lagi berada di dalam kegelapan.Cumanya,sejarah ini telah di kaburi oleh oleh propaganda barat yang melabelkan Islam sebagai pengganas.Walhal tidak pernah tercatat didalam fiqh pemerintahan Islam bahawa islam itu adalah agama keganasan.

Islam mengusai dunia selama 800 tahun di bawah satu khilafah.Sepanjang penguasaan ini umat manusia mampu untuk hidup secara bertoleransi antara satu sama lain.Tiada kecelaruan yang berlaku.Sesuai dengan sifatnya yang membawa rahmat ke seluruh alam.Setiap agama bebas mengamalkan ajaran masing-masing tanpa diganggu oleh pemerintah Islam.

Tapi tamadun barat yang ada pada hari ini,belum sampai umurnya 200 tahun.Dalam jangka masa yang pendek ini pun sudah banyak kemusnahan yang berlaku.Di atas dasar ini jugalah aku menjadi runsing kerana dunia hari ini di monopoli oleh barat.Sekiranya ada penemuan baru yang hebat berkaitan dengan persenjataan maka hak untuk membangunkannnya adalah tertakluk kepada budi bicara mereka.Kerana kuasa Veto pada mereka.Kalau tersilap langkah,buruk padahnya.Lihat saja apa yang berlaku ke atas bumi Iraq,di ganyang sampai lumat tanpa ada perikemanusiaan.

“Kau boleh bentangkan penemuan ini di perhimpunan saintis sedunia di Jerman pada bulan depan.Aku yakin,sudah tentu suatu hari nanti hadiah nobel akan menjadi milikmu”,Dr Anuar bersuara kepadaku.

“Anuar,penemuan ini mesti dirahsiakan walaupun kepada pihak kerajaan.Aku takut penemuan ini mengulangi sejarah Dr Oppenheimer yang mencipta senjata nuklear.Einstain sendiri turut kecewa kerana persamaan mahsyurnya E=Mc² telah disalahgunakan”ujarku kepada Dr Anuar.Dr Anuar mengangguk seperti memikirkan sesuatu.

“Tapi Azid ini merupakan satu kerugian di dalam perkembangan dunia sains.Di sinilah kita boleh tunjukkan kemampuan kita kepada dunia barat” ujar Dr Anuar memberi peransang kepadaku. “Tapi terpulanglah kepada kau,aku tidak memaksa” tambahnya lagi.

“Oh ya Azid,esok aku akan kembali ke Tanah Besar untuk bercuti selama seminggu.Jadi tak dapatlah aku nak temankan kau disini lagi.Lagipun sekarang aku kena luangkan sedikit masa untuk isteri aku yang sedang menghitung hari untuk melahirkan anak” Ujar Dr Anuar sambil tersenyum.

Suatu hari aku mendapat tahu penemuannya telah dibocorkan orang melalui pembantuku.Jiwaku menjadi tidak keruan.Aku runsing memikirkan apakah natijah yang akan di rasai oleh penduduk muka bumi selepas ini.Aku hairan,bagaimana ianya boleh di ketahui orang.Sedangkan yang mengetahui cerita ini hanya Dr Anuar. “Ini mesti kerja Dr Anuar” getus hati kecilku.

Tanpa berlenggah panjang,aku terus menghamparkan sejadah untuk “bertemu” Allah swt.Selepas selesai menunaikan solat sunat 2 rakaat,aku bermunajat setulus hati memohon supaya aku di berikan jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini.Sudah menjadi kebiasaanku untuk bekerja dalam keadaan berwuduk,dan sekiranya ada masalah aku akan terus sujud menyembah Allah Rabbul Jalil yang menjadi sumber terbesar ketengangan jiwa.

Malam itu, Dr Anuar muncul dimuka pintu.Aku terus menerpa ke arahnya.“Kau ke yang membocorkan rahsia penemuan ini kepada pihak berkuasa?” Tanyaku kepada Dr Anuar dengan nada yang kasar.Muka Dr Anuar pucat, tangannya terketar-ketar.

“Maafkan aku Azid, aku terpaksa “.Ujar Dr Anuar, “Ah, kau tipu”,mahu saja aku lempang muka Dr Anuar pada ketika itu.“Dengar dulu penjelasan aku Azid,aku terpaksa,keluarga aku dalam bahaya, aku tak sanggup melihat mereka terseksa” terang Dr Anuar sambil menitiskan air mata. “Semasa sampai di Tanah Besar aku telah di tahan oleh agen CIA.Aku di soal siasat berkenaan gerak kerja kita di sini terutamanya berkaitan pembangunan tenaga nuklear yang kau lakukan.Kalau tidak mereka mengancam untuk membunuh anak isteriku” tambah Dr Anuar lagi.

“Kejam sungguh dunia ini”, desis hati kecilku.Marahku mula reda dengan penjelasan itu.Aku memikirkan apakah yang perlu aku lakukan.Dari berita yang di sampaikan oleh Dr Anuar membayangkan diri aku turut menjadi buruan.

Aku masuk ke dalam bilik dan meninggalkan Dr Anuar di luar.Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat ini dengan sepantas mungkin.Ini bagi mengelakkan aku di soal siasat berkenaan penemuan ini.Aku mencapai sebatang pen dan kertas untuk ku tinggalkan warkah buat isteriku yang akan ku kirimkan melalui Dr Anuar.

Assalamualaikum.. kepada insan yang melahirkan anak-anakku,
Masihkah kau ingat peristiwa ketika malam pertama perkahwinan kita dahulu.Malam bersejarah yang menyaksikan dirimu menangis sebaik sahaja aku menerangkan kepadamu bahawa engkau telah dimadukan.Di atas tikar sembahyang itu juga dirimu menuduhku seorang lelaki yang tidak jujur tanpa usul periksa.
Namun begitu,apabila aku menerangkan kepadamu bahawa madumu ialah Perjuangan Allah dan Rasulnya.Dirimu terus tersenyum dan meredhainya.Dan hari ini,di atas keredhaanmu itulah “madumu” telah menuntutku untuk bersamanya.
Wahai isteriku,
Semasa dirimu membaca surat ini,berkemungkinan besar aku telah pergi jauh meninggalkanmu.Barangkali pemergianku pada kali adalah untuk selama-lamanya. Aku mengharapkan semasa ketiadaanku disisimu,engkau dapat menjaga maruah keluarga kita.Aku sentiasa mendoakanmu agar menjadi ibu yang berjaya dalam mendidik anak-anak kita.
Wahai ibu kepada anak-anakku,
Didiklah anak-anak kita,Musa,Muhammad,Muadz,Marhamah dan Masyitah supaya menjadi pejuang di jalan Allah.Mudah-mudahan dengan didikan yang ikhlas ini mampu melahirkan ulama’ yang bakal menggegarkan dunia ini pada masa akan datang.Abang yakin dengan didikan yang abang berikan padamu selama ini, akan dapat engkau wariskan kepada anak-anak kita.
Akhir kalam,
Abang doakan semoga dirimu akan selamat bersama anak-anak kita sepanjang peninggalan abang.Yakinlah dengan ganjaran yang akan Allah kurniakan kepada kita yang berjuang di jalannya.Janganlah engkau menitiskan air mata semasa ketiadaanku kerana aku bimbang ianya akan memberi kesan dalam proses pentarbiahan anak-anak kita.Tunjukkanlah pada mereka bahawa dirimu adalah seorang ibu yang cekal walaupun peritnya hatimu untuk menahannya.Kerana inilah sunnah yang perlu kita lalui sebagai seorang pejuang.
Salam Perjuangan,
Abu Musa

Aku menitiskan air mata sebaik sahaja menamatkan baris surat yang terakhir kepada isteriku.Bukan aku tidak sayang pada isteriku,bukan aku tidak sayang pada anak-anakku.Aku sangat kasih dan sayangkan pada mereka.Namun begitu kasih yang paling tinggi haruslah pada Allah dan Rasulnya serta perjuangannya.

“Anuar ini ada surat untuk isteri aku,Nurul Aisyah,aku harap kau dapat serahkan padanya” Dr Azid terus menyerahkan surat itu kepada Dr Anuar.“Kau hendak ke mana ni Azid,takkan kau nak keluar dari pulau malam-malam buta begini” Dr Anuar menyoalku.

“Ini persoalan keamanan sejagat,aku akan meninggalkan pulau ini malam ini juga untuk menuju ke seberang.Di sana aku mahu berlindung di bawah kawalan tentera mujahidin.Aku pasti penemuan ini akan dapat di manfaatkan oleh mereka sebaiknya” aku menjawab dengan tergesa-gesa kepada Dr Anuar.

Dr Aizd terus menghilangkan diri di celah-celah kegelapan malam.Dia keluar melalui pintu khas supaya tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak.Akhirnya dia berjaya sampai ke jeti tempat bot laju di tambat.

Tanpa di sedarinya,pada ketika itu beberapa orang penembak tepat telah bersedia bersama sebuah helikopter untuk mengejarnya. Mereka mahu memastikan riwayat Dr Azid ditamatkan pada malam ini juga bagi membolehkan penemuannya di manipulasikan oleh mereka.

Dr Azid terus memecut bot lajunya.Dia terkejut apabila dirinya diekori oleh sebuah helikopter.Dia kehairanan,siapakah yang mengekorinya pada waktu-waktu begini.Adakah gerak-gerinya telah di kesan oleh pihak lain.Dimulutnya tidak henti-henti berzikir kepada Allah SWT.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, Nada polifonik lagu Sunnah Berjuang kedengaran di sebalik deruan enjin bot lajunya. Dr Azid menekan punat untuk menjawab panggilan tersebut.
“Selamat tinggal Azid, pergi mampus kau”.Kedengaran suara Dr Anuar menyingga sinis kepadanya. Kemudian talian diputuskan, “celaka punya kawan”, getus hati kecil Dr Azid dengan nada kecewa.

Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi, belum sempat dijawab tiba-tiba beberapa das tembakan telah menyinggahi tubuh Dr Azid. Dia hanya sempat bertakbir beberapa kali sebelum dunia di sekelilingnya menjadi kelam.Tubuhnya terhumban ke dalam laut.Manakala telefon bimbitnya terus berbunyi tanpa henti.

Berjuang menempuh susah,
Menanggung derita menongkah fitrah,
Itulah gelombang hidup samudera luka,
Seorang mujahid menunggu memburu syahid,
Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid atau menang..

Tut…..tut……tut…..tuttttt…. Talian pun terputus,

Hasil nukilan,
Pemburu Syahid,
Said Azzubair,
29 NOVEMBER 2005,
Masjid Sultan Sulaiman, Klang..

Wednesday, January 4, 2012

Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim


Sama tinggi.hehe..Doakan semoga menjadi pemimpin suatu hari nanti


Saudara Ridzuan menyerahkan surat kepada Dato' Seri Anwar

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Tuesday, January 3, 2012

“Ujian diatas titian sirat dalam perjalanan menuju ke syurga Allah” -siri 1


Oleh: Mohd Faisal Bin Mustaffa

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sekalian,

Bersama-samalah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar erti kata taqwa, dengan kita melaksanakan segala titah perintahnya serta menjauhi larangannya.Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa.Firman Allah SWT didalam al-Quran:

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Hadirin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Pada hari ini, khatib akan mengingatkan hadirin jumaat sekalian berkenaan 7 pemeriksaan yang akan dihadapi kelak ketika mana berjalan diatas titian sirat Allah SWT.

Antara perkara ghaibiyyat yang wajib kita percaya adalah berkenaan dengan “sirat” atau titian yang merentangi neraka jahannam untuk menuju ke syurga Allah SWT.Semua manusia tanpa berkecuali akan melalui titian ini.Titian ini adalah lebih halus lagi daripada rambut.Lebih tajam daripada mata pedang.

Firman Allah SWT:

71. Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.

Ayat tersebut dengan jelasnya menyatakan kepada kita bahawa setiap dari kalangan akan melalui titian sirat ini.Samada dari kalangan Rasul, para nabi ataupun manusia biasa.Kejayaan untuk melepasi titian ini adalah bergantung kepada amal soleh kita semasa berada didunia.Kejayaan melepasi titian ini jugalah merupakan rahmat terbesar dari Allah SWT, kerana insan tersebut berjaya memasuki syurga Allah SWT.

Ada dikalangan manusia yang melintasi titian sirat dalam sekelip mata.Ada pula yang melintasinya sepantas panahan kilat.Ada juga manusia yang melintasi dengan keadaan berlari.Ada pula yang berjalan dan ada pula yang terpaksa merangkak dan sebagainya.Keadaan melintasi titian ini adalah bergantung kepada amal kebaikan yang dilakukan semasa hidup didunia.Ada pula yang tidak melepasi titian ini, lalu tercampak ke dalam api neraka Allah SWT.

Firman Allah SWT

72. Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.

Golongan yang terselamat menyeberangi titian ini bukanlah atas kebijaksanaan akal fikiran mereka.Hal demikian adalah kerana Allah SWT menyelamatkan mereka berasaskan keimanan dan ketakwaan mereka.Bagi orang yang zalim dan mendustakan rasulnya akan dibiarkan jatuh ke dalam neraka Allah SWT.

Sidang jumaat sekalian.

Sekatan yang pertama yang akan dilalui oleh manusia adalah sekatan yang akan ditanya berkenaan syahadah mereka.Adakah mereka benar-benar beriman kepada Allah SWT seperti mana syahadah yang diucapkan oleh mulut mereka.Pada hari ini terbukalah segala-galanya.Sekiranya seseorang itu hanya sekadar mengucap dua kalimah syahadah semasa berada didunia, namun begitu hati mereka berpaling dan mensyirikkan Allah SWT.Maka hal tersebut secara tidak langsung meruntuhkan iman mereka.

Firman Allah SWT:

8. Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, pada hal mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka Hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menerangkan kepada kita bahawa wujud golongan yang mempunyai talam dua muka.Mereka bagaikan pelakon yang berpura-pura dan cuba menipu Allah SWT.Namun begitu, mereka tidak sedar bahawa penipuan tersebut diketahui oleh Allah SWT.Sebab itulah sebagai seorang mukmin yang sejati, kita perlu menghayati dengan sepenuh hati apabila kita melafazkan kalimah syahadah.

Bersambung…

p/s: ayat-ayat al-Quran tidak dapat diletakkan kerana masalah tidak dapat dibaca dalam blog.Begitu juga dgn tulisan intro puji-pujian dlm bahasa arab.Khutbah ini merupakan sebahagian khutbah yang ditulis oleh penulis.

Demo cabar mahasiswa turun demo mansuh AUKU




Ini merupakan "speech" saya yang pertama di dalam siri demonstrasi. Insya Allah selepas ini akan diperkasakan lagi "speech" tersebut.

Monday, January 2, 2012

Catatan Sebuah Kehidupan 1


Bersama sahabat-sahabat Kolej Kelima di tasik titiwangsa pada 29 April 2008

Coretan 1

Alhamdulillah, sejak semenjak dua menjak ini pengunjung blog ini semakin meningkat. Pola peningkatan tersebut bermula sejak saya mula menukar teknik penulisan blog ini menjadi lebih santai supaya kelihatan lebih menarik dan mudah difahami.
Pada peringkat awal rating blog ini sekitar 10 – 15 orang setiap hari, namun sejak akhir-akhir ini kunjungan sahabat-sahabat ke blog ini semakin meningkat. Bahkan saya melihat ada pengunjung yang merupakan pelajar-pelajar Malaysia yang berada diluar negara. Terima kasih saya ucapkan.

Sehingga hari ini jumlah pengunjung ke blog ini sekata dengan jumlah pelawat purata 60 sehari. Bukan soal pengunjung yang saya titik beratkan, tetapi bermakna 60 orang tersebut merupakan mad’u saya secara tidak langsung. Mungkin jumlah ini lebih kecil berbanding blog sahabat-sahabat saya yang lain, namun begitu ianya tetap menjadi kepuasan buat diri saya.

Gelombang dakwah penulisan sememangnya diminati oleh masayarakat muda dinegara kita pada hari ini. Sebab itulah saya berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan kemahiran berblogging ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Kepada semua pelawat, saya ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan kalian.

Coretan 2

Semalam saya bersama sahabat saya Nik Abdul Razak berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat daripada Indonesia. Namanya Amilka yang merupakan salah seorang aktivis dakwah mahasiswa di bumi Indonesia. Saya bersama Razak keluar seawal jam 6.30 pagi daripada rumah untuk meminjam kereta daripada seorang sahabat bagi memudahkan perjalanan kami ke USIM untuk mengambil Amilka.

Tujuan beliau datang ke Malaysia adalah untuk bertemu dengan sahabat-sahabatnya yang sedang menyambung pelajaran di UIAM. Tetapi dikesempatan ini juga beliau mengambil peluang untuk bertemu dengan Abg Dzulkhairi selaku Presiden GAMIS.

Dari raut wajah saya dapat mengecam Amilka seorang pemuda yang warak. Pertuturannya tersusun rapi dan bisa menusuk kalbu. Saya yakin dan percaya Amilka merupakan kader dakwah yang tegar. Banyak juga ilmu baru yang kami perolehi daripadanya terutamanya berkaitan dengan tarbiah harakah sahabat-sahabat Indonesia.

Selepas ini dia akan menyambung pelajaran ke bumi Madinah. Saya doakan mudah-mudahan Amilka terus thabat dalam perjuangan. Tetapi sahabat saya Nik Abdul Razak teruja apabila Amilka memberitahu bahawa dia akan berkahwin sebelum ke Madinah. Perasaan ini beliau luahkan dalam blog peribadinya. Kepada Nik Abd Razak semoga mendapat permaisuri hati yang bertaqwa.

Coretan 3

Jundi Resources syarikat penerbitan milik Ust Wan

Sepulangnya dari mengambil Amilka saya terus bergerak ke Gombak untuk bertemu dengan Ust Riduan Mohamad Nor. Dia berjanji ingin bertemu dengan saya jam 11 pagi dirumahnya. Namun kehadiran saya setengah jam lebih lewat daripada yang dijanjikan.

Pada malam sebelumnya, saya telah menghantar sms kepada Ustaz Riduan meminta kebenaran untuk membuat blog bagi mempromosikan buku-buku tulisannya. Beliau hanya menjawab ringkas “esok jumpa di rumah ana jam 11 pagi”. Saya membalas “ok”.

Setibanya di rumah Ust Riduan saya membentangkan serba sedikit perancangan saya kepadanya. Blog pertama saya namakan http://riduanmnor.blogspot.com khas untuk coretan peribadi dan http://jundi-resources.blogspot.com untuk syarikat penerbitannya. Ini merupakan blog aktivis berjaya yang kedua saya siapkan. Sebelum ini ketika diambang PRU-12 saya membantu Ustaz Nasir Zakaria membina blog bagi menyebarkan maklumatnya kepada penduduk Padang Terap.

Saya berpesan kepada Ustaz Riduan supaya sentiasa update blog yang saya sediakan ini. Sekurang-kurangnya para pengunjung tidak bosan untuk menziarahinya. Saya kesian melihat blog Ustaz Nasir yang sudah lama tidak dikemaskini. Saya sendiri tidak mempunyai maklumat untuk membantu beliau.

Selepas mendapatkan beberapa keping gambar untuk dimasukkan ke dalam blog, Ustaz Riduan memasukkan sesuatu ke dalam poket saya. Saya terkejut. Bukan itu yang saya harapkan. Tetapi beliau bersungguh dan berkata kepada saya “Ana rasa macam pertolongan turun dari langit, dah lama ana nak buat blog tapi ana tak reti. Syukran anta bantu ana”, ujar Ustaz Riduan.

Sebelum pulang saya dibekalkan dengan buku-buku karangan beliau untuk di scan dan dimasukkan kedalam blog beliau. Saya juga dibekalkan dengan dua biji limau dan sebotol kicap dan sos yang dikeluarkan oleh sahabat beliau dari Kedah. Bumi kelahiran yang saya cintai.

Coretan 4


Bonda NC yang baik hati

Selepas memasukkan duit kepada Abg Mizi saya bergegas bergerak ke bilik TNC HEP untuk menghantar surat pertemuan. Sebelum itu saya ke canseleri untuk mendapat maklum balas pertemuan bersama Bonda NC. Tetapi Bonda masih belum kembali ke UM. Beliau berada diluar negara.

Semasa memasukkan duit kepada Abang Mizi, saya bertemu dengan En Apandi Khalib. Katanya tarikh perkhidmatan NC akan tamat pada 7 haribulan Mei. Sehingga sekarang beliau belum menerima sebarang surat untuk menyambung tugasan beliau. Mungkin juga PMIUM tidak sempat untuk bertemu dengan Bonda kerana angin kencang mengatakan kontrak bonda tidak akan disambung.

Bonda merupakan seorang NC yang baik dan bertoleransi. Banyak program-program PMIUM yang diluluskan dan diberi sokongan. Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan keadaan ini. Bermain juga difikiran adakah Razali Agus akan kembali menduduki kerusi NC. Sekiranya betul, nescaya PMIUM akan ditekan kerana Razali Agus mempunyai sejarah hitam dengan PMIUM. Doakan mudah-mudahan tempoh perkhidmatan Bonda dilanjutkan. Amin

Coretan 5



Buku yang saya beli di KPS



Buku yang saya beli kerana tertarik dengan penghuraian Ust Nik Abduh

Petang tadi saya sempat membelek-belek buku di Pekan Buku, KPS. Difikiran terdetik untuk membeli sebuah buku yang di tulis oleh Ang Swee Chai berkenaan Palestin. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada blog Ust Nik Abduh, saya mengetahui bahawa buku tersbut sangat penting untuk dibaca.

Sebelum ini saya sudah lama bercadang untuk memiliki buku tersebut, tetapi keadaan keewangan tidak mengizinkan. Tetapi tadi, saya gunak hasil pemberian Ust Riduan untuk membeli buku tersebut dan buku berkenaan isu pekerja yang ditulis oleh Syed Shahir Mohamad, pengerusi MTUC. “Pekerja Malaysia: Terpinggir di bumi kaya”, begitulah tajuk buku tersebut. Saya sempat membaca sebahagian buku tersebut, banyak info baru yang saya perolehi. Insya Allah akan saya sampaikan dalam pertemuan akan datang.

Coretan 6

Selepas beredar dari KPS, saya terus ke bilik Zaaba untuk meminta pertolongan beliau bagi menyiapkan design jaket koprat PMIUM. Dengan bantuannya, Alhamdulillah design tersebut berjaya disiapkan. Bagi saya ianya agak menarik dan mampu menjadi gelombang di Universiti Malaya sekiranya dipakai oleh ahli-ahli PMIUM.

Kos untuk membuat blok lakaran baju tersebut agak mahal. Bagi design didepan dan belakang harganya mencecah RM160.00. Tetapi terpaksa juga dibuat bagi memastikan “logo” PMIUM terus bergerak dengan imej yang menarik di Universiti Malaya. Insya Allah mudah-mudahan gelombang dakwah Sejahtera bersama PMIUM dirasai oleh semua warga kampus. Kepada sahabat sahaja Nik Abdul Razak, mudah-mudahan cita-cita anta untuk merancakkan gelombang dakwah kampus terlaksana. Kepada Razali terima kasih kerana memeberi pinjaman wang yang begitu banyak untuk menyiapkan jaket ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan selepas ini. Harganya sekitar RM 60.00 termasuk nama sekali. Tempahan boleh dibuat kepada saya sendiri.


PANDANGAN HADAPAN


PANDANGAN BELAKANG

Mohd Faisal B Mustaffa, RO,PJ (5.38 PAGI/SEL/6 MEI)